Terlukis Senyum Dibibir Lesu

Tempoh hari saya pulang ke rumah.. lewat seperti biasanya.. Jam dah menunjukkan pukul 11 malam lebih pun, baru jer nak sampai ke rumah..

Ramai betul pesakit di Klinik hari ni.. Letihnya badan, hanya Tuhan jelah yang tahu..Tapi hati rasa puas sebab dapat tolong rawat ramai orang hari ni..

Dari luka-luka accident, buang ear wax yang tersumbat, buang ingrown toenail kuku cengkam,

Ada yang datang sebab nak sunatkan baby, ada yang datang dengan burnout syndrome dek dari stress bekerja hingga ada tanda-tanda awal depression, datang sebab nak x-ray dada and macam-macam lagi masalah..

Ramai yang datang dengan kerutan tapi Alhamdulillah pulang mereka dengan senyuman selepasnya..

Sesampai jer depan pintu rumah…. Rasa pelik sikit sebab selalunya, my kids esp my 4 years old Hijaz Amani akan berlari berlumba dengan kakak dia untuk berebut tolong buka and sambut saya di depan pintu..

Tapi hari ni tiada lagi kedengaran suara girang si anak kecil itu yang selalunya setia rindu menanti kelibat saya pulang ke sisi selepas seharian bekerja mencari secicip rezeki untuk kami sekeluarga…

Tak kira selewat mana pun.. Hijaz pasti akan tentu ada, sambut saya di depan pintu..

Dan bagi saya yang bergelar bapa, itulah antara nikmat hidup saya yang terbesar yang Allah berikan kepada saya..

Keseronokan kecil ini yang besar makna erti bahagianya buat saya..

Namun kali ni pintu rumah itu, saya kuak sikit demi sedikit secara perlahan-lahan… kerna manalah tahu, kalau-kalau dia buat prank sembunyi di balik pintu pulak kali ni.. Sebab dia pernah juga buat macam ni dulu..

Kadang-kadang kalau dia senyap saja tu, selalunya dia dah ready sembunyi di belakang pintu dengan sayup-sayup kedengaran ketawa kecil nya itu..

Ternyata sangkaan saya meleset, Hijaz tiada di balik pintu.. Tiada juga berdiri menanti di hadapan pintu…

Dia sedang duduk sugul menangis seorang diri tersedu-sedan di ruang tamu… dengan muka yang cukup sedih minta simpati..

Dalam hati, “Haish… apa pulak yang dia dah buat salah kali ni sampai menangis macam ni?”…

Saya terus tanya kakak Zara Amani yang tekun membuat kerja sekolahnya berhampiran Hijaz di ruang tamu.. Sebab kakak ni ‘Reporter’.. dia tahu segala apa yang berlaku dalam rumah tu..

Processor otak dia memang cekap tangkap dan proses segala kejadian dan berita sensasi yang berlaku di dalam rumah ni.. sebab itulah bila kami nak berbincang hal-hal yang sensitif, kami akan duduk jauh dari kakak supaya dia tak cuba-cuba curi pasang telinga..

“Kakak.. kenapa ni kakak, Kenapa hijaz nangis ni, dia dah buat apa sampai ummi marah dia macam ni?”.. tanya saya yang masih tenang even dalam keadaan penat ya amat..

“Papa, tadi tu Hijaz buat kakak.. dia tumbuk kakak kat sini, sakit kakak”, sambil tangannya menunjuk di dadanya yang kena tumbuk tu..

“Lepas mandi tadi pun dia kejar-kejar kakak macam nak main-main tarik tuala kakak ni.. Ummi tak bagi buat macam tu.. Ummi dah marah dia tadi.. lepas tu bila dia tumbuk kakak pulak, ummi rotan lah dia..”, sambungnya lagi..

Sambil-sambil dengar ‘Summary Report’ dari kakak.. tangan saya pantas capai minyak dan menggosokkan minyak di bahagian sternum kakak, yang ditumbuk adiknya tadi..” Oh, sikit jer ni, kakak kuat kan?”..

Selepas meletakkan beg galas di bilik study.. saya terus masuk ke dalam bilik utama..

Nampak, my wife dengan muka yang sangat ‘piss off’ kecewa dan tengah menahan marah.. sambil-sambil matanya melihat-lihat kosong handphone nya sendiri di atas katil to cool down..

“Awak okay?”, itu soalan pertama saya kepadanya….

Tahu bukan mudah untuk menjaga anak-anak selepas seharian penat bekerja.. Apatah lagi, bila anak-anak pulak buat perangai di rumah..

Tapi soalan saya tadi tidak dijawab, pada mulanya.. Dia diam sahaja.. Masih jelas lagi kelihatan wajahnya penat dan masih lagi dalam keadaan marah.. Saya rasa kejadian tadi mungkin dah ‘hit her last nerve’, sebab tu dia marah sangat sebegini..

“Is it okay if Abang nak tahu apa yang dah berlaku sebenarnya?”, saya tanya lagi cuba nak cari middle ground on how to solve this thing..

“Saya tak tahulah nak buat apa lagi.. Kita dah ajar, dah warning, dah pernah marah and rotan dia.. tapi dia tak… tetap juga nak ulang salah yang sama… saya tanya dia kenapa dia keep on buat benda yang kita tak bagi buat, dia tak nak jawab.. dia diam..

Tak tahu dah macam mana lagi nak buat dengan dia.. Dekat mana ntah dia suka sangat buat orang lain macam tu.. Salah siapa dia jadi macam ni pun tak tahu dah”

…..

……

Selepas, wife bagi jawapan sebegitu keadaan jadi senyap sunyi seketika…. kedengaran sayup-sayup bunyi kipas bilik yang berpusing..

Saya bangun untuk buka tingkap bilik, agar masuk udara dingin malam yang menyejukkan serta melajukan kelajuan kipas sementara otak ini ligat menyusun kata yang paling lembut untuk menjawab hati-hati yang marah..

Memanglah.. kalau nak ikutkan amarah, memang hati ni pun terasa nak turut marah balik si anak kecil itu atas kesalahannya.. Tapi dulu-dulu masa awal kahwin dulu… kami berdua dah janji to play ‘Good Cop, Bad Cop’….

Kalau sorang jadi garang (Bad cop), sorang lagi kena cuba jadi lembut yang menenangkan keadaan (Good Cop)…

Tak boleh lah dua, dua pun nak jadi ‘ Bad Cop’ jugak.. kesian kat emosi anak-anak nanti…. Kerna Api bila dicurah lagi dengan bara api yang panas membakar… pastinya akan ada hati-hati dan tubuh yang ‘cedera’ nanti..

“Salah kita…”, jawab saya berat untuk mulakan bicara.. sambil pandang muka wife..

“Rasanya tak boleh kita nak salahkan dia sangat.. sebab dia masih agak kecil lagi, tak matang… kalaupun ada salah yang dia buat… salah nya pasti datang dari kita juga… we have failed him as parent..

Kita masih gagal lagi nak didik dia jadi orang yang baik-baik.. sedangkan Allah dah amanahkan dia pada kita…”

“Iya, memang betul kita dah ajar, dah tegur dah keep on remind him and warning him about dos and donts.. tapi kita kena realize yang a Child is still a Child..

Kita kena tahu dia ada limit to retain the information yang kita beri pada dia at his age… Nak-nak pulak dia ni anak lelaki.. sangat active, playful.. dia tahu nak happy jer.. dia ambik mudah jer semua benda..”

“Salah kita sebab kita tak banyak masa dengan diorang.. Salah kita sebab kalau kita berehat di rumah pun.. kita banyak mengadap handphone saja buat urusan kita….”

“Bila last kita spend betul-betul quality family time kita dengan diorang?…”

“Salah kita sebab time Covid ni kita have been working extra hard… diaorang nakkan perhatian kita, sebab itu kadang-kadang diorang buat perangai..

Dan, abang rasa salah kita jugak.. sebab kita selalu saja nak salahkan dia, termasuk abang sendiri pun sama…”

“Dan maaf… Abang rasa sebenarnya kebanyakkannya juga adalah semua salah saya… Maaf saya tak dapat lagi nak jadi seorang ayah yang baik…. Saya sedar saya tak banyak masa dengan mereka…

Since dulu lagi, saya dah work long hours…. sibuk dengan jaga wellbeing family orang lain, sampai kadang-kadang tu saya terlupa siapa yang nak tolong jaga family kita?”,

Memang terasa agak berat betul nak luah perkara-perkara macam ni to my wife… takut nak bebankan dia sebenarnya…

Dan terasa bergenang sekejap air mata ni mengenangkan hidup kita ni yang tak selalunya indah… langit kita ni pulak yang tak selalunya cerah… beginilah nasib keluarga seorang petugas perubatan…

Covid has hit us both hard.. Kami dua-dua bekerja di sektor kesihatan… Saya di klinik swasta.. wife pula bekerja di Hukm..

Ketika orang seronok buat dalgona coffee di rumah ketika PKP… Kami berulang-alik jauh setiap hari dari my parent house di Klang, ke tempat kerja kami di Cheras dan Hukm saban hari, sebab taska sekolah semua tutup..

Anak-anak kami semua ni nak campak kat mana??

Masa First wave dulu, hampir kesemua Pengasuh yang kami approach, takn ak ambil jagakan anak-anak kami… takut berjangkit virus kata mereka…

Maka, terpaksa lah kami berulang jauh, bekerja long hours, bergelumang dengan risiko dijangkiti virus because that’s what we do for living….

Ikhlas memang lah ikhlas.. tapi Letih dan Lelah Bebannya tetap jua terasa…. dan golongan yang paling terkesan adalah family dan anak-anak kami…

Saya cuba tenangkan wife dan usap rambut dan belakang badannya…

“Takpe, kita cuba lagi yer.. kita bukannya gagal, cuma kita masih belum lagi jumpa cara yang paling terbaik untuk didik dia..

Takpe, kita maafkanlah dia kali ni seperti yang kita telah buat beratus kali sebelumnya… sebab mungkin Allah nak uji keluarga kecil kita ni melalui dia..”

“Tapi yang… Hijaz ni sebenarnya anak yang baik.. ketika awak semua dah tidur lewat malam.. dia tetap tanpa gagal akan tunggu abang di pintu setiap malam…”

“Dengan dia… kita dapat anak lelaki… Dengan dia, Zara jadi kakak.. dan Dengan dia kita belajar mengurus dan mendidik dua orang anak.. Dan dengan dia jugak, kita jadi ‘miserable’ macam ni.. dulu kita tak..”, sambil kami tersenyum kecil..

Saya bingkas bangun ke ruang tamu, pergi mendapatkan Hijaz yang sudah sampai ke penghujung tangisannya..

Terus dipeluk, anak kecil itu ketat-ketat…. Teringat dulu-dulu masa kecil, abah dan mak pernah peluk kami begini lah bila kami nakal sangat…

Tapi makin galak pulak dia menangis bila dipeluk tadi dan tangannya pula bingkas membalas pelukan..

Mungkin beginilah kot beratnya ujian mak ayah kita nak didik kita jadi orang dulu-dulu..

“Hijaz… Mana sakit?? Tunjuk kat papa mana sakit?”, dia teresak-esak menunjukkan tangannya yang merah sikit kena rotan tadi.. cedera badannya mungkin kecil sahaja, tapi cedera emosinya tiada siapa yang tahu..

Sambil mengeluarkan minyak angin dan sapu pada bahagian yang dia kena rotan tu sambil mulut ni beri nasihat,

“Papa ummi bukan marah, tak sayang Hijaz.. tapi Papa Ummi tak suka dan marah dengan perangai Hijaz tadi… lain kali janji, jangan buat lagi boleh?

Hijaz tahu kan, kita tak boleh buat orang, tak boleh tumbuk orang.. Kalau orang tumbuk Hijaz, Hijaz nak??”… digeleng sahaja kepalanya tanda tak nak…

“Ha, kalau tak nak lain kali.. jangan buat lagi boleh?… Hijaz buat salah ni dah mintak maaf dengan Kakak dan Ummi belum?”

“Belum”, jawabnya ringkas..

“Ha, kan papa kata kalau buat salah kita kena minta maaf kan?”

Diangguk kepalanya..

“Jom, kita minta maaf dengan Kakak dan Ummi..”

Lepas minta maaf, wife saya pun peluk Hijaz sambil minta maaf kerana marah tadi… diulangnya lagi berkali-kali.. yang dimarah bukanlah batang tubuhnya..tapi yang dimarahnya itu adalah pada perangainya sahaja..

Usai sahaja semua salam bersalaman.. sempat juga saya menasihatkan si kakak..

“Kakak, lepas ni kalau Papa ummi marah adik, kakak kena pujuk adik yer.. sebab kakak tu kakak.. Hijaz tu adik kakak.. Kakak tak boleh biar jer Hijaz menangis macam tu lagi.. Kakak kena tolong pujuk dia, before Papa Ummi datang pujuk dia, boleh?”

Si Kakak angguk tanda boleh. Kakak ni mudah.. sekali cakap dan sekali suruh jer dia dah ingat.. dari kecil lagi dia memang good girl… Sebab itu bila dapat anak kedua yang boy ni, kami rasa betul-betul kesabaran kami teruji..

Jam dah menunjukkan hampir pukul 1pagi…badan dah teramat letih.. perut pun dari lapar sampai dah masuk angin.. lepas siap mandi, terus peluk wife dan anak-anak kami tertidur keletihan…

Saje je nak give a big shoutout to all working dads and moms out there.. You guys are awesome..

Telah tertulis suratan Nasibmu..

Derita Buatmu ada hikmahnya..

Terlukis senyum di bibir lesu..

Tak siapa tahu hatimu..

Biarpun keruh Air di hulu..

Mungkinkah jernih di muara..

Biarpun jenuh hidup dipalu..

Pasti bertemu TENANG nya..

-Lagu: Segenggam Tabah, In-team-

#MogaAllahRedha

– Amal Amani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *