Assalamualaikum semua. Saya ibu kaklong dan ini kisah saya sebelum ni, boleh baca di sini, (https://iiumc.com/945am11262020/).
Tujuan saya menulis di sini semula adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada kawan2 yang dah bagi panduan dan nasihat yang berguna kepada saya, juga ingin menceritakan perkembangan kami.
So far dah 4 hari saya cuba baca dan implimentkan pada kaklong dan alhamdulillah nampaknya kaklong semakin ceria dan suka spend masa dengan saya.
Tapi sebelum tu saya nak betulkan salah faham sesetengah pihak iaitu kaklong kena buat semua kerja termasuk jaga 5 orang adik. No, no, no. Fyi, kami dulu ada bibik sampailah 2 tahun lepas bibik balik indon sebab dah lama sangat kerja dengan kami dan anak2 dia dah suruh dia bersara.
Kami dah cuba cari bibik lain tapi malangnya kena tipu dengan agent. Suami ada cadangkan kami amik tukang cuci datang setiap minggu.
Tapi musim pkp ni kami tak berani amik risiko ada orang luar dalam rumah kami. Anak2 semua kecik2, risiko tinggi untuk nyawa mereka.
Memandangkan anak2 dan semakin besar, maka kami decide untuk tak perlu lagi amik bibik sebab kami pun memang plan untuk ada 6 orang anak je. So memang takkan ada baby lagi lepas ni.
Masa ada bibik lagi saya dah train anak2 saya start umur 10 tahun dah boleh buat kerja ringan seperti bergilir2 adik beradik untuk cuci pinggan, buang sampah, gosok baju sekolah sendiri, basuh bilik air sendiri, angkat kain kotor sendiri ke mesin basuh untuk mama basuh dan kemas meja selepas makan.
Saya ada mention juga sebelum ni mandikan adik tapi bukanlah mandikan adik macam tugas bibik tu, tapi mandi bersama2 dengan adik sebab mereka suka main air sama2 dalam toilet.
Tapi bila dah besar ni saya tak bagi lagi yang besar mandi dengan adik2, cuma ambilkan baju adik dari almari supaya almari tak bersepah.
Semua ni kaklong buat secara gilir2 dengan adik ke2 yang berumur 11 tahun sekarang. Yang lain saya masih belum beri tugas berat sebab semuanya bawah 6 tahun lagi. Belum masanya lagi.
Kalau ada pun tolong kemas mainan sendiri, susun kasut kat rak kasut dan simple task je untuk latih mereka sikap tanggungjawab.
Bab jadual pula saya selalu ubah2 ikut masa yang sesuai seperti jadual hari sekolah lain, cuti panjang lain, time pkp lain. Ubah ikut kesesuaian macam contoh time sekolah, focus pada sekolah, tuisyen n homework saja.
Time cuti sekolah focus pada gotong royong kemas rumah dengan mama, spend time dengan family seperti tengok movie di netflix, tolong mama masak, solat berjemaah dan tazkirah bersama.
Semua ni saya buat supaya dapat merapatkan hubungan anak2, saya dan ayahnya. Jadual yang saya buat bukan sebarang jadual ya. Kalau ikut jadual yang diberi tanpa disuruh saya akan bagi upah. Nanti upah tu anak2 boleh guna time keluar jalan2 atau shopping di shopee.
Tapi selalunya jadual tu kelaut juga terutama bab belajar tu. Upah tetap mereka minta. Haha. Kadang2 saya bagi upah kalau dapat menghafaz surah2 tertentu, ajar adik mengaji, baca novel english, dapat lagi upah. Hanya untuk galakkan mereka buat in a fun way.
Kami juga kaki jalan walaupun anak ramai tak menghalang kami untuk bawa anak2 jalan2 di mall, tengok wayang atau bercuti. Walaupun nanti ada yang beraklah, tantrumlah, bergusti dalam keretalah. Yang penting anak2 dapat release tention dan berlari2 sepuas2nya.
Tapi bila pkp ni saya akuilah memang most of the time anak2 dalam rumah je. Paling jauh pun dalam pagar je. Bab ni pun sebenarnya buat kaklong stress juga.
Sebab dia pun suka berjalan. Bila berjalan, dengan baju kpop dia tu, makeup lagi, saya layan jela. Mula2 dulu marah juga dia makeup sebab kecik lagi. Tapi bila fikir2, tak apalah bukan heavy makeup pun, cuma nak bagi nampak berseri je oklah.
Yang cakap semua saya tolak kerja pada kaklong, kerja saya cuma buat anak tu, allahuakbar. Suami dan anak2 je la tau struggle saya kat rumah ni camane. Ada 4 orang anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan seorang baby full breastfeed dan kuat melekat bukanlah kerja mudah.
Baju saya tiap2 hari basah lencun buat kerja rumah dari pagi sampai malam. Sampai suami saya slow talk dengan saya bagitau tak apa rumah bersepah, dia tak kisah yang penting anak2 mandi dan cukup makan. Yang lain dia faham.
Dia pun rajin tolong say. Pagi2 kalau saya tak sempat buat sarapan sebab anak menyusu melekat, dia akan tolong buang sampah, sapu dan mop rumah, buat sarapan untuk anak2 besar pergi sekolah dan buatkan kopi untuk saya. Anda ingat kami ada masa untuk buat anak 24 jam? Haha.
Ok saja nak melawak sebab saya tergelak2 juga bila baca komen2 yang tak betul tu. Kami memang tak sempat pun nak berehat, saya boleh rehat pun time susukan baby. Suami boleh rehat pun lepas semua anak2 dah tidur.
Kaklong ada bilik dia sendiri. Adik2 semua dia sumbat satu bilik sebab dia nak privacy untuk diri sendiri.
Mula2 saya bising juga sebab kesian anak kedua yang 11 tahun pun perempuan dan takut dia nak privacy dari adik2. Tapi dia sendiri mengalah dan cakap nak tidur dengan adik2 sebab kakak garang nanti kakak halau dia dari bilik.
Dia memang seorang yang sangat penyayang dengan adik2 dan selalu volunteer spend masa, main dan pastikan adik2 dalam keadaan bersih dan wangi selalu. Ini sifat semulajadi dia.
Disebabkan kaklong terlalu stress saya ada belikan dia binatang peliharaan. Seekor hamster. Tapi baru beberapa hari bela, hamster terlepas keluar dari sangkar sebab adik2 dia main dengan hamster tersebut.
Saya akui memang kaklong stress ada adik ramai. Tapi bukanlah sebab dia kena jaga 5 orang adik2nya.
Tapi sebab adik2nya suka mengganggu privacynya iaitu suka mengacau barang2nya. Contohnya hamster inilah.
Dia terlalu sedih sampai dia menangis sampai bengkak2 mata, hantukkan kepala ke dinding dan menjerit2 macam orang mati anak dalam bilik cakap apa pun saya tak tau.
Nampak macam orang kena rasuk pun ya. Lepas tu dia toreh lengan dia lagi. Poster bts adik dia koyakkan, buku sekolah adik dia conteng, bilik dia disepahkan. Bukan saya tak cuba usaha bantu.
Key lock dah belikan, tapi dihilangkan. Almari dan box berkunci dah dibelikan tapi tak digunakan dan benda tu rosak macam tu saja. Saya sendiri dah hilang privacy sebab anak2 kecik saya sedang rancak exploring. Tapi nak buat camana kan. Dah namanya anak, terima je lah.
Saya selalu cakap kat kaklong sabarlah. Adik2 bukan tau apa2pun, tak rasa bersalah pun. Kaklong dulu pun masa kecik banyak rosakkan barang mama termasuk celup hp mama dalam air.
Tapi benda ni sementara je. Nanti dah besar oklah adik2 tu. Dah besar nanti minta ganti rugi pada adik2 ya belikan 10 lagi hamster untuk kaklong.
Yang saya pelik reaksinya begitu extreme. Mungkin dia dah terlalu stress tak boleh tampung lagi kan. Tapi saya sendiri pun tak boleh nak masukkan balik adik2 dia dalam perut. Apa yang boleh ialah saya ajar dia untuk adaptkan diri dengan situasi semasa.
Dugaan akan datang. Tapi cara kita handle masalah tu yang penting. Sebab adik dia yang kedua tu pun banyak je barang dia yang rosak. Dia menangis mengadu pada saya. Tapi lepas tu dia ok dan tiada dendam pada adik2 pun.
Dia boleh main macam biasa semula macam tiada apa2 berlaku. Yang kaklong pula akan ungkit segala kesalahan adik2, mama, ayah dan kawan2 bila dia stress. Yang dah lama settle pun dia akan ungkit sambil menangis2, seperti hidup dia begitu malang dan sentiasa ditimpa masalah.
Jadi kalau asyik berfikiran negatif je, itu yang menyukarkan saya untuk bantu dia pulih seperti biasa. Saya selalu cakap jangan fikir sangat. Forgive and forget. Tapi dia cakap dia dendam. Hurm.
Saya ada cakap kat kaklong yang saya nak belikan basikal untuk semua anak2 dan saya sekali. So nanti kami semua boleh pergi cycling sama2. Tujuannya sebab saya nak bagi dia keluar dari kepompong rumah yang buat dia stress. Biar dia bersenam dan berfikiran terbuka sikit.
Tapi jawapannya dia tak nak basikal. Duit yang saya nak guna beli basikal tu dia nak untuk beli album bts. Haha. Aduhai lah nak. Dah ayah dia pulak tak sampai hati, agree pula nak belikan album bts tu. Tak pela nanti mama belikan juga kaklong basikal tu ok. Kita boleh spent time together in a healthy way.
Memandangkan kawan2 kaklong semua tak sebulu dengannya, saya cadangkan kaklong masuk persatuan remaja islam yang dianjurkan di negeri ini. Macam2 aktiviti saya tengok mereka anjurkan seperti hiking dan bersukan, juga ada aktiviti yang boleh pupuk sifat leadership dalam diri.
Kaklong setuju sebab dia suka nak join hiking tapi disebabkan pkp ni, terbantut jugalah usaha kami ni. Sebelum pkp kaklong aktif memanah dan juga taekwondo. Apa2 aktiviti semua bukan saya yang paksa tapi kaklong yang nak.
Saya cuma cari maklumat, dan bantu dia join. Begitu juga dengan tuisyen. Kaklong yang minta. So saya carikan pusat tuisyen yang bagus untuk kaklong dan adiknya. Apa yang baik, yang dia minat saya tak pernah halang malah saya sokong dengan mencari maklumat untuknya.
Saya latih anak2 saya sama, lelaki atau perempuan semua orang sama tanpa kira jantina. Saya tak setuju kalau orang cakap anak lelaki tak boleh dilatih buat kerja rumah.
Oh lupa nak cakap, saya anak sulung dari 10 adik beradik ya. Dan ibu saya latih semua anak2 dia buat kerja rumah sama seperti perempuan.
Bila dah kahwin, masak, tolong isteri buat kerja rumah, semua pandai. Dah saya sebagai anak sulung tak pernah rasa stress sebab saya anak sulung walaupun ibu saya selalu ulang2 cakap, “kaklong kan anak sulung, kenalah mengalah”.
Saya akui anak2 zaman dulu tak sama dengan anak2 zaman sekarang. Anak2 zaman dulu patuh. paling marah nak protes pun hanya hentak2 kaki tanda geram. Sekarang dugaan dia terlalu banyak. Internet, rakan2, pemakanan yang tak sihat dan banyak lagi faktor.
Sebab tu saya sebagai ibu nak berusaha sebaik mungkin untuk bantu kaklong keluar dari masalah yang dihadapinya. Dan saya akui banyak kelemahan saya sebagai ibu sebab ini pertama kali saya handle anak remaja.
Dan saya minta pandangan dari group ini supaya saya dapat panduan yang betul dari ibu2 yang berpengalaman, supaya saya tidak tersilap langkah dalam mendidik anak2 kesayangan saya.
Saya juga ada dapat panduan dari remaja yang lebih kurang sebaya kaklong, which is saya rasa amat berguna untuk saya lebih faham perasaan kaklong.
Saya seorang ibu yang sedang berusaha untuk memenangi hati anak saya supaya jadi anak yang patuh, baik dan manja seperti dulu. So dari komen2 yang saya baca, ada beberapa cadangan yang saya dah cuba impliment dan nampaknya hasilnya sangat positif.
First, sy cuba untuk tidak menjadi ‘perfectionist’ iaitu dengan meletakkan harapan di standart yang tinggi apabila anak2 bantu buat kerja rumah. Contohnya dulu kalau cuci pinggan mesti kena bersihkan sink sekali sampai berkilat. Tak nak ada lumut2 atau sisa makanan lagi.
Sekarang saya akan pejam mata dan settlekan mana2 yang tak perfect tu. Ala baru 12 dan 11 tahun kan. Pujuk hati lah. Kita dah dekat 40 tahun memanglah dah perfect buat.
Sebelum ni kaklong pernah cakap yang kalau dia dapat keputusan cemerlang upsr dia nak hadiah mama spend masa dengan dia pergi shopping mall berdua, shopping2, makan sedap2 berdua.
Tapi saya pun tak peka sebenarnya dia nak spend more time berdua dengan saya. Sebelum ni adalah sekali sekala saya ajak dia atau adik dia breakfast berdua dengan saya kat mana2 kedai yang dia nak.
Tapi mungkin tak kerap dan saya nak cepat2 balik sebab banyak kerja di rumah yang menanti. Tapi 3 hari lepas saya spend masa dengan dia sepuas hati dia, kami duduk dan chitchat pasal kawan2 dia, pasal kpop dia dan saya pun dengan penuh minat mendengar.
Dia tiba2 jadi ceria, yang dah lama saya tak nampak dia ceria sebegini. Lama kami duduk sembang. Balik2 dia terus happy2 layan adik2 dia baik2, volunteer buat kerja rumah dan suruh saya duduk rehat pula. Hihi so comel.
Semalam saya bawa anak2 semua ke mall yang tak ramai orang dan kami gerak pagi2 supaya tak ramai orang. Kami cuba untuk elak kawasan sesak sebab dah berminggu2 anak2 terkurung dalam rumah.
Jadi kena bawa keluar juga. Dia beli buku kpop guna duit upah yang dia dapat dari saya hasil dari ikut jadual yang dia tak ikut pun. Haha.
Balik tu dia lepak di bilik saya dan tunjuk gambar2 artis kpop dari kulit ke kulit. Saya pura2 la cakap haa ni hensem, mama suka yang ni. Layan la dia. Seronok betul dia.
Dalam masa yang sama ada yang minta saya terus berdoa dan mengamalkan surah2 tertentu untuk lembutkan hati kaklong. InsyaaAllah saya akan usaha. Doa ibu ni kan tiada hijab. Itu yang terbaik yang boleh saya hadiahkan untuk kaklong.
Kaklong ni anak yang baik. Dulu dia rajin menghafaz alquran. Tiap2 malam minta saya tengokkan bacaannya. Tapi sejak dia jadi remaja ni dia cuma buat yang wajib je iaitu solat.
Mengaji pun kena suruh, hafazan katanya dah habis hafaz di sekolah. Memang ya dia pelajar yang cerdik dan terang hati. Homework pun saya tak pernah suruh, dia akan settlekan walaupun terpaksa tidur lewat.
Mungkin betul saya terlalu mengongkong dan perlu beri dia ruang untuk bernafas dan letakkan kepercayaan pada dia.
Saya selalu investigate dia macam inspector bab homework dan pelajaran. Dia kata nak buat homework sambil dengar lagu kat utube. Memandangkan dia kata nak guna internet so saya jadi curious dan paranoid sendiri.
Tiba2 terjah dia yang tengah buat homework tu nak tengok betul ke buat homework atau sibuk dengan utube. Kadang2 saya tak bagi langsung dengar utube sebab saya takut dia leka sampai tak buat homework. Padahal selama saya terjah ni tak pernah lagi dia kantoi tak buat homework.
Memang dia buat kerja dia cuma dia nak buat homework dalam keadaan santai je. Sampai macamtu sekali saya tak percayakan dia.
Saya bukan apa saya risau dia terjebak dengan benda bukan2 diinternet tu. Tapi suami dah belikan alat untuk kawal penggunaan internet supaya dia tak salah gunakan internet. Device untuk parental control.
Untuk kawan2 dia pula, bukanlah saya tapis macam ditaktor tak boleh kawan dengan si polan, si polan. Saya cuma scan kawan dia melalui first impression saya, dan saya bagitau feedback saya pada kaklong.
Contohnya, kawan kaklong tadi tak salam mama pun masa jumpa tadi ya. Cakap hai auntie sambil pandang tempat lain. So saya bagitaulah, nak cari kawan, carilah kawan yang sopan, tau hormat orang tua.
Sebab bila kita berkawan dengan penjual perfume, kita jadi wangi. Bila kita kawan dengan sebaliknya, kita jadi busuk. So dari situ dia fahamlah kena betul2 pilih kawan dari segi adab dan akhlak. Bila dia berkawan dengan kawan yang baik akhlaknya saya akan puji sikap baik kawan dia ni.
Bagitau dia kawan yang macamni lah yang sesuai dibuat kawan, mendorong kawannya ke arah kebaikan. Memang saya amik berat bab akhlak kawan2 kaklong. Sebab pernah dia berkawan dengan kawan yang suka mencarut, dia asyik mencarut je dengan adik2.
Pernah dia berkawan dengan kawan yang kaki hp dan kaki tiktok. Tiba2 saya nampak kaklong berjoget di tiktok kawannya.
Terus saya minta kaklong untuk minta kawannya delete video tersebut dan saya bagitau akibat dari perbuatan tersebut. Saya nampak sebab kaklong wasap dan add kawan2nya di IG saya, hp saya.
Kaklong tiada hp. Saya perasan kaklong cepat terpengaruh dengan siapa dia berkawan. Sebab tu saya memang pantau dengan siapa dia berkawan. So far kawan baik dia ni memang yang paling saya suka. Tapi kaklong agak kemurungan lepas kawan dia stuck di singapore sejak awal pkp dulu.
So di sekolah dia tiada kawan. Hanya berhubung melalui wasap dan video call saja. Kawan dia ni bagus selalu nasihat yang baik2 bila dia stress dengan saya.
Harap2 sekolah tahun depan kawan baik kaklong ni dah dapat balik malaysia supaya kaklong ada kawan untuk dia bersembang2 bagi mengurangkan stressnya.
Ramai juga yang cadangkan saya supaya kerap peluk kaklong, puji dan bagitau dia yang saya sayangkan dia. Saya akui bukan tak pernah, tapi tak sesungguh hati saya buat. Mungkin memang sifat semulajadi saya, sebagai anak sulung memang ada ego tersendiri.
Lagi satu saya ni memang seorang yang brutal dan bukannya manja, apalagi nak memanjakan orang. Kalau anak2 merajuk saya siap marah lagi sebab malas nak tengok dia ngada2.
Saya tak sempat layan. Kalau anak2 nak melekat manja2 saya tolak cakap saya rimas dan nak berehat sebab saya baru settle buat kerja rumah.
Lagipun saya sentiasa berpeluh sebab tak henti2 buat kerja rumah. So bila duduk tu saya nak relax dan anginkan badan saya. Tak nak ada yang melekat macam slime. Haha.
Suami merajuk pun saya buat tak tau je last2 dia pujuk diri sendiri. Saya peluk kaklong time dia pergi sekolah, balik sekolah dan juga lepas solat jemaah. Tapi just for the sake of peluk sebab memang time tu kena peluk. Macam peluk yang dah dijadualkan.
Bukan peluk sesungguh hati meresap ke dalam kalbu. Gichew. Tapi saya perasan sejak saya cuba faham minat dia dan spend masa dengan dia ni, dia asyik minta saya peluk je. Dan saya peluk dia bersungguh2.
Dia minta nak cium pipi saya. Dan minta saya cium pipi dia. Saya cubalah berubah walau tak biasa untuk peluk dan cium dia lepas ni tanpa di suruh hehe.
Banyak input sebenarnya yang saya dapat dari komen2 kawan2 semua. Saya akan tulis dalam satu buku dan impliment satu per satu ya.
Tolong doakan semoga proses perubahan kami berjalan dengan lancar dan semoga allah sentiasa satukan hati kami sekeluarga untuk membina keluarga yang mawaddah dan sakinah.
Saya doakan yang membaca ini juga dapat membina keluarga yang bahagia dan dipermudahkan segala urusan untuk mendidik anak2 menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin.
Sesungguhnya tak mudah untuk mendapat syurga allah. Tapi mendidik anak2 ini adalah suatu ibadah. Semoga balasan syurga untuk ibu2 yang sabar dan tabah mendidik anak2.
– Ibu kaklong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit