Belajar Bersyukur Daripada Kehidupan

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Tulip. Aku hidup dalam keluarga yang sederhana. Bukan semua yang diingini akan dapat. Tapi tidaklah sehingga tak dapat makan.

Bersyukur. Kerana diluar sana ramai lagi yang nak makan nasi pon perlu menagih simpati orang. Ya aku perlu bersyukur.

Apa yang aku nak share ni hanya secebis pengalaman dalam keluargaku. Sejak kecil, mak aku suka panggil nama aku untuk buat kerja rumah. Sampai jiran-jiran kenal la nama aku.

Yela sebab setiap kali nak minta tolong mak aku akan jerit nama aku. Mau tak satu taman dengar kan?. Orang akan nampak aku ni degil. Tak dengar cakap.(Biasalah pemikiran budak-budak).

Ada satu hari, kami balik ke kampung. Biasalah berejam dalam kereta. Jadi, semua orang dalam kepenatan ditambah pula pada bulan Ramadhan.

Mak aku minta untuk aku tolong potong bawang. Sedang aku potong tu, mak aku suruh aku pegi ambil daun pandan. Lepas tu basuh pinggan. Padahal aku tak habis lagi potong bawang.

Ketika itu, ada orang gaji mak cik aku tegur mak aku. ‘Dia kan tengah potong bawang. Panggil la ramai lagi dekat depan yang tengah tengok tv tu. Kesian dia’.

Ketika tu aku rasa nak nangis sebab ada orang lain memahami isi hati aku. Aku pon penat.

Aku pernah berangan nak jadi macam Cinderella. Sebab lepas kena buat macam-macam, dia dapat kahwin dengan putera raja. Aku? Berhuhu saja la yang aku mampu. Tapi tetap berangan! Haha.

Apabila dah meningkat dewasa, aku pernah persoalkan dekat mak aku. Kenapa selalu minta aku buat itu ini sedangkan orang lain bersenang lenang berehat, tengok tv dan sebagainya.

Mak aku kata ‘Penat nak minta tolong orang yang tak nak tolong. Jadi mak akan suruh siapa yang nak tolong.’ Ketika dengar tu, aku kesian pulak dekat mak aku.

Apabila aku berkahwin, baru aku tau bahawa suamiku dibesarkan tanpa ibu disisi. Ibunya lebih ingin mengejar dunia. Macam-macam ibunya buat kepada mereka adik beradik sehingga ada yang tak terjangkau dek akal.

Kata orang, untuk bersyukur lihatlah orang yang lebih susah dari kita. Aku cuba menyelami hati suamiku.

Apabila teringat kembali kehidupanku dahulu sebelum berkahwin, aku perlu bersyukur dikurniakan ibu seperti ibuku. Walau ada juga silapnya, dia adalah ibuku yang terbaik.

Sejak berada diperantauan, aku dapat masak pelbagai masakan berkat aku kerap menolong ibuku didapur. Terima Kasih ibu…

Jadi apabila aku mempunyai anak, aku ingin memutuskan ‘circle’ yang mungkin tidak sihat dalam keluargaku.

Semua anak, tidak kira lelaki atau perempuan perlu di ‘train’ untuk membuat kerja rumah. Ramai lelaki yang menjadi tuan disebabkan didikan dirumah.

Aku bersyukur, walau suamiku dibesarkan tanpa ibunya, tetapi dia sangat ringan tulang membantu aku membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak.

Aku sangat berterima kasih kepada bapa mertuaku kerana telah mendidik suamiku sebegitu. Terima Kasih buat Ayah.

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *