Saya kenal seseorang dari Sem 1 di U disebabkan pernah sekelas dan hanya 2 kali bertegur sapa itupun ketika beri semangat kepadanya sebagai kawan disebabkan die nervous waktu present then 2nd time last kelas minta tolong saya tangkapkan gambar groupnye. pada sem 2 tak sekelas dah, tapi terjumpa waktu saya tolong beritahu dia tentang masalah MEPS ATM Bank Islam dan Bank Rakyat yang berlaku di U kami buatkan kami hilang duit PTPTN di bank. Lebih buatkan saya teruja apabila saya baru minta no dia pada kawan yang pernah sekelas kami dulu, baru save dan nak tekan call, tiba-tiba no dia masuk. rupanya dia pun cari no saya pada kawan-kawan. kami pergi buat report sama-sama disebabkan saya tak berapa tahu jalan di sini dan tak kenal ramai kawan-kawan pun (suka sensorang).
Dari situ kami berkawan dan makin rapat. Die luahkan perasaan nak ajak saya kahwin. Saya tersentuh dengan keikhlasan dia. Tapi lama kelamaan, dia makin hilang. Bayangkan bila dia ada program 2 minggu, 2 minggu tu la dia tak kan contact saya. Dia kata tak tengok telefon, tapi saya nampak dia post macam-macam di insta dan facebook. demi Allah tiada sedikit pun cemburu di hati sebab percayakan dia waktu tu. Hanya terfikir, bagaimana sibuknya saya, pergi kelas, balik kelas pergi kerja part-time, join program kelab kos, pergi training atlet U dan group assignment semua tapi still saya spend masa dengan dia bila dia cari saya.
Pernah dia janji pada saya dari 10 pagi kata nak jumpa. Tapi sampai ke petang pukul 6 ptg saya tunggu. Dia langsung tak muncul. pukul 8 baru die mesej saya, kata die tertidur. terdetik pada hati, zohor n asar macam mana? dia cakap dia bangun lepas solat tidur balik. Ya Allah betapa murahnya janji dia pada saya. Tapi saya masih teruskan. Saya masih beri peluang.
Pada cuti sem 4, saya dapat berita yang sangat menguji kami sekeluarga di mana abah saya mengidap kanser ureter tahap 4. 3 bulan cuti sem saya, saya habiskan masa di hospital besar di utara. Pada waktu itu jugalah saya fikirkan dia ada dengan saya untuk berikan semangat, tapi tidak dia hilang macam itu sahaja. Lemah saya rasa, tapi disebabkan family saya, saya cuba kuatkan diri juga.
Masuk Sem 5, saya terjumpa dia di kafe penginapan saya. Saya cuba bercakap dengan dia, saya bertanya tentang masalahnya, dan saya cuba minta putus dan bercakap baik-baik. tanpa sedikitpun rasa bersalah atau kata-kata maaf dari dia, dia diam seribu bahasa. Cuma cakap "apa-apa jadi pun kita tak kan putus..kau tak boleh tinggal aku.." disebabkan perasaan sayang itu ada, saya stay dengan dia, tapi makin lama, makin terbongkar macam-macam tentang dia. Tentang dia merokok tapi dia tak mengaku(walaupun aku memang dapat cam lelaki merokok dari pengalaman sendiri). Kerja group tak buat. kelas tak pergi. Pernah sekali, kawan dia call waktu saya teman dia keluar
"wey, kau kalau ye pun nak pergi dating, fikirlah juga pelajaran dia, dia ada discussion. jangan penting diri sangat.."
terkejut. tapi itu yang sebetulnya. rupanya dia ade discussion tapi tak beritahu pada saya. nak keluar ini pun sebab dia yang ajak saya keluar. berkali-kali saya tekankan pada dia pelajaran tu penting. solat pun penting, bukan nak berlagak alim, tapi saya juga masih belajar.
Bagi saya, saya nak jadi baik. saya tak nak buat salah apa-apa dah. tapi saya nak bawa orang yang saya sayang sekali. bukannya tinggalkan mereka macam tu je. Sebelum akhir sem 5 ni, die pernah cakap, dia minta maaf kalau ada buat salah apa-apa, dia suruh saya jangan tinggalkan dia, dia suruh saya bersabar dengan dia.
Tapi, betul la. Jangan berharap apa-apa pada sesiapa pun. Rupanya itu last saya jumpa dia, dia hilangkan diri lagi sampai sekarang hampir 5 bulan saya sem 6. bukan saya tak cari, saya dah usaha cari dan cuba bercakap dengan dia, tapi dia diam juga. tanpa belas kasihan sedikit pun dia tinggalkan saya. tanpa mengingat sedikit pun lelah saya sampai sanggup penat seharian balik kelas, part time kerja n keluar lagi jumpa dia, saya korbankan semua tu untuk dia. Sikit pun dia tak berpaling tengok saya.
Di sini aku sedar sesuatu. Jangan jadi BODOH sebab CINTAKAN SESEORANG. Dan Jangan BERHARAP pada sesuatu yang TAK PASTI.
Dulu aku fikir bila aku hilang dia, aku tak punya apa-apa dah sebab terlalu sayangkan dia. tapi aku silap.
Bila aku belajar MENYAYANGI ALLAH TERUTAMANYA. baru aku sedar CINTA ALLAH itu lagi pasti. Alhamdulillah aku dah semakin rasakan ketenangan diri yang aku cari selama ini. Dan aku harap dia pun sama. Mungkin kami pernah buat salah. dan aku masih tertanya-tanya apa salah aku pada dia sampai sanggup tinggal hubungan aku dengan dia yang hampir 3 tahun ni.
tapi aku yakin dengan Allah. Dia nak aku belajar sesuatu. Dia nak aku kembali pada Dia. sebab bila aku dengan lelaki tu, aku lupa semuanya. Syukur, aku masih diberi kesempatan.
Jangan letakkan seseorang itu terlalu tinggi dalam hidup kita, kerana kita mungkin di takhta paling rendah dalam hidup dia. Cukuplah sekadar berharap pada Allah dan Dia yang selayaknya di takhta tertinggi hidup kita.
Allahu..lupakan aku pada semua yang membuatkanku sedih..Wujudkan kegembiraan pada aku dan orang sekelilingku. Aku yakin.. Allah tahu segalanya..(^_^)
– Winny
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Takpa sis. Ada tu hikmahnya. Sabar bebanyak ye..
Afifah Abdullah
Fadiana Amira
Atiey Atiyah Mcm terkena kat anis je kan ngan ikmal dlu..
Haah laa..take note advices yg die ckp tu k..
Okay tiey.. pfffttt betul.. huhh
Selalunya perempuan yg baik ni setia menyayangi walaupun di’khianati’.
But …don’t take it too long to love and care for him. Enough there, cause things happened for reasons (Hikmah) .
Awk pun da tau kan, he left u just like that.Plus, maybe he would say “you deserve someone better” awww cliche nye kihkihkih
Moga awk bertemu sebab yg awk tertanya tanya tu one fine day.
Chill and smile dear winny ✌️
And for men outside there, jgn bagi harapan (kawen) dkt perempuan kalau rasa tak boleh nak buat. You know your capability. Think deeply before saying. ☺️
ingatkan pasal topic math, lol… part yang sanggup tunggu dari 10 pagi sampai 6 petang tu power, jangan sia siakan pada orang yang tak tahu menghargai… respect kalau boleh sabar dan buat benda yang sama pada family sendiri lebih daripada kepada lelaki tu..
Perjalanan hdup sis masih terlalu jauh utk mengukur sebuah kehidupan,pengorbanan dan penat lelah yg sebenar… ujian ini teramatla kecil.. tp bakal membuatkan sis tabah d masa akn dtg..
Ujian manusia berbeza2. Ujian abam, tak penah orang yg abam suka suka kat abam balik.
Bertabahlahhh bro
Samalah kita.
Doakan.
Asyik kena ja.
Semoga abam cepat cepat berjumpa dgn orang yg abam suka pastu org tu pun suka kat abam. Ameen.
#doa_orang_berpuasa_semoga_dimakbulkan_ameen
Drama mlyu tara ni je ke bleh p?
yes..jgn biarkan diri kita kena buli sbb kita syg dia sgt2.. (teringat pengalaman sendiri)
Bagus . Kembali pd Allah . Kejar Allah sblm kejar manusia yg xpasti . ☺
Jgn cepat pcaya laki klau dia ajak kawen
Ckp mmg senang
Sapa2 pon boleh ckp
If I were you, tobat lahum xtrima klau dia mai masuk minang
Kena move on mcm mne sekali pun..yes mmg berat bila da timbul sayang, tp ade org tu nk ambik tau psl kita..? Sebab tu rancangan allah sebaik perancangan..dia nk tunjuk at kita, nk kita blik pada dia..insyaallah klau btol jodoh , dia akan dtg sendiri nnti.. :)
Cite hantu takdak ke? Psiko ke?
aku doakan kau jumpa lelaki yg menghargai ko :)
Aienn Radzali