Salam Warga IIUM Confession. Sebelum saya memulakan cerita, baik lah saya menceritakan tentang diri saya serba serbi dahulu.
Saya adalah anak jati Kuala Lumpur, membesar di KL, dan tiada kampung setelah ibubapa saya bercerai.
Boleh dikatakan, family saya jenis yang terbuka dengan segala nya. Kalau cakap pun memang tiada lapik tapi tak pernah mengeluarkan kata2 kesat. Dari segi tiada lapik tu, kalau mereka tak suka, terus terang, tiada sembunyi2.
Sepanjang membesar, saya belajar dengan family saya untuk memperlihatkan diri kita yang sebenar.
Dalam segi membuat pilihan pula, ibu saya, beri saya peluang sebagai anak untuk menentukan corak apa untuk kehidupan saya. Tapi sering dia mengingatkan saya untuk menjaga batas2 diluar rumah.
Kemudian, selepas saya berkahwin, saya dianugerahkan suami yang sangat baik, jaga pertuturan, adab dan bahasa dia. Dimana, bila saya nak bercakap, perlua menjaga hati orang yang mendengar.
Sepanjang perkahwinan, tiada lagi kata2 kesat keluar dari mulut suami yang boleh menyinggung perasaan saya sebagai isteri.
Namun, setelah kejadian yang terjadi pada tahun lepas antara saya dan keluarga suami, ia banyak mengajar saya erti ikhlas dan kepentingan diri.
Pada tahun lepas, saya mengikuti keluarga suami untuk bercuti. Namun pada hari terakhir, setelah berkumpul, ada kejadian yang tidak akan saya lupakan dimana,
Kepentingan saya sebagai seorang menantu di ke tepikan demi memenuhi kehendak keluarga suami. Sedangkan, sepanjang tahun saya mengikut gerak geri gaya keluarga suami.
Mereka memerlukan masa saya, saya korbankan. Mereka memerlukan tenaga saya, saya berikan. Akhirnya saya punya permintaan diketepikan demi kepentingan keluarga suami.
Sepanjang balik ke KL, saya menangis mengenangkan apa yang mereka telah perkatakan pada saya.
Saya berdiam diri dan cuba untuk bangkit kerana selama ini “family” yang saya sayang rupanya mereka hanya mementingkan diri dengan mengeluarkan perkataan yang telah mengguris hati saya dan suami.
Sikit sebanyak, suami masih sedih, tapi apakan daya kerana itu adalah keluarga dia. Tapi pada saya pula, ia memakan jiwa saya, memporakperandakan kebahagian yang saya rasa selama ini.
Lepas pada haritu saya serta suami, hanya duduk di rumah memikirkan kejadian yang terjadi.
Saya terus terang dengan suami saya tidak boleh bertemu mereka (kelaurga suami) dan tidak boleh memaafkan mereka atas apa yang jadi sambil hati saya hancur kerana orang yang saya anggap family telah perkatakan benda yang memakan jiwa menantu/ipar.
Mereka melemparkan kata-kata seolah saya tiada punya hati, perasaan dan keluarga saya.
Petang kemudian, ibu suami menelefon suami dan masih melemparkan kata-kata yang saya dan suami tidak pernah lakukan dimana, melebihkan keluarga saya, balik rumah keluarga saya,
Sedangkan sebelum kejadian, banyak yang kami habiskan waktu dengan family suami, sedangkan family saya hampir berbulan tidak berjumpa dan makan bersama.
Saya dengar kata-kata yang keluar dari ibu mertua saya dan masih segar lagi kata-kata beliau.
Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa.
Sehinggakan menulis ni pun saya masih teringat kata ibu suami. Setiap hari saya mendoakan saya dapat memaafkan mereka, tapi dalam masa yang sama jiwa saya kacau.
Saya tidak boleh terima setiap bait2 kata yang ditujukan pada saya walaupun benda itu tak pernah saya lakukan.
Saya cuba memaafkan diri saya kerana mereka melukai saya, tapi saya masih tidak kuat untuk menghadap mereka dan menghadiri acara2 keluarga.
Kejadian yang lepas banyak mengajar saya sebagai seorang isteri. Saya masih terkilan dan ingat setiap kata ibu suami pada saya dan keluarga saya.
Sehinggakan suami hampir menceraikan dan berpisah dengan saya kerana ingin membuat ibu beliau merasa “menang”. Tapi saya, dengar air mata, saya minta suami saya pulang ke pangkuan ibu beliau.
Saya tahu suami saya tersepit dengan keadaan tapi saya pernah bagitahu suami selepas kejadian,
Saya tidak akan menghalang suami untuk menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang anak lelaki pada ibubapa beliau dan juga saya pun telah memberitahu ibu suami tentang tanggungjawab suami selepas kejadian.
Tapi ibu suami tak merelakan, kerana dia merasakan saya perlu ada pada setiap majlis yang diadakan. Dia minta maaf dan minta saya melupakan kejadian lepas tapi saya punya perasaan juga.
Salah kah saya, mengambil tindakan untuk menjauhkan diri dari mereka setelah apa yang mereka lakukan pada saya.
Sehingga ke hari ini, saya masih buntu adakah keputusan saya untuk jauhkan diri ini baik bagi setiap aspek. Kerana saya rasa, saya tidak ada keperluan dalam family suami lagi.
Dengan keadaan yang jauh dari orang yang melukai saya, saya sangat tenang. Walaupun, suami tetap ada rasa pujuk saya untuk balik rumah mertua, tapi saya perlukan masa untuk pulihkan jiwa saya yang mereka telah hancurkan.
Saya pernah cakap pada suami, ibu suami minta maaf kerana suami tapi bukan kerana saya. Seumpamanya beliau terlalu “fake” hanya kerana tidak mahu anak lelaki beliau jauh dari dia.
Apa pendapat pembaca tentang kes saya. Patutkan saya terus dengan jauhkan diri dan pulih kan hati saya atau ikut kehendak suami dan ibu suami untuk terus ada di setiap acara keluarga mereka.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit