Belanja Rumah Cara Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/belanja-rumah-cara-aku/).

Hi warga IIUM Confession. Aku baca semua komen-komen dan majoriti komen kebanyakannya tak bersetuju dengan pilihan aku untuk tak ada lesen memandu tu.

Sejujurnya aku hormati semua komen-komen tu. Cuma aku rasa yang perempuan tak perlu jadi terlampau sempurna pun untuk melayari rumahtangga. Aku pernah terfikir untuk ambil lesen. Pernah saja daftar sekali. Tapi tak teruskan pun.

Aku jenis cepat terkejut . kalau ada lori lalu sebelah pun aku akan tekup muka. Aku takut. Suami aku pernah cakap, kalau aku terus macam tu, aku memang tak selamat ada dekat atas jalan raya.

Sebab tu dia tak pernah paksa aku ambil lesen dan tak pernah lagi keluar dari mulut dia,yang aku ni menyusahkan die.

Bukan aku tak tanya. Aku ada saja tanya dan aku yakin, kalau boleh korang pun tak nak ada pemandu yang memandu secara tak selamat atas jalan raya kan?

Setiap orang tak sempurna. Dan ni ketidaksempurnaan aku.

Atas sebab tu la, suami aku decide nak sewa atau nak beli rumah, biar dekat dengan tempat kerja aku. Dia travel jauh tak apa. Dan rumah yang kitorang beli tu pun dekat dengan semua facility termasuk hospital swasta dan kerajaan.

Nak ke tempat kerja lama aku dulu pun cuma 5 minit perjalanan. Naik motor, ikut jalan taman-taman je..

Hidup rumah tangga ni ada saja pasang surut. Aku dan suami pernah saja buat silap dalam bab kewangan. Sama-sama buat silap. Bab shopping barang2 keperluan tu, memang dari awal-awal kahwin kami akan keluar dan shopping sama.

Memang dia akan bayarkan. Dia pernah cakap, saya perabiskan duit, saya pandai. Tapi nak menyimpan saya tak pandai. Sebab tu gaji aku yang selebihnya lepas aku cover sikit-sikit belanja tu, aku akan simpan. Reason dia, sebab dia tak pandai menyimpan.

Masa mula-mula kahwin,kitorang pernah hidup susah. Die juga pernah menganggur untuk beberapa bulan. Nak cukup sampai ke gaji tu, hari-hari buat nasi goreng. Mula-mula kerja tu dia memang kerja biasa-biasa saja.

Aku cakap dekat dia, kerja saja lah apa-apa. Janji awak ada kerja. Tapi tu la. Ajaibnya rezeki anak. Setiap kelahiran tu ,suami aku dapat kenaikan pangkat.

Beberapa tahun lepas, kami (baca: aku) decide untuk beli rumah. Yela. Simpanan untuk deposit rumah memang da ada. Hasil gaji yang aku kumpul sikit-sikit tu la. Tapi waktu tu aku tak tahu, suami aku ada buat beberapa personal loan dan kad kredit.

Yelah, dulu masa kerja biasa-biasa tak layak buat loan. Tapi lepas basic da okay sikit,mula la buat loan sikit-sikit. Masa sign untuk loan rumah tu pun, bank officer ada selitkan borang untuk apply kad kredit.

Kitorang pun tak perasan yang kitorang tersign borang tu. Tau-tau saja kad kredit sampai dekat rumah. Bila aku tanya officer tu, dia cakap tu untuk target dia saja. Kalau aku tak nak, tak payah activekan.

Aku ok. Memang simpan dalam laci saja surat dan kad tu. Tapi aku tak tau rupanya suami aku active kan.

Masa tu komitment keluarga kami memang tinggi. Aku buat refinance untuk personal loan juga. Aku buat sebab nak tutup personal loan lama, tutup ptptn dan loan kereta.

Kiranya aku bayar sekali saja lah untuk semua tu. Dan aku pendekkan tempoh bayaran. Jadi bayaran bulanan jadi tinggi

Sampai 1 tahap, aku rasa macam nazak sangat kewangan kami. Aku tanya dia apa hutang yang dia ada.. Masa dia bagitau yang dia ada 2 personal loan, 1 loan kereta dan 2 kredit kad. Aku terkejut dan menangis sebab aku tak sangka dia ada hutang sebanyak tu.

Dia bagitau 1 kredit kad tu dia activekan sebab waktu tu adik aku sakit. Keluar masuk hospital kerajaan tapi tak tau punca penyakit. Last-last aku bawa dia ke hospital swasta. Waktu tu memang dia yang bayarkan kos rawatan adik aku.

Dia tak pernah minta aku ganti dan dia tak pernah bagitau dari mana dia dapat duit untuk bayar. Yang personal loan tu sebab nak bayar bunga hutang lama yang dia tak mampu bayar plus dia cakap nak happykan aku, Nak belikan something untuk aku.

Sambil nangis-nangis aku cakap dekat dia, niat dia baik dah. Tapi cara dia salah. Kenapa tak bincang dengan aku dulu?

Oh. Dan waktu tu kami juga baru beli rumah dimana bayaran bulanan 2 kali ganda lagi tinggi dari rumah sewa. Plus aku da buat refinance dengan bayaran bulanan lebih tinggi dari sebelum ni. Kiranya kalau aku tau dia ada banyak hutang, aku takkan buat refinance tu.

Aku buat kira-kira dan fikir macamana nak settlekan bayaran bank dan belanja bulanan kami. Start dari tu, kitorang memang kene jimat sehabis mungkin. Kalau shopping, kami akan pilih jenama yang lebih murah. Dah takda extra-extra dalam fridge. Stok telur kene banyak.

Waktu tu la aku decide untuk uruskan hutang-hutang untuk keluarga kami.

Sampai 1 stage, aku cakap dekat dia yang aku risau. Apa-apa jadi. Anak sakit ke, dia sakit ke. Kami memang tak da emergency fund untuk cover sebab gaji kami selepas berjimat cermat tu memang cukup-cukup je.

Rezeki ilahi, aku scroll2 fb, keluar iklan yang aku kerja sekarang ni. Tengah nak hire pekerja. Aku cakap dengan suami, boleh tak aku try. Dia kata, nak cuba, cuba lah. Kebetulan dia cuti hari interview tu dan dia boleh hantarkan aku.

So aku pun cuba nasib. Dan aku diterima kerja. Aku mula-mula dalam dilema nak accept ke tak. Yela, kalau aku terima aku kena berjauhan dari dia dan anak-anak. Lagi-lagi aku ni bukannya isteri yang 100% berdikari.

Tapi last-last aku terima sebab nak ke tempat kerja tu, aku tak perlu drive. Plus gaji yang di offer agak lumayan. Aku berkorban masa aku dengan anak-anak sebab niat aku nak lepaskan keluarga kami dari belenggu hutang.

Atas sebab niat aku nak habiskan hutang kami secepat mungkini tu la aku bersetuju untuk tambah 1 kali ganda bayaran hutang dia sedia ada sekarang. Aku pernah cakap dengan dia, awak buat hutang sebab bayar hospital fee adik saya, lepastu happykan saya.

bawa saya makan sedap-sedap walaupun sementara. Walaupun cara tu salah. Tapi sebab niat baik awak, saya sangat-sangat appreciate. so saya setuju untuk bantu awak settlekan secepat mungkin hutang ni.

Tapi dengan syarat, lepas habis hutang ni, awak kene continue bayar dekat saya amount tu. Sebab saya nak menyimpan pulak.

Sekarang hutang aku sampai hujung tahun depan. Hutang dia 2 dah settle.. Tinggal 3 saja lagi. Aku bajet kalau aku consisten bayar, hutang dia boleh settle by this year.

Then aku tak perlu sambung contract lagi dan boleh la balik ke pangkuan keluarga. Doakan segalanya dipermudahkan. InshaaAllah.

Aku juga ada impian, nak jadi suri rumah sepenuh masa dan aku yakin, mesti ramai takkan setuju dengan impian aku ni juga kan? hee…

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *