Pertemuan saya dengan Speech Therapist untuk merawat anak saya di Hospital susulan dari SPEECH DELAY :
Anak saya diagnosed mengalami speech delay oleh doktor di Klinik setelah menemuramah saya dan anak saya.
Kenapa?
Bagi anak anak berusia sekitar 3 tahun seperti anak saya jika diikutkan dia sepatutnya boleh menutur 4 patah perkataan. Sedangkan saya hanya mampu bercakap 2-3 patah perkataan.
Sewaktu ditemuramah oleh Therapist, ada beberapa perkara yang Pakar ini lakukan untuk perkongsian semua :
1) Beliau berikan 1 permainan ringkas yang mempunyai gambar untuk dipadankan oleh anak saya.
Contoh gambar bas, kereta, lori dll.
2) Kemudian beliau berikan 1 lukisan gambar seorang yang lengkap untuk menunjukkan anggota badan, seperti mata, hidung, tangan, kaki, gigi, perut, rambut dan lain lain.
3) Kemudian, beliau berikan 1 lukisan gambar yang mempunyai perbuatan / kata kerja seperti seseorang yang sedang makan, menonton TV, jam dan lain lain.
Kesimpunlannya, anak saya dapat menyelesaikan semua padanan gambar, dapat tunjuk anggota badan dengan baik, dan dapat tunjuk perbuatan manusia dengan betul.
Justeru, Therapist itu membuat kesimpulannya anak saya faham akan arahan, kenal objek, tahu perbuatan manusia dll.
Namun anak saya masih belum mampu menyebut anggota badan dan perbuatan tersebut.
Adakah Speech Delay dipengaruhi oleh kesihatan ibu sewaktu mengandung? atau melahirkan? atau akibat kekuningan sewaktu lahir?
Pada waktu yang sama juga Therapist itu menemuramah saya beberapa soalan :
– Sewaktu mengandung ibu ada masalah diabetis / darah tinggi?
– Jika ada, bergantung pada ubat atau pantauan doktor sahaja?
– Lahir secara normal / ceaser?
– Lahir cukup bulan atau tidak?
– Berat sewaktu lahir?
– Ada kuning atau tidak?
– Jika ada kuning, berapa lama? Kena tahan ward berapa lama?
– Lahir berat berapa kg?
– Pernah bawa anak saya utk cek pendengaran atau tidak?
Hasil dari temuramah ini Therapist memberi pandangan yang ia tidak dipengaruhi oleh faktor di atas kerana semuanya dalam keadaan baik dan normal.
Nasihat dan Tips dari ‘Speech Therapist’ kepada ibu bapa yang mempunyai anak speech delay atau lambat cakap :
BANYAKKAN BERCAKAP :
1) Semakin banyak ibu bapa bercakap dengan anak, semakin bertambah perkataan (vocabulary) anak.
2) Cakap tentang apa yang anak sedang lakukan dan apa yang ibu bapa sedang lakukan?
3) Kurangkan bertanya soalan.
4) Tambahkan bunyi bunyian / ekspresi dalam perkataan.
Contoh : Kucing bunyi meow meow. Emmm sedapnya kek ini, Ouch sakitnya kaki Umi. Aduhhh Umi basah kena hujan).
5) Gunakan ayat yang ringkas (2-4 perkataan dalam 1 ayat).
Contoh : Sayur ini sedap. Bolat jatuh dalam longkang. Kereta ada 4 tayar.
6) Berbual tentang :
* Nama orang /objek : (Contoh, Ayah naik kereta)
* Perbuatan (Lompat / tangkap) (Contoh : Abang baling bola)
* Kedudukan (Atas / dalam) (Contoh : Biskut ada atas meja)
* Saiz (Kecil / besar) (Wahh panjangnya lori itu)
* Sifat (Wangi / Cantik) (Contoh : Lajunya ayah tendang bola)
* Bunyi bermakna (Contoh : itik itu bunyi quek quek quek. Kuda itu bunyi neighh)
7) Kurangkan penekanan pada huruf ABC, nombor 123, dan warna sahaja.
Semoga ibu bapa lain memperolehi manfaat dari perkongsian ini.
– Nur Shuhadah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit