Salam semua. This is just a random confession. Rasa nak menulis sebab macam dah lama tak menulis. Terima kasih admin kalau post confession ini.
Tulis confession sambil dengar lagu baru Lee Hi, ONLY. Sekarang ini tengah fyp lagu ni dekat TikTok. Best lagunya macam mainstream Ost drama korea. But I really wish lagu ni jadi ost drama Hometown Cha Cha Cha hahaha…
Tujuan aku tulis confession ni sebab aku nak luah apa yang berpusing dalam kepala aku ni hahaha… biasalah kita kalau dah serabut tu, either menulis or bercakap nak bagi lega otak ni.
Sambil dengar lagu ni, aku macam reflect la… aku ni dah 20an tapi sekali pun aku tak pernah in relationship. Tapi aku ada je kawan-kawan lelaki biasa, kenalan sebab satu tempat belajar, satu tempat kerja.
Aku bukan tak nak in relationship or berusaha nak cari, cuma aku malas. Hahaha… sendiri ada jawapan kann. Aku rasa bab cinta ni memang berbunga-bunga masa time aku belajar lah.
Aku tunggu punya tunggu, tak pernah seumur hidup aku ada lelaki nak ada hubungan istimewa dengan aku, confess ke apa, takde. Aku pun tak tahu kenapa.
So, ada sekali aku trylah confess yelah manalah tahu kena effort dari perempuan kan, halahh confess pun kena reject hahaha…
Lepas tu, yang satu ni pulak aku rasa paling istimewa lah. Aku rasa macam cinta betul sebab tak pernah aku rasa yang macam ni.
Aku buat macam-macam, caring pasal dia siap berangan nak kahwin (tak confess lagi) but di pendekkan cerita aku kena ghosting dan ghosting dia balik.
But at the end of the day, perasaan aku terbongkar kerana kawan baik cuba menjadi orang tengah, cuma aku rasa benda tu mengeruhkan lagi keadaan hahaha…
aku dipersalahkan dan tak semena-mena aku dipersalahkan, orang kata aku di manipulate tapi entahlah, aku lebih rela mengakui kesalahan aku sebab memang kena redha lah kan bertepuk sebelah tangan.
Like those effort, itu hak dia untuk appreciate atau pun tak. Mungkin juga sebab terlalu sayang, aku redha kan semuanya.
Adalah sebab kenapa aku jatuh cinta dengan dia. Ada banyak good qualities dalam diri dia cuma tulah, orang tak suka kita kan nak buat macam mana…
Selepas dari tu, sakit jugalah nak move on, ada dalam 2 tahun untuk move on sepenuhnya.
Cuma tulah bila mention pasal dia, dengar nama dia ka, dengar custom notification ringtone yang selalu aku set untuk dia, kat phone orang lain buat aku sesak nafas, berdebar-debar dan berpeluh-peluh.
Aku macam traumalah dan seboleh-bolehnya aku tak nak berdepan dengan dia. Cuma masalahnya kami bekerja dalam bidang sama jadi aku berdoa sangat-sangat supaya aku tak dipertemukan lagi dengan dia.
Okay selepas itu, aku ada juga try dikenen dengan anak kawan bapa aku tapi sekali lagi, di reject hahaha… aku pun tak tahulah hodoh sangat ke muka aku ni…
Tapi aku ni mix okayy cuma yelah aku bukan macam instafamous tu yang kurus, putih melepak. Aku thicc sikit plus tanned skin. Tapi okay la, ada juga muka normal.
Kalau pasal attitude, aku friendly dan aktif di tempat belajar that’s why aku boleh ada kenalan-kenalan lelaki tu.
So seterusnya, berbalik kepada semua hal ni… Sejujurnya aku penat, aku dah penat nak cari kawan baru, calon suami baru. Lagi-lagi pandemik ni kita bukan boleh pegi mana.
Tapi dalam masa yang deep down aku lonely… kawan-kawan yang lain semua ada komitmen masing-masing dan aku faham.
Kadang aku pergi café ke restoran ke, aku makan sorang-sorang sambil tengok Runningman, aku perasan adalah beberapa mata dok tengok-tengok juga… macam kesian kut kat aku sebab makan sorang-sorang hahaha…
Aku sebenarnya nak bakal husband yang aku boleh buat bestfriend, yang sekufu, yang give and take each other, yang gentleman tapi bila aku tengok perkahwinan kat Malaysia ni… macam konsep nya lebih ke arah dominant (suami) dan submissive (isteri).
Dengan hukum agama sebagai sandaran tapi bagi aku sebenarnya, hukum agama tu mantap kalau suami isteri tak mengambil kesempatan dan manipulate untuk kepentingan sendiri.
Tapi wujud ke lelaki yang aku nak ni? Sebijik macam karakter dalam drama kann…
So itulah aku susah nak buat keputusan untuk berkahwin or cari bakal suami or bersetuju dengan pilihan keluarga ke, aku takut aku tak boleh hadap realitinya rumah tangga tu.
So adakah selamanya aku akan forever alone? Oh ya yang akan komen tak payah fikirlah, lagi seronok enjoy single, duit banyak damnnn don’t lie lah deep down mesti lonely jugakannn… hehehe
Ok itu sahaja. Sorry panjang sangat confession ni dan kalau boring. Maaf atas silap tutur kata. Again, terima kasih sudi membaca.
– HyeJin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit