Semoga kisah saya jadi pengajaran buat semua. Pada mula2 perkenalan. Dia hantar gambar saya sekeluarga kepada mak saudara & tanya siapa yang belakang sebelah kiri. Gambar diambil dari fb adik saya. Mak saudara bagitahu itu saya.
Dia mintak tolong mak saudara tanya adakah saya masih single sebab dia nak berkenalan dengan serius. Mak saudara duduk jauh & sibuk masih tak sempat bertanya. Dia mendesak hari2 tanya mak saudara katanya takut orang lain ambil nanti.
Nampak serius betul2 kan? Selepas mak saudara tanya bincang dengan ayah & mak. Dalam masa yang sama masih ada pilihan lain anak kawan ayah yang kerja engineer, offshore & bissnessman. Disebabkan keliru banyak pilihan mintak tolong ayah untuk buat keputusan.
Ayah memilih si dia yang bekerja medical assisstant di temerloh yang beza umur 1 tahun lebih tua daripada saya. Saya betul2 terkejut dengan pilihan ayah.
Ayah memilih dia sebab dah kenal dia & keluarga sebab tinggal sekampung. Saya pertikaikan dia yang status dua pupu & bermisai.
Selepas ayah nasihat nabi tak melarang nikah 2 pupu sedangkan sepupu pun boleh jadi saya dan mak akur dengan keputusan ayah.
Saya tak memandang rupanya yang bermisai anggap pilihan ayah & mak adalah pilihan terbaik. Terus mak saudara bagi no telefon kepada dia & terus berkenalan.
Setelah 4 tahun dia ajak bertunang. Saya tanya kenapa tiba2 sebab sebelum tu ada isu yang kami gaduh sehingga putus seketika. Isunya dia bagitahu kawan dia yang saya hanya sebagai kawan. Saya hairan saya persoalkan dia kata kawan kerja kat klinik lain tak rapat sangat.
Dia bagi no saya kepada kawannya untuk tanya tentang pengajian master saya. Bagitahu tentang master boleh tetapi tak boleh bagitahu sebagai partner. Akhirnya dia mintak putus sebab saya tak memahami dia.
Saya pilih nak move on sebab tak dihargai lagipun tak der ikatan apa2 & family tak tahu yang dia kembali teruskan hubungan selepas dia mintak putus dulu sebab genetik dekat katanya.
2 hari selepas tu dia muncul chat semula mintak maaf selepas berbincang dengan kakaknya.
Saya jawab ok saja tak soal apa2 pun & dia meminta untuk rest. Saya abaikan mesej tu sebab saya pun perlukan ketenangan selepas cuba move on pilih berbaik semula. Keesokkannya dia chat bagitahu ada di kampung & nak berjumpa boleh berbincang.
Perjumpaan ni dia melamar untuk bertunang 2 hari lagi dengan perancangan tarikh kawin dia nak pada 2/2/22. Saya anggarkan dia dah plan awal untuk semua ni sebab bila bertanya hari apa dia terus bagitahu hari rabu tanpa tengok kalendar.
Saya risau dengan lamaran dia tiba2 selepas isu gaduh dia bagi keyakinan dia serius nak tunang & berkahwin selepas berbincang dengan kakak & abang ipar. Lagi pun kita dah lama berkenalan dan 4 tahun dah kenal macam2 dah katanya.
Yakin dengan penjelasan dia saya setuju untuk bertunang 2 hari lagi tapi masih nak bincang dengan mak ayah. Dulunya kami sekeluarga tak nak bertunang sebab ujian bertunang ni hebat sangat orang tua2 kata.
Kakak saya dulu pun mudah bertunang hanya beberapa minit saja sebelum akad nikah pada hari yang sama. Tapi disebabkan cuba memahami permintaan keluarga si dia kami sekeluarga setuju bertunang sebulan setengah untuk persiapan kawin.
Saya buat solat sunat istikharah solat sunat hajat. Alhamdulillah rasa semuanya dipermudahkan. Beli cincin mudah pakaian untuk tunang mudah. Persediaan semuanya mudah. Saya tak nak sebarang hantaran untuk tunang dia pun sama. Cukup sekadar sebentuk cincin sebagai tanda.
Kami tak suka yang merumitkan cukup buat sebagai adab. Keesokkan selepas tunang dia kembali ke temerloh untuk kerja. Kami jalani kehidupan seperti biasa tanpa sebarang isu.
4 hari selepas tunang dia dah jarang mesej agak ralat tapi cuba fikir positif dia sibuk hantar kes covid.
3 hari berturut2 dia jarang berhubung seperti sedia kala bila berhubung pun hanya sepatah2 dia reply. Saya ajak berbincang.
Bila berbincang dia bagitahu dia keliru dan terkejut kami dah bertunang. Saya pun sama sebab semuanya tiba2 dia balik kampung terus bertunang.
Dia jelaskan selama ni dia cuba untuk ada perasaan sayang tapi tak dapat. 4 tahun dia mencuba katanya tapi tak boleh.
Saya terkejut dengan ayat ni umpama selama ni saya yang memaksa dia untuk hubungan kami. Kenapa semua ni dijelaskan selepas kami bertunang?
Macam mana saya nak jelaskan kat family pulak? Macam2 bermain di fikiran saya.
Tanpa gaduh tanpa sebarang isu selepas tunang dia bagitahu macam ni dengan umurnya sudah 34 tahun. Dia berulang kali kata keputusan tunang dia buat sebab nasihat keluarga bukan keputusan dia.
Keluarga nasihat sebab hubungan kami dah 4 tahun dengan umurnya dah tua bukan memaksa. Adakah umur 34 tahun masih tak kenal nasihat dengan paksaan? Adakah salah keluarga nasihat setelah hubungan 4 tahun tanpa ikatan? Speechless
Saya tak kisah dia pergi sebab saya pernah terasa ingin move on sebelum ni. Cuma saya terkilan dia sanggup permainkan saya sekeluarga setelah 4 tahun.
Kenapa sanggup dia kejam bazirkan masa saya selama 4 tahun? Katanya dia tiada niat nak permainkan saya sekeluarga tapi dia dah tak boleh menipu diri sendiri.
Kenapa selepas bertunang? Itu yang menjadi persoalan saya dan dia ulang jawapan yang sama dia tunang sebab keluarga yang nasihat. Itulah jawapan dia berulang kali.
Katanya dia dah menyelamatkan hidup saya. Mungkin dia anggap dia pakai costum spiderman untuk majlis2 tu terus jadi hero dunia.
Kalau betul nak selamatkan hidup saya teruskan berpura2 sampai mati tanpa saya tahu. Bukannya dah bagitahu semua ni selepas bertunang.
Sekampung dah tahu kami bertunang. Keluarga dia mungkin terlalu teruja hingga bagitahu macam2 siap cerita lagi kami pergi beli cincin sama2.
Keluarga saya jenis berahsia dengan orang luar sampaikan tak nak orang tahu apa pun tentang keluarga kami. Saya bersyukur selama 4 tahun saya mampu menjaga maruah diri dan keluarga tak pernah bersentuhan & berduaan di tempat yang sunyi.
Hanya bertemu di kedai makan pergi dengan kenderaan masing2 walaupun rumah kami dekat 3 minit saja. Dia pernah ajak naik kereta bersama tapi saya menolak takut diketahui orang kampung & takut syaitan ikut bersama kalau naik kereta berduaan.
Selepas dua hari chat mintak penjelasan hanya jawapan sama yang dapat kami stop berhubung. Setelah tenang & waras saya bagitahu mak ayah pada hujung minggu selepas 5 hari kejadian dia masih membisu. Ayah ajak terus ke rumah family dia untuk hantar cincin.
Di rumah dia yang ada cuma emak dan adik lelaki dia yang baru lagi berkahwin. Dia pernah bagitahu dia bincang dengan adik lelaki dia macam mana adik dia mudah kawin. Adik dia kata isterinya suri rumah ikut semua kata2 dia sebab bergantung hidup kat adik dia sepenuhnya.
Saya bekerjaya sebagai cikgu bagitahu saja apa yang tak puas hati sebab ada semuanya tak harapkan dia. Saya tak pernah bandingkan kerjaya saya dan dia. Cuma saya jenis berbincang apa yang tak kena saya cakap terus sebab perhubungan perlu komunikasi bukan kepuraan.
Dia tahu katanya sebab dah kenal lama. Dia memang memilih calon isteri yang bekerjaya katanya.
Dirumahnya kami tak ceritakan apa2 perbuatannya hanya meminta adik lelaki dia baca semua chat yang dia hantar kat saya. Setelah selesai adik dia membaca ayah kata dia berpura2 saja selama ni tanpa perasaan sayang.
Jadi kami datang nak hantar cincin tunang. “cukuplah setakat ni keluarga kami dipermainkan” itu ayat kecewa seorang ayah pertahankan maruah anak perempuan dia dipermainkan lelaki dayus.
Sehingga kini saya takut nak berkenalan dengan orang baru. Trauma dengan kejadian yang berlaku selama 4 tahun. Ada yang datang bagitahu serius nak berkenalan untuk kawin saya jadi teringat dia pun serius beria2 sangat sampai mak saudara pun jemu dia asyik desak mintak no saya.
Bila orang nasihat mintak mak ayah pulak yang cari calon saya terfikir dia calon pilihan ayah & mak. Saya akur tapi saya dipermainkan. Saya tak salahkan ayah dalam membuat keputusan memilih dia sebab saya tahu ayah pilih dia sebab ayah kenal dia sekeluarga.
Emaknya hari2 jumpa ayah ayah dia pun membesar depan mata ayah. Sebelum ni saya selalu berdoa Allah tunjukkan saya jodoh yang tepat & akhirnya Allah tunjuk semua ni. Allah dah makbulkan doa saya.
Sekarang saya cuma mampu berdoa Allah permudahkan jodoh saya jika saya ada jodoh di dunia. Saya redha jika hanya ada jodoh disyurga. Kuatkan emak & ayah saya untuk terima semua ni dan tenangkan orang sekeliling saya daripada mempersoalkan jodoh saya.
Saya tak layak nak nasihat. Sekadar berkongsi pendapat. Jika hubungan dah melebihi 2 tahun tanpa berbincang ke arah perkahwinan dengan serius teruslah angkat kaki berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang walaupun si dia memujuk kembali.
Kepuraan si dia memujuk & kelemahan kita memiliki hati yang rapuh itu mendatangkan trauma pada diri. Kami sampai 4 tahun sebab banyak isu & covid salah satu alasan digunakan dia sebagai frontliner.
Saya mohon doakan supaya saya dipermudahkan segala urusan & dipertemukan jodoh yang tepat pada masa yang tepat. Saya doakan semua yang masih bujang dipermudahkan jodoh & dijauhkan daripada dipermainkan dengan orang yang salah. Aamiin.
Terima kasih sudi membaca kisah panjang 4 tahun yang diringkaskan. Semoga jadi pengajaran untuk semua.
– Eiyra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit