Assalamualaikum. Menjelang raya ni, banyak komen di facebok berkaitan anak menantu beraya di hotel atau homestay seolah olah lupa daratan, lupa jasa ibubapa dan sebagainya.
Jangan tuduh melulu dan komen begitu. Lain keluarga lain masalah, lain individu atau keluarga lain caranya. Tak adil untuk sesetengah pihak.
Saya kongsikan kisah saya sepanjang lebih 10 tahun berkahwin.
Awal perkahwinan, setahun dua semua ok. Bukan takat hari raya, hampir tiap bulan dan minggu balik tidur bermalam di rumah mertua.
Masuk tahun ke 2, ibu mertua mula control saya. Lebih menyakitkan bila saya terima tengkingan dan umpatan dari mertua.
Dan ada kala mertua sendiri yang berkata, “hangpa carilah sendiri tempat nak tidoq, rumah ni bilik penuh.”
Mertua sendiri yang suruh tidur di tempat lain kerana bilik bilik diberi kepada anak anak menantu kesayangannya.
Abis salah ke saya dan suami tidur di homestay? Takkan kami nak tidur di luar rumah. Orang yang tak tahu, nampaknya macam saya menantu jahat, tak sudi bermalam di rumah mertua.
Faktor perbezaan cara hidup pun punca mengapa saya pilih untuk tidur di homestay.
Jika saya masak, semua tak kene. Kalau tak masak atau tak tolong masak pun dikata juga. Kalau masakan jadi manislah, tawarlah, semua tak kene.
Sepatutnya mertua kene redha dan bersyukurlah. Terima kekurangan menantu seadanya. Dia kata dia masak sedap, saya masak tak sedap. Dah itu citarasa dia.
Abis kalau saya bawa Chef Wan rasa masakan dia, belum tentu Chef Wan akan kata masakan mertua sedap.
Oleh itu, patutnya mertua terima aje kekurangan dan perbezaan citarasa , perbezaan budaya seadanya.
Kalau nak dikata menantu aje yang serba kurang, mohon mertua lihat sama anak sendiri, perfectkah anak mereka?
Sepanjang kahwin hampir 90% perbelanjaan keluarga saya yang tanggung. Apa sahaja yang mertua nak kereta, perabot, baju raya semua saya belikan, sebab saya kesian.
Setahun, dua tahun hingga lah ke tahun ke empat perkahwinan saya bersabar.
Saya berkorban macam macam perkara untuk mereka, tapi bila beraya saya nak balik kampung setahun sekali pun mereka berkira (Sebab kampung saya jauh, berjam-jam perjalanan ).
Kampung suami setakat sejam perjalanan. Hampir tiap bulan kami balik untuk 4 tahun pertama perkahwinan.
Bila lama-lama kelamaan saya mengambil keputusan untuk menjarakkan diri. Kerana ini lebih baik.
Walaupun duduk di homestay atau hotel, ini lebih baik. Daripada saya tak balik langsung. Atau saya balik, tapi selepas itu saya dan suami bergaduh.
Tahap kesabaran isteri ada hadnya. Kalau dah ditengking mertua, tapi suami masih menangkan ibunya, saya kira lebih baik saya berpisah dari terseksa.
Alhamdulillah, dengan duduk di hometay saya rasa tenang dan kurang pergaduhan dengan suami.
Buat orang sekeliling, terutama jiran tangga mertua, ahli keluarga mertua ( especially sepupu sepupu suami ) berhenti lah mengata dan bercakap yang bukan bukan.
Anda tidak berada di tempat kami yang mengalami situasi begini.
Untuk sepupu sepupu dan ahli keluarga suami yang mengata, memang saya tidak redhakannya. “Makanlah daging sebanyak mungkin kelak di sana nanti.”
Terima kasih kerana sudi mendengar luahan ini. Mungkin ada yang berkata, tak baik bercerita keburukan mertua. Mengadulah kepada Allah.
Ye, saya juga mengadu kepada Allah. Tapi saya lebih suka mengadu di sini, sekurang kurangnya saya lega. Pernah dikala kesedihan akibat perbuatan mertua, saya solat menangis mengadu kepada Allah.
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya Allah makbulkan. Selang beberapa jam, keluarga mertua kemalangan . Jadi lebih baiklah saya luah segara rasa di sini, moga jadi iktibar semua.
Salam raya dari saya.
– Ariqah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit