Hidup aku tak pernah tenteram dari dulu.Parents aku selalu gaduh.Ayah pulak tah berapa perempuan dia pasang.Sampai ke katil kot.Mak pulak abaikan tanggungjawab dia.Keluar lepak kelab tu memang biasa.Abang aku pulak penagih dadah.Dah kena tangkap polis pun.Aku dari dulu memangnak lari dari kehidupan ni.Tapi bila fikir nasib adik adik aku,aku tak sampai hati.Dari dulu,balik sekolah je aku pergi kerja basuh pinggan.Dapat la duit sikit sikit.Adik adik aku memang aku yg sara.Duit kena simpan elok elok.Kalau parents aku jumpa,memang hilang lah duit tu.Aku dapat sambung pengajian ke UIA.Aku bawak adik adik aku sekali.Alhamdulillah,hasil byk kerja yg aku buat,aku mampu sara adik aku.Aku dapat biasiswa penuh.Parents aku? Entah diorang tak kisah pun aku dapat apa.Even aku bawak adik aku pun diorarang tak kisah.
Ada sekali tu sorang makcik ni nk lintas jalan dan dia hampir dilanggar kereta.Aku yg nampak dia tolak dia ke tepi dan aku yg kena langgar.Nasib baik sikit je injured.Aku kena masuk wad.Muka first yg aku nampak lepas aku sedar ialah muka laki ni.Aku dah mula panik sebab aku memang tak percaya lelaki.Dia cakap terima kasih sebab selamatkan mak dia.Makcik tu pun masuk dan dia rasa bersalah sangat.Dia dapat tahu aku ada adik.Turns out makcik ni wife director hospital ni.Dia buat keputusan utk ambil aku dan adik adik aku sebagai anak angkat dia.Laki tu je anak tunggal dia.
Dia tanya aku pasal family aku.Aku cerita semuanya.Dia ambil aku dan adik adik utk tinggal dengan dia.Dalam rumah,aku pakai tudung 24/7 la kan sbb ada anak dia.Aku segan weh.Aku tak reti sesuaikan diri dgn hidup mewah macam ni.Aku pesan kat adik aku yg kita ni menumpang jadi jgn lebih lebih.Sekali pun kami tak pernah kena marah walaupun adik aku pernah terpecahkan pasu time main bola.Anak makcik ni baik sangat.Dia ni engineer.Dia anggap aku macam adik dia.Boleh kata perfect weh.Dah la handsome.Aku mula develop perasaan cinta.Aku cuba buang perasaan tu sebab aku sedar aku sapa.Tapi dh lumrah manusia ada perasaan cinta kan.Dia cinta pertama aku weh.
Ada sehari tu dia pergi dinner syarikat katanya.Balik tu kawan dia yg hantar.Aku terkejut sangat sangat.Dia dalam keadaan mabuk.Dia ni bukan jenis macam ni.Solat tak pernah tinggal.Main dengan perempuan,mabuk jauh sekali lah.Tapi kawan sekerja dia jenis macam ni.Pernah sekali tu aku tersengar conversation diaorg.Kawan dia ni ajak pergi clubbing.Memang taklah kan.Dinner yg dia pergi ni pun dia cakap sebab celebrate company dapat projek baru.Aku suspek kawan dia yg buat dia macam ni.
Yg ada dekat rumah time tu cuma aku,adik adik dan dia.Parents dia ada urusan overseas.Aku tgh cuti sem.Adik adik aku dah tidur.Aku memang buntu tak tahu nk buat apa.Aku cuba call parents dia tapi tak angkat.Dia mabuk teruk sampai tak faham dh dia cakap apa.Aku cuba tampar tampar dia nak bagi dia sedar (ya aku bodoh tak tahu nak buat apa) Tapi kalau dh mabuk tu memang tak jadi apa lah kan.Lepastu yg aku rasa dia sepak aku kuat sampai aku pengsan.Sedar sedar aku ada sekatil ngan dia,takde sehelai benang pun.Aku rasa dunia aku gelap.Aku terkejut sangat.Aku syak benda ni jadi lepas aku kena sepak malam tu.Dia pun terjaga dan benda first yg keluar dari mulut dia ialah Astaghfirullahalazim.Aku tahu yg dia takde niat pun sebenarnya.Dia janji dgn aku dia nk bertanggungjawab.
Lepas parents dia balik,dia ceritakan semua.Lepas tu jugak,aku perasan yg mak dia macam bencikan aku.Dia cakap kalau aku takde kat sini mesti tak jadi macam ni.Kami pun nikah.Buat majlis besar besaran.Takde sape pun tahu pasal ni kecuali kami dan parents dia.Parents aku pun tak dijemput sebab merrua aku takut diorang buat hal kalau datang.
Dia sangat bertanggungjawab.Bagi aku nafkah zahir dan batin dgn cukup.Aku masih menuntut dia UIA.Oh,biasiswa aku dh batal sebab aku kahwin.Mertua aku yg tanggung semua kos pengajian.Kawan husband aku masih ajak dia buat benda bodoh.Dia dah tak tahan so dia berhenti kerja.Alhamdulillah dia dapat kerja kat company lain.Tak lama lepas tu aku mengandung.Takde sapa perasan sebab saiz badan aku memang kecil.Tak macam mengandung pun.Family je yg tahu.Dan ya,sekarang aku masih mengandung.Aku baru nak rasa sinar kebahagiaan tu sekarang.Please doakan kebahagiaan kami ya.Sejak mengandung ni,mak mertua aku macam boleh terima dah.Dia dh sayang aku balik macam dulu.Aku masih trauma sebab kes dulu tu.Tapi aku sayang suami aku sekarang.Adik adik aku pun gembira sgt bila aku kahwin dgn dia.Diorang tak tahu benda yg jadi malam tu.
Masalahnya sekarang ni aku ada classmate baru.Classmate aku ni pulak selalu ganggu aku.Dia tak tahu aku dah kawin dan tgh mengandung.Aku ada bagitahu husband aku pasal ni.Classmate aku ni dapat number aku entahlah dari siapa.Dia selalu message aku macam macam.Siap ada benda lucah.Aku tak suka macam ni.Walaupun aku tunjuk semua kat husband aku,aku still rasa bersalah.Aku tak tahu macam mana nk handle masalah ni.Husband aku ada warning dia tapi tak makan saman jugak.Patut tak aku report polis? Aku baru nk rasa bahagia.
Aku memang tak balik rumah parents aku langsung sejak aku sambung belajar sini.Aku ada jugak tanya adik adik aku.Tapi diorang kata diorang benci parents aku.Aku tak pernah ajar diorang utk benci parents aku.Macam macam aku dah ckp,tapi diorang ckp parents apa macam tu reti buat anak tak pandai jaga.Aku tak tahu nk kata apa dah
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit