Salam everyone. Firstly, aku nak berterima kasih jika confession aku ni disiarkan.
Ok guys, aku ada baca confession ni https://iiumc.com/lelaki-itu-serius-ke-tak/ & https://iiumc.com/aku-pilih-self-love-dulu/
Dua-dua ni sangat relate dengan kisah 2023 aku. Nak-nak kisah “lelaki itu serious ke tak”. Sedih jap bila teringat.
Oklah gais, umur kita bertiga pun sama, bab “jodoh” pun sama. Belum masanya lagi, sengaja Allah temukan kita dengan orang macam tu, sebab nak kita tau, wujud ya orang camtu.
Nak kita belajar jangan cepat sayang dengan orang, paling penting, jangan berharap dekat orang, selain Dia. Moga-moga Allah kurniakan kita jodoh dengan orang yang tepat & pada waktu yang tepat, amin ya mujib.
Let’s move on dari kisah 2023 yang boleh bagi kita pengajaran, make us wiser, make us strong, make us braver.
Takpe, banyak lagi benda yang kita boleh buat, macam confessor “Aku Pilih Self Love Dulu” kata, “bahagia dengan cara sendiri, kadang terfikir juga, jodoh bukan dengan manusia je, jodoh dengan ajal pun menanti, so kena balance”.
Yup, kita tak tau “jodoh” yang mana sampai dulu. So let’s be the best version of us.
Tak sangka, 8 bulan dah aku dapat lalui fasa yang sukar, tapi tetap bertahan untuk nampak baik je depan semua orang. While si dia? Dia tak terfikir langsung pasal aku agaknya ya, haha. Dasarrrr.
Yang buat aku agak sedih kisah aku ni, dia datang secara tiba-tiba je. Kawan yang introduce. Permulaan je ok, lepastu macam biskut dah, hahaha.
Takpelah benda dah jadi, aku harap semua impian (yang dia pernah cerita) semuanya tercapai & dimudahkan setiap urusan. Jangan terlalu busy sangat sampai tak sempat makan & carik jodoh dah lah haha.
Disebalik kesedihan aku tu, aku happy sangat, akhirnya akan masuk bulan yang ditunggu-tunggu. Setiap kali nak masuk January, tahun baru, aku mesti excited. Sebab aku akan pasang beberapa niat, beberapa target untuk aku ubah diri aku.
Tak kisah la dari segi apa pun, yang pasti aku selalu nak jadi yang lebih baik. Sebab January juga bulan kelahiranku, jadi aku rasa special gila January ni, hehe.
And guess what, aku direzekikan untuk menjadi tetamu Allah dua hari selepas birthday aku nanti, insyaAllah.
Alhamdulillah, terima kasih untuk hadiah hari jadi yang paling bermakna ni. Aku taktau nak cakap macam mana betapa gembiranya aku.
Aku berharap dengan rezeki aku dipanggil untuk buat umrah nanti, aku boleh move on dengan betul-betul. Aku dapat lupakan kisah yang membuatkan aku tak keruan hidup 8 bulan ni.
Korang doakan semua urusan aku & keluarga aku dimudahkan, selamat pergi & balik, dapat menyempurnakan ibadah umrah, dikurniakan kesihatan yang baik, dapat mencium hajarulaswad, dapat memegang & mencium kaabah,
Dapat berdoa di tempat-tempat mustajab berdoa, dapat beribadah di dalam raudhah & umrah yang mabrur dan maqbul, amin ya mujib.
Semoga kita semua akan dijemput untuk menjadi tetamu Allah di Mekah & Madinah suatu hari nanti.
Welcoming 2024 with a good health, good wealth & good news! Bismillahirahmanirrahim 2024.
– Nona (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalammualaikum sis, ska bc confession sis…sekapal ya kita, blm berjodoh, jmpa dgn lelaki y salah, rasa buang ms terlalu lama, sdgkan umur semakin meningkat…teringin gk nk berumah tangga, bina kehidupan mcm org lain…apakan daya, ujian utk kta hadapi, mg sma² trus kuat ya. Mohon klu confessor baca komen ny nh, nk mtk confessor doakan sy gk ya di Mekah nt, mg dipermdhkn ursn jodoh sy…mg yg baik² kembali utk sis gk…aamiin²…🤲🏻🤲🏻