Hai, saya menulis luahan ini adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang tak terluahkan, sakit yang lama saya pendam, sepatutnya luka tu dah sembuh dah tapi macam tak sembuh2 lagi.
Walaupun dah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan seperti baru jadi semalam.
Pada 2 tahun yang lepas, saya ada seorang kekasih yang saya sangat cintai. Kami juga ada perancangan untuk berkahwin.
Saya sangat mengharapkan saya akan berkahwin dengan dia. Saya mengenali keluarganya, dan dia juga mengenali keluarga saya.
Pada suatu hari, dia tiba-tiba hilang dan tidak dapat dihubungi, saya mencari dia di merata tempat bagai ibu hilang anak dah, tapi usaha saya itu hanya sia-sia.
Selepas seminggu dia hubungi saya balik, tiba-tiba dia cakap dia dah kahwin, begitu hancurnya hati saya bagai dihiris sembilu, selepas tahu berita yang dia nak sampaikan tu.
Masa dia bagitahu yang dia dah kahwin tu, saya senyap dan nangis, saya tak mengamuk macam kebanyakan wanita, saya pendam sakit tu dan berharap saya boleh tahan dan hilang…
Apa yang buat saya menyesal dan teringat sampai sekarang, kenapa saya tak bersuara kenapa saya tak mengamuk, kenapa saya tak luahkan kemarahan saya tu…
Mungkin kalau saya luah masa tu sakit tu tidak lah seteruk sekarang.
Sekarang saya tanggung sakit dan amarah tu. Saya cuba untuk lupakan tragedi itu, tapi apakan daya, saya hanya insan yang lemah.
Tinggi mana saya daki gunung, laju mana saya lari, kalau sudah tersimpan dalam memori nak padam dalam ingatan pun susah.
Itu je luahan saya…
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum. Saya faham untuk melupakan seseorang yang kita sayang mungkin mengambil masa yang lama. Jika kita menggunakan pelbagai cara untuk melupakan seseorang yang hadir dalam hidup kita, perlulah istiqomah dengan ikhlas terhadap Allah. Cintakan penciptanya dahulu baru hambanya. Kita kena terima takdir dengan hati yang terbuka. Jangan biarkan kekecewaan menguasai diri kita. Mindset kita pun kena ubah juga. Kita kena fikir yang kita boleh dapat yang lagi baik. Ingatlah yang kita adalah diri kita. Cari kebahagiaan diri kita yang sebenar. Saya doakan, semoga Allah permudahkan segala urusan awak. Ingat, jangan sedih sedih ye :)
Cari sajalah yg lain
Move on. U can do it
dik, hidup yg blom ko tempuh lg panjang dan terbentang luas, rsnya cukupla dua thn mende tu ko rewind dlm otak. da msnya tekan STOP button. dan stop wasting ur life. avoid perkara yg de vibes romance n love2 ni, solat dan doa, enjoy ur life to fullest. Kata Kunci: be wild n bold but smart!