Macam Mana Nak Hormat Suami?

Alkisahnya tuan puan. Saya ni kan rasa dilema dengan perangai suami. Yang acuh tak acuh je bab solat. Bagaimana nak tegur?

Subuh entah berapa kali kena kejutkan, tak bangun2 juga. Kita ni penat nak layan anak kecik lagi, penat mengandung lagi.

Zohor biasa di tempat kerja. So idk dia jaga setakat mana. Dia tak berjemaah masjid pun biasanya, solat sorang.

Asar balik rumah. Biasa saya tunggu untuk solat sama2, kalau lewat, lewat lah.

Maghrib. Kadang dapat berjemaah. Kadang tak.

Saya suka kalau boleh pergi berjemaah di masjid sebenarnya dari berjemaah di rumah. Boleh niat iktikaf. Pahala lebih banyak.

Isyak. Hmmm. Kadang pukul 1-2 pagi baru dia solat selepas balik kerja.

Sebenarnya kita kena sesuaikan solat ikut kerja ke atau solat yang sepatutnya didahulukan betul tak?

Mengaji pun katanya nak saya ajar. Ya Allah. Rasa tak mampu. Tegur anak murid lain ye dengan tegur suami ni.

Clueless kadang2 macam mana nak buat.

Saya ni pun bukan baik sangat. Tapi saya cuba jaga solat dan mengaji. Nak hidup diberkati. Bukan hidup sia2.

Anak pula sedang membesar. Dia tengok contoh teladan ibu bapa juga kan. Tak nak lah culas bab solat.

Isteri dilema. Nak perbaiki keluarga. Moga ada sakinah. Sebab asyik serabut bergaduh je..

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bersabar sis, dan berdoa. Jgn putus doa. Hati dan hidayah milik Allah. insha’Allah dia akan kembali kepada jalan hidup sebenar. Sis ajak seperti biasa, kalau liat sis ajer yg solat. Ketulusan dan keikhlasan sis nnti yg Allah lihat. Saya doakan suami sis berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *