Assalamualaikum. Sedih sangat rasa hari ni. Tengah murung sebab baru je kena body shaming tadi. Aku dimalukan kerana feature wajahku.
Kalau gemuk, boleh kurus. Kalau hitam, boleh putih. Kalau gigi jongang, boleh pakai braces. Tapi kalau hidung dah ori kemek, macam mana? Bentuk muka yang tak normal features dia, apa patut aku buat?
Aku punya lah down sebab setiap hari kat tempat kerja aku mesti akan ada yang nak kutuk muka aku. Nak kata tempat kerja toksik, aku tak pasti aku yang terlalu sensitif ke atau diorang yang toksik? Yang mengutuk ni biasanya lelaki.
Aku cuba kentalkan jiwa. Kadang orang bodyshaming aku layankan aje gurauan diorang. Kadang aku geram aku balas balik. Tapi mostly aku gelak-gelak je.
Aku cuba nak maintain relationship dengan workmates. Aku tak suka cari gaduh atau ada isu. Tapi mental aku koyak.
Dah banyak tempat kerja aku berhijrah, mesti dan confirm akan ada yang kutuk muka aku. Sedihlah. Pastu aku nak kena buat plastic surgery ke untuk betulkan wajah aku ni? Ke macam mana?
Sebenarnya wajah aku ni takde kecacatan pun. Cuma bentuk rahang aku je yang tidak normal. How to explain eh? Jaw aku terlalu backward. Bukan jongang. Tapi gigi bawah terlalu ke belakang pastu dagu pun pendek.
Adik-beradik sendiri pun pernah kutuk cakap muka aku macam alien. Abang sendiri cakap muka aku ni muka paling hodoh dia pernah tengok. Sedih weh. Orang luar kutuk pun dah perit, tapi kalau family yang kutuk, lagilah pedih.
Family aku ni helok-helok semuanya. Bapak aku hensem. Mak aku lawa. Abang-abang aku kacak siap ada jawline dan sado maskulin. Ig diorang pun ramai followers, boleh consider macam instafemes la jugak adik-beradik aku ni. Tapi aku, the only ugly in the family.
Taktaulah apa silap mitosis or meiosis waktu pembetukan aku dalam perut mak. Tapi muka aku je yang lain.
Kalau time raya, semua sedara berebut nak bergambar dengan adik-beradik yang lain. Pastu aku ni macam tak wujud kat situ. Terasa dipulaukan sebab tak lawa.
Paling sadis, mak bapak aku suka puji anak yang lain handsome cantik. Tapi aku tak pernah dipuji. Malah, mak aku pernah cakap, “Kalau ada orang nak kat kamu tu, terima jelah walaupun takde hantaran. Orang nak pun mujur dengan muka begini”.
Yela aku faham tapi sedihnya mak cakap camtu. Masalahnya tak pernah ada lelaki yang nak aku. Faham tak? Em tapi aku faham je sebab lelaki memang tengok rupa dulu, baru perangai.
Aku pernah consider untuk pakai braces untuk betulkan rahang aku, tapi bila google dan baca artikel ilmiah, braces takleh betulkan rahang tidak normal begitu. Pastu hidung kemek tu dah original begitu, takkan nak ubah? Family aku semua mancung, kenapa aku je kemek hidung?
Mak aku sendiri cakap dia pelik kenapa aku sorang je anak muka lain. Masa kecik aku pernah mengamuk cakap aku ni anak angkat ke? sebab sorang je muka lain.
Tapi realitinya aku memang anak kandung mereka. Cuma mungkin genetic aku ni skip generation. Aku tak ikut rupa mak ayah, tapi ikut keturunan yang atas-atas.
Satu lagi, gigi aku pernah terserpih sebab accident. Gigi depan atas pulak tu. Bila pergi klinik, doktor gigi tu ada sambung serpihan tu.
Tapi masalahnya, doktor tu buat tak cantik. So dua gigi depan aku ni (gigi atas) tak sama tinggi. Senget gigi aku tauuu. Ketara gilaaa senget dia. Sampai aku senyum pun nampak senget.
So aku pun terfikir, should i do plastic surgery to make me look normal like everyone else? So that aku takkan dikutuk lagi? Tapi aku tahu mengubah ciptaan Allah itu berdosa besar.
Aku bukannya cacat. Ramai lagi orang lain cacat. Tapi aku ni Allah uji sikit je. Cuma kadang-kadang manusia yang suka mengutuk ni yang menguji kesabaran dan keimanan aku.
Bila dah koyak sangat mental, aku rasa nak je gi Korea buat plastic surgery. Ubah rahang aku bagi normal, mancungkan sikit hidung dan buat gigi aku jadi nampak normal balik. Tapi itulah. Semua tu HARAM. Aku tak rela nampak cantik tapi dilaknat Allah.
Disebabkan tak tahan kena bodyshaming, aku pakai purdah jika keluar rumah. Tak pun pakai face mask.
Semenjak pakai purdah/face mask ni, masyaAllah confident aku meningkat dengan ketara. Aku rasa selamat ke mana-mana tanpa ditenung orang. Pergi kerja pun aku pakai face mask hari-hari.
Orang yang mengutuk tetap kutuk juga. Diorang kutuk aku cakap alahh pe benda pakai face mask, mana ada covid dah sekarang. Tapi aku cuma nak hidup tenang.
Soal jodoh tak perlulah tanya. Takde lelaki nak aku. Seumur hidup tak pernah diminati mana-mana lelaki. Didekati pun tidak pernah. Dibuli dan diejek tu selalu. Tapi aku tak kisahlah. Yang penting aku nak hidup tenang tanpa dikutuk.
Sekarang, aku tengah belajar bersyukur seadanya dengan features muka aku yang dikurniakan Tuhan. Aku dah uninstall semua media sosial. TikTok pun aku takde.
Aku memang tak main socmed sebab kat situ ramai sangat wanita cantik. Nanti aku insecure sampai kewarasanku tercabar. Jadi, kalau nak dapat info terkini, aku dengar radio je atau baca berita online.
Doakan aku tidak lagi dikutuk oleh manusia durjana.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Orang keliling anda yang toksik dan sampah, ya, walau family sendiri