Pengalaman Aku Sebagai Owner Bilik Sewa

Assalamualaikum. Aku owner rumah apartment di sekitar KL. Aku berusia 35 tahun, wanita & masih bujang.

Aku beli rumah pada tahun 2019. Rumah sub-sale je tapi takpalah ini rumah pertama aku. Nanti ada rezeki, aku beli pula rumah idaman aku.

Bertahun-tahun tunggu tangga gaji mencecah minimum untuk apply loan alhamdulillah dapat juga.

Bukan senang nak apply kalau diri sendiri pun bukan dari background family yang kaya. Semua perbelanjaan dan kos-kos untuk dapatkan rumah ni aku guna duit sendiri. Nak minta tolong mak ayah pun, diorang pun mengharapkan duit dari aku dan adik-adik aku.

Bila ada yang tak cukup terpaksa pinjam dekat adik yang kaya sikit dari aku. Tu pun aku da habis bayar balik kat adik aku.

Aku pun faham adik aku pun ada komitmen dia jadi aku tak naklah ambil kesempatan. Syukurlah dia nak tolong. Sebab aku pun dulu selalu tolong dia masa dia tak kaya dulu.

Lepas aku da dapat kunci rumah dan duduk selama beberapa bulan, aku rasa aku da bersedia untuk sewakan bilik tengah aku tu.

At least dapatlah sikit income untuk cover perbelanjaan memandangkan setiap bulan aku kene bayar RM1.9K dekat bank.

Lagipun aku memang duduk seorang bersama 2 ekor kucing masa tahun 2019 tu. Sehingga kini kucing aku da mencecah 5 ekor.

Pada tahun pertama iaitu tahun 2019, aku kenakan sewa yang agak rendah iaitu RM200 lebih untuk bilik tengah yang ada katil queen, aircond, kipas dan cermin solek. Kecuali masa tu takde almari baju lagi.

Rumah aku ni complete ada peti ais, internet, mesin basuh, Coway water filter, TV dan dapur untuk memasak.

Sekarang, sewa aku da naikkan pada RM400+ sebulan, after aku buat sedikit upgrade kat bilik tu and tambah beberapa item dalam bilik tu.

Tu pun kawan2 kata masih kira rendah dan affordable sebab majoriti yang sewa bilik macam aku di area aku ni dekat Cheras, RM600 dan ke atas. Plus kawasan rumah aku ada security guard & dekat dengan kemudahan2 seperti kedai2 runcit makanan dan bas.

Aku cakap, aku nak seorang je tenant dan kebanyakan yang menyewa ni golongan2 muda yang baru start bekerja atau gaji yang 2k ke 3K sebulan. Aku pun research yang tengok jugak majority yang mencari bilik sewa area rumah aku ni.

Aku tak nak ramai sewa nanti serabut kepala aku. Pengalaman menyewa lebih dari 10 tahun da bermacam karenah housemate aku kene hadap dari housemate yang berusia 40an sampailah yang muda dari aku berusia awal 20 an.

Berapa kerat je housemate yang OK, yang lain macam hauk, lebih-lebih lagi bab kebersihan rumah. Tapi itu cerita lain la kan.

Baiklah berbalik kepada pengalaman aku sebagai owner rumah.

Menurut kawan2 aku, sewa yang aku kenakan tu sangat murah kerana majoriti sewa di kawasan aku tu anggaran 1 bilik tengah dari RM500 ke RM600

Masa tu, aku fikir aku masih baru dan aku malas nak buat kontrak yang berstamp duti bagai sebab masa tu aku memang sibuk kerja dengan sambung belajar lagi. Aku hanya buat kontrak biasa antara aku dengan penyewa ja.

Kesilapan awal aku ni la yang mengajar aku untuk menguruskan rumah sewa dan menapis penyewa supaya at least dapat yang OK dengan kriteria yang aku cari. Walaupun takkan sempurna tapi sekurang-kurangnya mengurangkan risiko dapat penyewa dari neraka bab kata orang.

Since aku ada kucing, aku memang akan nyatakan awal-awal dalam setiap iklan dan aku prefer yang boleh bayar sewa on time tanpa masalah serta pembersih dan pemgemas.

Antara karenah penyewa yang aku hadapi sepanjang tempoh aku sewakan bilik ni adalah:

1. Tidak Basuh Bekas Masakan, Makanan dan Minuman di Dalam Singki Selama 2 hari.

– Ini memang aku cukup2 pantang especially kalau kat rumah aku pula tu. Lainlah kalau aku stay rumah lain kan at least aku tak nampak. Sedangkan duduk dengan parents pun da diajar untuk basuh dan mengemas.

– Bagi aku ini sangat biadap dan takde rasa hormat kat aku sebagai owner. Aku selalu hadapi ni masa aku menyewa dulu.

– Aku pula jenis tak suka tegur benda yang remeh macam ni dekat orang da dewasa bekerja dan berpendidikan. Pada aku ini common sense. Dalam kontrak pun aku da nyatakan untuk jaga kebersihan.

– Aku akan tegur dulu melalui WhatsApp dan ayat aku pun cakap elok2 tapi berbaur tegas (yelah, budak2 muda ni, kalau kita direct cakap sound kang sentap pula).

– Ada yang menerima dengan baik dan tak buat dah. OK la tu.

– Yang ini aku rasa agak kelakar jugak. Ada yang sentap, siap post dekat whatssap status memerli sebab aku teguran aku tu.

– Aku macam “Ehh.. salah ke aku nak bagitau yang kau tak basuh bekas ko memasak tu selama 2 hari dalam singki?

– Style aku, da buat pandai2 la mengemas sendiri, aku takkan tolong basuh & kemaskan untuk kau melainkan ada sebab2 tertentu aku masih boleh tolong basuhkan. Aku tuan rumah bukan orang gaji.

– Masa awal2 sewa, first kes macam ni aku tegur pada hari kedua sebab hari pertama, aku bagi peluang dulu percaya akan dibasuh.

– Now, kalau lebih dari 6 jam ke, aku memang tegur.

2. Tak Tutup Lampu, Aircond dan Pili Air Lepas Digunakan

– Nampak remeh pada sesetengah orang tapi pada aku tak.

– Kesannya kalau tak ditegur nanti bill utilities melambung da la sewa sekali dengan utilities. Aku caj extra nanti jangan pula nak argue pula dengan aku.

– So far 2 orang tenant yang buat macam ni. Dan jenis tak sentap, menerima teguran aku dengan baik dan aku perasan mereke da tak buat sehinggalah di akhir mereke menyewa.

3. Tak Bayar Sewa

– Ini first time aku hadapi & sejak peristiwa ni, aku akan buat stamp duti kontrak untuk next penyewa. Macam aku cakap, pengalaman mengajar aku untuk handle penyewa dan bilik sewa lebih baik dari sebelum ini.

– Penyewa ni dia baru dapat kerja katanya, jadi dia nak minta deposit bayar next month dulu.

– Btw, aku ni pula memang ada sedikit soft spot since aku pun dlu awal2 pnah gak rasa susah dengan menyewa di KL. TAPI sepanjang aku menyewa, aku bayar sewa takde yang miss.

– Kontrak da sign. Bulan pertama dia bayar sewa dulu deposit katanya next month.

– Bulan kedua, dia bayar RM600 je, balance dia akan bayar next month. Katanya bulan tu dia nak kene bayar rumah under project yang dia baru beli beberapa bulan lepas. OK fine.

– Bulan ketiga, senyap tiada khabar, duit sewa pun tak masuk2 lagi da lepas dari dateline seperti dalam perjanjian.

– Aku WhatsApp pertama kali tanya, senyap tak reply. WhatsApp kali kedua tak reply juga.

– Perasaan marah tu tak payah cakaplah. Da la duduk sekali, takkan lah susah sangat nak jumpa aku bagitau masalah jika tak boleh bayar.

– First aku pun terpaksalah ketuk pintu bilik, Then dia WhatsApp bagitau dia tak dapat bayar sebab akaun kene blacklisted.

– Aku insist untuk jumpa, so aku ketuk pintu bilik lagi suruh keluar. Dia keluar jugak akhirnya.

– Aku pun interview tanya dia kenapa tak boleh bayar, kenapa akaun kene blacklisted.

– Akaun kene blacklisted sebab dia ada tunggakan bayaran untuk rumah under projek yang dia da beli.

– Well to be honest aku tak berminat pun dengan masalah hidup dia tapi disebabkan melibatkan sewa aku pun kenelah tahu sebab nanti next month punya sewa macam mana dia nak settlekan balance sewa dan sewa akan datang.

– So sepanjang bulan tu, tanpa sewa, aku bagi dia duduk tapi, jangan guna aircond selagi tak bayar sewa. Yela aircond kan kuat sikit pakai elektrik.

– Da la aku minta bayar sikit2 je dulu pun takpa. dia mintak nak bayar bulan depan jgk sebab dia x cukup bajet untuk makan minum nanti katanya. Haduhh part ni aku rasa kesian la jgak. Fine aku OK kan jela masa tu.

– After aku discussed dengan kawan2 aku, aku decided yang penyewa ni tak bole simpan lama2 nanti aku jugak yang rugi.

– So aku bag notis keluar rumah selama 14 hari dan suruh dia settlekan balance tunggakan.

– To be honest, aku rasa berat hati nak buat macam ni kat orang tapi bila fikir balik, dia pun tak fikir perasaan aku sebagai owner yang nk kene tanggung lagi banyak kos dari dia.

– So dia keluar dengan cara baik dan balance tunggakan dia da settlekan. Alhamdulillah.

4. Bawa Orang Luar Bermalam Lebih Dari Tempoh

– Penyewa yang sorang ni pula orang Sabah. Dia beberapa kali jugalah bawa adik perempuan dia student U kat Malaysia ni duduk sekali bila cuti sem.

– Dia memang ada inform & minta kebenaran aku. Dalam beberapa kali tu, adiknya hanya stay seminggu 2 je tak sampai sebulan.

– Dalam kontrak, aku ada nyatakan tak bole bawa orang luar tanpa kebenaran dan tak boleh lebih dari 5 hari.

– Well since dia pun bagitau last minute lepas bayar deposit & pada hari nak sign kontrak tu la dia bagitau dia ada adik yang akan datang duduk sekali masa cuti sem.

– Aku bagitau aku OK selagi syarat-syarat perjanjian dipatuhi dan perlu inform aku the owner at least paling lewat 24 jam.

– Pada awalnya semua berjalan lancar. Hinggalah ada satu hari tu, dia bgtau adik dia nak duduk sepanjang cuti sem.

– Aku tanya untuk berapa lama, dia bagitau sebulan lebih. Aku pula time tu macam hesitate sikit.

– Tapi aku fikir since adik dia tak pernah lagi buat hal so aku pun OK kan aje.

– To be honest, selama sebulan tu aku memang rasa tak selesa sebab ada extra kepala rumah yang duduk free2.

– Area dapur pula makin kotor, tempat letak kasut makin semak sebab banyak kasut. Faham tak perasaan orang duduk free tak bayar apa-apa pun kat rumah kita and kita yang kene mengemas cuci rumah.

– Da la penyewa & adik dia tu tak pernah nak tolong kemas bersihkan dapur. Sampah sampai da busuk & melimpah pun tak bersihkan. Memang kene tegurlah dengan aku.

– Bulan tu aku memang agak sibuk bekerja jadi aku lost track tempoh adik dia duduk.

– Then aku cek balik rupanya adik dia da duduk bilik lebih dari tempoh yang diberitahu oleh tenant.

– Paling aku hangin, tenant tak inform aku extra day adik dia duduk.

– So aku whatssap tanya dia bila adik dia akan keluar. Aku juga bagitau yang aku akan caj extra sewa bulan tu sebab extra orang duduk sekali.

– Tenant pun said sorry dan bagitau adik dia akan duduk lagi 2 minggu.

– Extra caj tu, aku terpaksalah pula nak kene kira balik.

– Kalaulah adik dia tu jenis tolong kemas rumah jaga kucing2 aku tanpa aku suruh aku ok je nak bagi free2 duduk.

– Pada aku duduk rumah orang ni kenelah beradap sikit dan da duduk free2 tu tolong la apa yang patut untuk mengurangkan beban tuan rumah yang bagi ko duduk free2 tu.

Entahla, bende2 ni memang dari kecik parents aku da ajar adab2 ni. Maybe tak semua orang diajar adab2 macam ni.

Dan inilah sedikit sebanyak pengalaman aku sebagai owner rumah dalam menghadapi karenah penyewa.

Kalau aku ni kaya, aku memang takkan sewa lah bilik untuk hadap bermacam2 karenah penyewa ni. Tapi terima kasih pada gomen sekarang sebab kos sara hidup makin tinggi jadi untuk survive terpaksalah aku sewakan bilik tengah aku tu.

Tapi dari pengalaman aku sebagai owner ni jugalah aku spend untuk hire orang buatkan document kontrak sewa secara legit dan buat stamp duty utk protect diri aku as owner. Dan skills untuk tapis bakal penyewa di masa akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku sebagai owner rumah.

– Cik Owner Rumah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. hi , i nak share jugak , rumah i , ada satu bilik extra so i ada ambil sorang housmate untuk teman i .
    1st housemate i , dia tak kerja tau , tapi dia bayar on time sewa . duduk dekat 6 bulan , kerja dia duduk rumah je . tapi dia pemalas hahaha . tak ada sapu rumah ke apa ke takde , semua benda i buat . pastu makanan ke apa , dia delivery jee . buang kat tong sampah tapi tak pernah buang kat luar . i lah tukang buang . tapi takpelaaa , i redhaaa jee huhuhu lepastu 5 bulan dia bayar tapi tak duduk . dia just balik sebulan 3 4 hari macam tu then dia pergi KL kerja . i pun pening dengan dia . hahaha
    housemate ke dua , dia ni jenis suka rumah riuh riuh . i pulak jenis pendiam . agaknya dia bosan dengan i dia blah . duduk dua bulan je . hehehe
    ke tiga and sampai sekarang dah setahun lebih duduk dengan i . masing masing buat hal sendiri . tapi dia ok , buat kerja rumah sama sama . pengemas , masak and tahu cuci sendiri . hormat orang . i tak pernah minta beli barang barang macam pencuci pinggan ke apa ke , tapi dia tahu beli sendiri sebab dia guna . baguslaa orang macam ni , pandai fikir . hahaha . betul , susah nak layan perangai orang yang pelbagai ni . macam macam .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *