Salam semua. Aku Zara. Aku pernah berkenalan dengan seorang lelaki. Pada awalnya, dia layan aku baik sangat. Orang kata to good to be true.
Dia juga menjanjikan bulan bintang & nak support semua impian aku, cita-cita aku. Dia juga memaksa aku menerimanya pada awalnya.
Aku namakan dia Petai. Petai ni mukanya terlalu innocent, family pun bertudung labuh. Aku bersetuju untuk memberi peluang kepada dia.
Awal kenal Petai ni rajin sangat update apa dia buat, dah makan ke belum. Kalau boleh 24 jam Petai ni nak update.
Aku dah pelik tapi aku still ignore apa si Petai ni buat. Petai ni dah mula start buka cerita tentang ex dia tanpa aku minta.
Kata ex dia cheat, saving dia dihabiskan kepada perempuan tu, business lingkup sebab down lepas break up dengan ex dia tu.
Btw, si Petai ni pernah cerita dia baran & cemburu buta. Dia pernah pukul dinding, hempas telefon dsb. Masa dengan aku Petai ni hempas telefon sebab kantoi menipu dengan aku tentang ex dia.
Selain baran Petai ni banyak cerita kisah tersakiti dia seperti kawan dia gelakkan dia, kena palau dengan housemate dan banyak lagi. Dia juga memberitahu aku bahawa dia benci kepada mereka termasuklah keluarga dia sendiri.
Setiap hari Petai ni nak otp lepas dia balik kerja & text juga. Tapi makin lama si Petai ni makin kurang buat semua tu.
Aku pada masa tu masih mencari pekerjaan tetap tapi aku ada je buat pendapatan sampingan cuma aku tak bagitahu Petai.
Aku juga mendapat beberapa peluang pekerjaan yang agak lumayan gaji, tapi Petai ni cakap dia tak nak jauh dari aku & kalau boleh dia tak nak aku kerja kalau dah kahwin nanti.
Lama kelamaan Petai ni dah start cakap dengan aku perkara lucah yang diborakkan kawan di tempat kerjanya.
Aku pada awalnya ingatkan tu kesilapan, tapi bila aku tegur. Beberapa hari lepastu dia akan ulang balik seolah olah dia hilang ingatan.
Selain melucah, Petai ni kerap memuji janda, perempuan entah mana dia jumpa, mak cik kantin tapi yang peliknya dia cakap dia tundukkan pandangan.
Makin lama aku makin rasa lost dengan diri aku. Aku yang tadinya happy go lucky, yakin dan positif rasa lost diri aku. Aku rasa macam tak ada impian & cita-cita.
Dia juga pernah kata dia tak suka aku overthinking & insecure tapi aku jadi macam tu sebab layanannya kepada aku.
Petai juga pernah memberitahu bahawa dia ingin membina businessnya kembali dan disebutkan satu persatu jawatan untuk adik beradiknya tapi untuk aku tak disebutkan pun.
Masa tu aku rasa diri aku kecil sangat & aku tak mampu berkata apa-apa. Aku ikutkan keinginannya sebab aku tak nak kehilangan Petai yang kononnya sayang aku.
Dia pernah bagitahu yang dia tak suka wanita sukses dari dia. Btw, kakak Petai ni ada business sendiri & kelihatan seperti maju juga.
Bila bercakap dengan Petai, dia akan potong cakap aku esp bila aku luah yang aku tak selesa & mental health issue aku.
Kalau aku bercakap tentang kesukaan aku cepat-cepat dia potong dan show off apa dia ada.
Aku dah mula start rasa chock, menangis, kepala aku macam berpusing piung piung. Petai ni juga selalu cuba puji diri sendiri seolah dialah pekerja terbaik tempat kerja itu.
Sejujurnya, semasa dengan Petai aku jadi pemarah & rasa tak selamat.
Aku ambil keputusan untuk tinggalkan Petai.
Susah untuk let go semua ni sebab aku kurang terbuka untuk menceritakan plan , soal kehidupan aku dengan orang lain sebab aku orang yang akan ambil masa untuk jadi open dengan seseorang.
Alhamdulillah otak dan fikiran masih waras & aku ditunjukkan jalan untuk keluar dari orang macam tu.
So, girls don’t let other people clip your wing to fly high. Kejar impian & cita-citamu. Teruskan belajar dan tambah ilmu.
Pendidikan tak semestinya formal sahaja, pendidikan tak formal seperti melalui buku, video, media dan sebagainya juga boleh cuma lebih baik belajar dengan guru kan.
Kepada Petai, hidup ini seperti roda yang berpusing.
– Zara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pernah jumpa org mcm ni… tinggal je sis. Org yg sembang lebat ni kebanyakan dusta