Assalamualaikum, Hi semua. Aku Nurul (bukan nama sebenar). Aku just nak share pasal kelemahan diri ku dan kadang2 aku rasa diriku ini sangat pelik.
Aku ni seorang yang pendiam. Takut nak bersuara kalau presentation dekat class suara aku kecik je slow sangat lepastu aku akan automatic cakap laju sebab nervous.
Masa dalam bidang kerja pulak waktu meeting aku ada jugak nak bagi pandangan tapi kena kritik pula.
Jadi start dari haritu memang aku dah tak bagi pandangan atau idea dah, sebab malu dan rasa macam bodoh je idea aku tu. Memang aku pilih untuk diam je dan dengar idea dan pandangan orang.
Dekat pejabat sekarang ni aku sebagai senior staff taw. Aku pernah jugak terfikir nak buatkan nota flow kerja sebagai position aku ni supaya mudah untuk staff baru nanti. Tapi bila fikir balik. Emm. Nota tu ikut kefahaman aku je. Nanti pulak ada yang kritik lagi.
So terkubur je niat nak buat nota tu. Sebab setiap apa yang aku buat akan ada je yang tak kena. Even benda simple pun ada je silap. Aku jadi takut nak bersuara takut nak buat benda baru dekat tempat kerja tu.
Masa tunggu result spm dulu aku kerja sambilan. Aku kerja elok je dan tak kacau orang pun. Tapi tak tahu kenapa. Aku dapat tahu dari member aku ni yang ada staff ni tak suka dengan aku.
Lepas habis diploma dan degree. Aku ada jugak kerja dekat tempat lain. Dan benda sama jugak aku alami. Ada orang tak suka dengan aku.
Aku rasa sedih taw. Padahal aku rasa aku baik je dengan semua. Tak tahu mana silap aku. Kawan aku cakap. Mungkin aku ni ada masalah dengan aura diri. Hmm entah la.
Aku ni cepat nervous, tak boleh orang rushing atau push nanti aku jadi berdebar, nak nangis, pening dan tak boleh fikir dengan baik. Aku juga jenis yang sangat pelupa padahal umur muda lagi.
Okay, next. Kalau aku nak beli contoh macam set makanan, combo ke apa. Aku akan amek masa nak pahamkan contoh kenapa harga dia jadi camtu? Mana lagi berbaloi eh? Pastu bila depan cashier aku dah nervous dan aku bayar je kalau mahal dan tak berbaloi pun.
Hmm aku selalu je kena tegur kena marah dengan family aku sebab selalu tak fikir betul2 main beli je. Dah tu nak buat macamana kan. Aku memang jenis gitu, si pelik.
Next, kelemahan diriku. Aku ni jenis susah nak faham sesuatu. Kena buat banyak kali baru paham. Dari segi belajar. Ke apa2 aktitviti harian ke memang orang kena banyak bersabar dengan aku.
Next, aku nak cite pasal aku ni takut nak drive, jenis yang susah ingat jalan dan tak reti parking.
Aku kalau bawak keta memang kaku, tak sembang pun dengan orang pastu kalau maps tu slow memang aku akan marah orang sebelah belok mana? Jauh lagi ke? Pastu terus moody sepanjang perjalanan tu. Huhu.
Even dan bertahun tahun aku dapat lesen. Rasa takut, nervous tu sentiasa ade. Drive pergi kerja je aku boleh. Kalau tempat lain tu haihh memang aku naik grab je.
Aku salu rasa insecure dan kurang keyakinan. Kalau pergi shopping ke jalan jalan. Kalau orang pandang aku atas bawah. Aku jadi segan. Jadi low confidence. Selalu rasa. Orang ni kenapa pandang aku? Sebab badan aku ke? Terus rasa macam tak selesa rasa macam aku ni teruk sangat ke?
Cerita seterusnya, dekat rumah mentua. Aku selesa je dengan keluarga. Cuma aku jenis yang pendiam. Rasa kekok sangat.
Dengan adik ipar perempuan pun. Aku tak tahu nak sembang apa. Dengan mak mertua je sembang. Itu pun kalau ditanya baru aku jawab kalau tidak memang tukang dengar. Tukar senyum je la dengar orang sembang.
Aku ni underweight. Huhu. Susah nak naik berat. Aku memang kuat makan tapi once ada kenduri ke atau makan ramai2. Rasa segan nak makan, contoh kalau makanan western. Nak potong daging ke apa.
Aku rasa macam orang perhatikan je bahagian tangan aku yang kurus tu, cara aku kunyah. Lepastu kalau orang suh tambah makanan ke apa. Aku tambah je tapi sikit. Sebab nak cover malu kan. Tambah je walau dah kenyang.
Pastu automatic rasa nak muntah sebab perut dah penuh tapi masih kunyah slow2. Tapi tak habis jugakk. Dah biasa dengan ayat. Patut la kurus makan sikit sangat? Sedih taw.
Aku nak sangat abiskan makanan tu. Aku lapar sebenarnya tapi bila orang dah tegur pasal badan aku. Terus automatic jadi segan dan aku tak leh abiskan dah makanan tu.
Aku selalu nangis lepas kejadian yang aku cerita dekat atas ni jadi. Aku rasa diriku sangat pelik, tak berguna, tak pandai, tak pandai berdikari.
Aku malu sebab selalu susahkan orang keliling aku dengan perangai pelik ku ni. Aku salu persoalkan kenapa aku macamni? Kenapa perangai aku tak normal macam orang lain?
Nak kata aku ni tak pandai. Bagi aku pandai je. Result spm 4a, pastu diploma dan degree result 3 pointer ke atas. Hahh okay je kan result aku tu. Tapi entah. Kadang aku pun tak faham dengan diri aku yang sangat pelik ni.
Aku ada jugak try positivekan diri. Tapi sekejap je okay. Lepastu aku alami balik benda-benda yang macam aku cerita kat atas ni.
Okay tu saje yang aku nak share dengan korang. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca penulisan aku ni, hehe.
Kalau korang ada idea/pandangan pasal apa yang aku cerita ni. Boleh share kat bahagian comment yea. Terima kasih. Assalamualaikum.
Yang benar,
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pd saya, xde yg ‘pelik’ pon sbb keadaan yg awk tulis tu semuanya ‘normal’.. cuma mngkin awak ada kekurangan yakin diri.. mmg la, dlm dunia ini ada org yg suka kat kita, ada yg tidak, ada je org yg ‘slow’, “observant”, “judgemental” dan macam2 lagi.. yg sya agak ‘pelik’ jugak, dlm pd awk kta org x suka, x pandai bergaul n mcm2 kelemahan lgi tu, awk berkahwin jugak, maknanya ada la irg yg sukakan awak, kecuali lah klaw awk dikawin ‘paksa’..! And awk dah jd staff ‘senior’ d tempat kerja, maknanya awak di’iktiraf’ jugakla, klau tak dah lma diberhentikan kerja, xkan bos or majikan awak nk teruskn dgn awk yg terlalu banyak kelemahan dan x disukai ramai.. bersyukur jela, ada ramai lagi yg x de kemampuan di luar sana yg kurang dari awak, tp lbh berjaya.. cth nya, ada je org yg ‘cacat’ or kurang upaya yg berjaya jd atlet atau usahawan or insan yg ‘berjaya’ dlm bidang masing2.. ada je petani/penternak yg berjaya, walau pon mrk dlu x skolah tinggi sampai universiti pon.. ada je ‘ibu tunggal’ yg x punya suami, tapi mrk berjaya dlam hidup mrk.. ada je yg fizikalnya besar atau pon kurus, tp yakin dgn diri mrk.. minta maaf, tp awk sedarlah ckit, awak tidakla cacat (walau pon kurus), berpelajaran sampai U, (three pointer lg..), ada pekerjaan, ada suami dan lain2 lg yg org lain tak ada pon.. bersyukur lah, dan teruskn hidup dgn yakin.. sesungguhnya Allah maha adil dan sayangkn hamba2-Nya.. wallahu a’lam bissawab..
Sis, you gonna be okay. I’ve been through some of it hehe. Nak share sikit lah mana tau ada manfaat yg diperoleh, aa gitu.
Firstly, Sis jgn simpan ayat semacam motto dlm fikiran sis “apa org akan kata, apa org tengok, apa org akan fikir” dlm kepala sis. Live in the present.
Percayalah org lain xda masa nak ambik tahu pasal kita pun sbb diaorg pun live in their own self, cuma kita jer fikir mcm tu hehe trust me, once sis dh dpt get on track balik, insya allah you will get your own view and kita akan jadi lebih fokus kat diri kita. Benda ni kena practice tau and stop talking to yourself too much. Being in your head too much is not good for your health. If you feel stuck, move.
Pastu, bab bila sis nervous berhadapan dgn org, sis boleh take your time as much as u can, untuk process apa yg sis nak. cth nak beli mknan, sis focus dekat apa yg sis nak jer. Mind focus pun kena practice ahhahah, (boleh buat practice mengira dgn imej dlm minda je, tak perlu hitung pakai jari, cth 2 x 2 = 4, gitulah)
Kalau sis jenis yg clumsy mcm saya, saya akan cuba buat kerja saya satu persatu, dan bertenang, supaya pergerakkan saya tak tergopoh gapah. I take my time as much as i can, because the world can wait ahahaha, Sebab kita yg jenis clumsy ni, bila tergopoh gapah tau2 lah mesti akan ada satu dua benda yg jatuh or mess up really bad pastu. And you gonna blame yourself after that.
Dan bila ada hari2 yg saya rasa saya takda confident nak go out anywhere yg saya terpaksa jugak keluar, tips nya saya akan pakai spek mata (glasses) as a way to distract my own vision ahahaha….kalau pakai spek mata, pandangan bhgian kiri kanan saya akan terbatas and saya boleh fokus tengok depan jer.
So, thats my part. Hope it gives you some benefit. hehe. Ok thanks bai.
Ok penyelesaiannya..cuba ambil contoh seorg orang yang penyenyap. Apa komen awak. Mesti awak kata okay je.. Haa mcam tu laa org tengok awak.
i feel you sis!!! saya pun jenis yang takde keyakinan diri dari lahir sampai jadi pendiam sangat2. asyik rasa diri ni pelik. tak normal mcm org lain. orang asyik cakap saya ni pendiam sangat. tapi bila saya try bercakap saya rasa mcm tak didengari. dah la suara mmg original perlahan. orang tak dengar kita cakap apa. tapi kalau kuatkan suara kita pulak penat sebab rasa mcm terjerit jerit. sbb tu lagi suka diam. Kalau kena perli tu mmg dah biasa sangat dah “ada emas ke dalam mulut tu?” “try cakap sikit dah tak ingat suara kau mcm mana” sakit oooooo hati hahaha. Ada certain orang nampak kita mcm pelik tapi ada orang yang nampak kita ni normal je. Saya nak bagi nasihat pon taktau mcm mana sbb saya pon tengah hadap problem yg sama hahahah. Kita baca komen lain jelah ye sis ;)