Tentang Anak

Salam semua, aku Nur. Ni pertama kali aku menulis di IIUM Confession, thanks admin kalau approve. Perkahwinan aku dengan Azim atas dasar suka sama suka dan direstui kedua buah keluarga. Awal perkahwinan kami, semua normal je. Of course aku bahagia dapat disatukan dengan cinta hati aku.

Namun, kebahagian kami diuji seawal perkahwinan, aku keguguran diusia kandungan 7 minggu. Masih segar dalam ingatan aku kejadian pada malam tu, Azim tiada di rumah dan perut aku memulas dan terasa panas macam terbakar.

Tak lama tu keluar seketul da*ah, aku hampir pengsan sebab sakit, terkejut dan takut sangat. Aku pergi ke hospital berdekatan dan doktor sahkan aku complete miscarriage. Inilah titik permulaan ujian kami, kami terkena sihir pemisah.

Azim mula bersikap dingin dan aku dapat rasakan hubungan kami mula hambar. Aku pula mula sakit-sakit dan waktu malam aku dihantui dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Badan aku rasa bisa-bisa and kulit aku berpasir. Aku batuk teruk agak lama, tekak aku gatal merenyam.

Perkara ni mula menjejaskan kehadiran aku sebab kerap MC sampai kena panggil dengan manager. Aku demam panas dan menggigil, nak bangun pun tak larat tapi doktor cakap aku normal.

Long story short, lepas berubat aku dimaklumkan aku disihir menggunakan tanah kubur yang disapu dikeseluruhan badan aku supaya Azim benci bila tengok aku. Dekat tekak aku ada miang buluh, atas bahu aku ade nenek tua dan macam-macam lagi la.

Si polan tu guna gambar aku untuk buat kerja-kerja syirik ni untuk pisahkan aku dan Azim. Banyak lagi kalau nak cerita tapi cukup la setakat ni.

Ustaz tempat aku berubat tu pesan, tak perlu tahu siapa yang buat. Si polan tu diuji dengan kesyirikan dan aku pula diuji dengan kesakitan sebab Allah nak angkat darjat aku. Apa yang jadi semua dengan izin Allah. Yang penting aku jangan putus asa untuk pulih.

Selang beberapa bulan aku hamil lagi untuk kali kedua, masa ni aku belum pulih lagi sepenuhnya dan masih lagi berubat. Kandungan aku cuma bertahan diusia 8 minggu. Sedihnya aku waktu ni Allah je yang tahu. Mental aku sangat terganggu, badan aku masih lagi sakit-sakit bisa, ditambah lagi dengan sakit keguguran.

Suatu hari waktu borak-borak dekat pantry, Kak Mar nak bagi tiket percutian ke sebuah pulau sebab dia dengan suami takde kesempatan nak pergi. Dalam circle tu cuma aku dengan Ida je yang dah kawin, lagi 4 orang masih bujang.

Aku takde la berminat nak pergi sebab Azim susah juga nak dapat cuti dan aku pun bukan sihat sangat. Aku cadangkan bagi je dekat Ida memandangkan dia pengantin baru, boleh la pergi honeymoon.

Tiba-tiba Nurul cakap “kau pergi la, mana tau balik bercuti nanti kau mengandung. Kau goda la laki kau kat sana, pakai begitu begini, buat macam tu macam ni.” Macam-macam tips nakal dia bagi.

Aku alihkan perbualan tu ke topik lain sebab rasa tak selesa tapi Nurul masih galak bagi tips seolah-olah kami ni yang tak reti berhubungan intim. Aku respon pada Nurul, bukan kami tak reti cuma belum ade rezeki.

Jawapan balas Nurul sangat mengguris hati aku, dia cakap, “tu la kau, lain kali jaga la baby tu elok-elok, ni asyik gugur, gugur, gugur.” Aku tersentak, hilang kata-kata dan minta diri untuk beredar.

Actually Nurul ni seorang yang berperwatakan gila-gila, selalu memeriahkan suasana, happy go lucky. Aku okay je dengan dia tapi topik hari tu tak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan.

Aku pulak sensitif bila orang bercakap pasal anak tapi takkan la aku nak cerita ape yang jadi dekat aku. Kawan-kawan office cuma tahu aku keguguran sebab aku MC 5 hari dan mereka perlu back up kerja aku.

Aku menangis semahunya, hati aku tersiat-siat dengan kata-kata Nurul. Telinga aku terngiang perkataan “GUGUR, GUGUR, GUGUR” seolah-olah aku yang bersalah sebab tak pandai jaga. Dalam tangisan, terdetik dalam hati aku semoga Nurul rasa apa yang aku rasa.

Aku tak pernah confront Nurul dan tak pernah bagitahu aku kecik hati dengan dia. Kami bertegur macam biasa memandangkan kami dalam department yang sama.

Selepas 2 tahun, aku bersalinkan anak sulung. Alhamdulillah masa ni aku dah semakin pulih dan aku pun dah berdamai dengan takdir. Aku dah tak kisah siapa yang sihir aku, aku serahkan semua pada Allah walaupun kadang-kadang tertanya-tanya juga siapa yang buat jahat dekat aku tapi takpe la, ni ujian aku.

Nurul pula dah berumahtangga dan kami dah tak sama department. Kadang-kadang ada juga terserempak dekat lobi atau lif, kami okay je bertegur sapa.

Selang beberapa tahun, aku berdepan dengan 3 lagi episod keguguran. Doktor sahkan aku normal dan pesan pada aku, sekiranya sains dan teknologi tak mampu nak bagi jawapan pada masalah aku, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah, carilah rawatan alternatif.

Aku pun takde la cerita dekat doktor tapi aku rasa dia boleh agak la kot. Aku redha dan usaha untuk pulih sepenuhnya. Secara keseluruhan, aku dah mengandung 9 kali, 4 anak ade depan mata aku manakala 5 lagi menanti aku di syurga.

TIMES HEAL. Lepas bersalin anak sulung, aku dah maafkan Nurul. Allah dah ubat hati aku dengan kehadiran anak sulung aku. Nurul masih belum dikurniakan cahaya mata selepas 7-8 tahun perkahwinan. Kadang-kadang aku tertanya, sebab doa aku ke.

Lepas solat aku selalu doakan Nurul direzekikan cahaya mata sebab aku tahu dia TTC. Aku jadi takut dia masih takde anak sebab doa yang dulu tu makbul. Aku nangis-nangis doakan Nurul, sekiranya doa aku makbul, aku mohon Allah tarik balik doa aku sebab aku dah maafkan dia. Kejadian tu pun dah hampir 10 tahun berlalu.

Untuk Nurul, aku dah maafkan kau walaupun kau tak tau kata-kata kau dulu pernah mengguris hati aku. Aku doakan kau direzekikan zuriat yang soleh/solehah. Doa aku juga untuk semua readers yang sedang TTC, semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Rasulullah bersabda diriwayatkan dari Abdullah bin Umar;

“Barangsiapa yang banyak bicaranya niscaya akan banyak salahnya, dan barangsiapa yang banyak salahnya maka akan banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya maka lebih pantas masuk Neraka.” (Diriwayatkan Al-Uqaili dalam Adh Dhu’afa (336), Ath Thabrani dalam Al Ausath (502))

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tu laaa, siapa2 yg sedar awak tu milut celupar, jgn sibuk ckp benda2 yg boleh mnyakitkan hati org yg awak tegur tu. Silap hb,jadi la mcm si Nurul tu, dh didoakn yg xelok kt dia. Kita semua manusia biasa, klau org sakitkn hati kita, automatik hati tu terus brkata2. Angah tau awak xsengaja doakn Nurul begitu, tp tu lah… Cerita ni mmg sesuai org yg mulut xreti nk ckp prkara yg mnyenangkn hati org. Yg dia tau, nk sembur je, bg org sakit hati. Sb tu ada pepatah, sebab mulut jahat sgt, badan binasa. Ambik ikhtibar ye semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *