Curang Itu Habit

I dengan husband baru kahwin around 2 years. But dalam masa 2 years ni dah 2 kali husband berlaku curang.

First kecurangan dia berlaku dalam jangka masa beberapa minggu perkahwinan. Alasan dia curang sebab kami PJJ pada waktu tersebut.

Masa tu I maafkan sebab segala mesej dia dengan perempuan-perempuan di media sosial tidaklah terlalu keterlaluan.

Setelah beberapa bulan kami mula menetap bersama di rumah family I. My family tak ramai n my mom da meninggal. Adik sudah berkahwin dan I just stay dengan my dad. My dad jarang ada rumah sebab busy.

So bermulalah kehidupan kami bersama-sama sebagai suami isteri tanpa istilah PJJ. Hari pertama husband berpindah ke rumah, I da pelik since dia 24/7 keep main phone. I pernah tegur beberapa kali but tiada perubahan.

I rasa sunyi sangat even ada husband. So bila I sunyi, kadang2 I keluar rumah pergi kubur my mom sebab I rasa tenang bila dekat dengan someone yang tak pernah betrayed I sepanjang hayat dia.

Lama-kelamaan I da immuned dengan sikap husband yang addicted dengan phone (game n youtube). Kadang-kadang I selalu merajuk bila I try nak borak dengan husband but he refused n focus on his phone. I frust n I pujuk hati i sendiri min.

Itu belum masuk lagi dengan hal-hal lain eg credit card dia sampai over limit n duit dia habes ke mana pon I tak tahu.

Tapi I simpan ketat-ketat isu ni sebab I tak nak isu duit boleh menyebabkan lagi relationship I dengan husband makin tawar…n maybe hubungan dia dengan orang lain pon akan affected. Dia susah I tolong yang mana mampu n I halalkan beberapa bulan duit nafkah i sebab kesian tengok dia.

Pada awal bulan Oktober ni sekali lagi my husband kantoi hantar whatsapp lucah pada officemate I. Actually I yang masukkan my husband kerja 1 company dengan I sebab contract dia dengan company lame ended due to MCO. Hancur hati i bila my husband buat I macam ni.

I malu nak pergi kerja pandang muka perempuan tu but nasib baik that girl tak ambil apa-apa tindakan n dia suruh I settle kan sendiri isu ni dengan my husband. That girl sangat baik min even my husband mengadu macam-macam pasal I dekat perempuan tu.

I baca the whole conversation min, that girl back up I bila my husband try burukkan I. So dalam kes I ni naseb baik takde wujudnya penyondol. That girl tak melayan even dia non-muslim. I owed her min. I tanya my husband why dia burukkan I.

N he replied dia saja nak dapatkan attention that girl. Allahu…I penat balik kerja setiap hari masak n buat kerja rumah sebab nak bagi die selesa n jimatkan duit tak makan luar tapi “ini” dia balas pada I…

Now I kenal siapa yang tido sebantal dengan I. I trauma n frust sangat-sangat sangat dengan my husband. I bentang sejadah I menangis depan Allah, I try positive n maybe Allah nak bagi I pahala sabar segunung untuk ujian ni. Mungkin juga Allah nak hapuskan dosa-dosa I dengan ujian ni.

Last week I dah dapatkan counseling session di Pejabat Agama. My husband sentap sebab ustaz di Pejabat Agama banyak back up I and I advise dia untuk belajar rendahkan ego n improve diri dia.

I dalam dilema sama ada mahu terima husband atau move on min sementara belum dikurnakan rezeki cahaya mata. Sakit sangat luka yang dia bagi pada I ni.

Dalam solat I selalu doa untuk my husband berubah n dijauhkan daripada sebarang perkara tak diingini. I cuba untuk positive n fikirkan segala kebaikan husband sepanjang perkahwinan kami tapi I selalu teringat isi kandungan whatsapp yang I ambil daripada officemate I.

Even now I nampak perubahan pada my husband, I tetap takut untuk buka semula pintu hati I pada dia.

Doakan my husband dapat kerja baru n if lepas dia dapat kerja kami bukan lagi husband n wife, I tetap akan doakan yang baik-baik untuk dia.

Doakan I kuat n urusan I dilancarkan.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *