Hi semua. Aku Kaktus. Berumur pertengahan 20-an. Kawin dengan suami aku awal 30-an.
Rumahtangga yang masih mentah nak menginjak 4 tahun. Kami dikurniakan seorang anak pada awal2 kahwin.
So kat sini aku nak highlights memang aku tak sempat nak fasa honeymoon lama dengan suami aku.
Lepas 2 bulan kahwin, lekat. Lepastu fasa alahan teruk then beranak and fasa jaga anak sampai sekarang. Aku redha nak bagi zuriat kat suami aku since dia memang nak anak awal.
As pass time by, valid ke kalau aku rasa penat dengan gelaran isteri dan ibu? Kadang2 benda tu kerap buatkan aku rasa stress dan tak happy dalam marriage ni.
Tubuh dan mental aku kadangnya terasa letih yang amat dengan ragam anak yang dalam fasa melasak sekarang dan suami yang kurang membantu dalam hal kerja rumah. Kecuali Bab jaga anak, dia okay.
Aku full-time house wife tapi sekarang aku run bisnes dari rumah yang memerlukan tenaga aku sebab aku buat production sendiri. Mana nak urus bisnes, urus rumah, anak dan suami.
Suami okay dari segi nafkah cukup. Tapi bab emosi dan perasaan aku dia kurang alert. Aku suri rumah yang lonely, suami balik baru rasa happy ada manusia untuk berborak tapi hampa kadangnya sebab dia sibuk dengan telefon.
Sampai dah berapa kali kami gaduh bab handphone ni. Sampai ke tandas pun nak dikelek handphone. Jangan tanya bab perempuan, aku tak tahu dan memilih taknak tahu.
Dan suami ada perangai suami yang aku sangat menyampah kalau balik kampung.
Kalau kat kampung, dia punya sibuk mengalahkan menteri. Siang malam tak lekat sangat kat rumah ada je kerja nak buat, mancing la. Lepak kejap2 dengan kawan la lagi2 time hujan memang tak lekat rumah ada je aktiviti nak dibuat.
Kami jarang nak selisih bahu pun kalau kat kampung, aku tidor dia tak masuk tidor lagi. Aku dah bangun dia tidor lagi tapi sekarang aku malas nak kisah dah.
Satu lagi benda paling menyampah. Setiap kali nak pergi mana2 contoh beli barang, dia selalu nak ajak anak2 sedara or sape2.
Aku serabut betul la nak privasi bercakap pun susah. Dah la dalam rumah susah nak bercakap sebab dia kerap ada takde.
Haritu keluar 2 kali nak pergi beli barang, 2 kali tu jugaklah dia ajak kaum kerabat dia penuh kete. Kau tau tak rasa menyampah tu macam mana.
Dia sejenis tak boleh aku mengeluh pasal family dia even kakak ipar dia pun, dia tak pernah nak mengiyakan luahan aku. Dia sebolehnya nak backup kaum kerabat dia.
Mungkin aku dah melalut kot. Tapi aku nak tanya, valid ke perasaan aku dah makin kurang kat dia.
Aku pun tak pasti apa perasaan dia kat aku sebab nampak tak berminat mana pun dia dengan aku. Dia manja waktu nak bersama je. Selain tu biasa2 je macam dah kahwin puluh tahun.
Aku sedar dalam marriage yang patutnya aku kumpul pahala tapi dosa yang aku buat hari2. Aku lawan cakap, aku gaduh dengan dia. Macam2 lagi la.
Haritu aku dah bagitau aku taknak anak lagi buat masa ni, nak fokus besarkan yang sorang tu dulu. Lepastu dia kate aku bengong. Orang lain tak macam aku.
Aku cakap aku penat dah nak hadap lagi sorang sebab dalam rumah ni semua aku kena urus. Dari dapur sampai bilik tidor.
Nak urus anak lagi, rumah lagi, bisnes lagi, suami lagi yang kadangnya macam anak kecik semua benda kena bersuruh baru buat.
Kalau tanya kenapa aku bisnes? Sebab aku pernah burn out dulu fokus anak kuat tantrum. So bisnes boleh heal skit aku punya stress. Dan aku suka pegang duit sendiri.
Valid ke kalau ada yang cakap nak anak hanya sorang saja? Benda tu Salah ke?
Dosa ke kalau hanya nak sorang anak je? Aku letih kadang2 selalu mari perasaan menyesal kahwin semua la.
Please bagi aku sedikit semangat. Valid ke apa aku rasa semua ni?
– Kaktus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit