Bertahan Atau Meninggalkan?

Salam semua. Penulisan yang aku hanya boleh mulai dengan mengatakan yang aku sudah PENAT.

Boleh dikatakan sudah sampai ke satu tahun setengah ini setiap bulan kami bergaduh. Macam2 benda yang digaduhkan. Terlalu letih atau lelah nak membayangkan lagi.

Dan sebenarnya hari ini aku sudah tekad untuk memfailkan cerai namun bila aku meminta peguam aku menanyakan hal itu kepada suami dia terus mengatakan dia tidak setuju. Atas alasan aku tak munasabah.

Dan pastinya aku tak mahu lagi menangguh hal ini sebab pastinya bila seorang perempuan sudah sampai ke tahap mahkamah itu maknanya dia betul2 sudah nekad.

Tapi bila ini jadi, aku rasa lelah bila dia tak mahu beri kerjasama sedangkan setiap kali bergaduh, aku akan minta dilepaskan dan ayat dia, “pergi mahkamah dulu kita tengok macamana”, “failkan dulu cerai tu”, “bagitahu jea saya bila nak pergi mahkamah”.

Sudahnya bila kali ni aku betul2 tekad, ayat yang dia keluarkan, “aku tak setuju”. Korang faham tak penat tu macamana?

Selama ini aku akui aku bertahan sebab aku malu kalau aku cerai, means aku ni sudah gagal lah, kahwin pun cerai. Haa aku macam tu selain reason no 1 iaitu anak2.

Aku tak nak anak2 hidup membesar dalam keluarga yang tak lengkap tapi bila terus pula, anak2 melihat pergaduhan sentiasa…

Sampaikan anak2 boleh cakap anak nak duduk dengan aku, anak akan kuat demi aku, korang rasa apa bila anak2 yang masih mentah tu cakap macam tu dengan kita?

Seperti yang aku katakan, aku tak mampu nak bayang lagi dan berulang lagi benda2 yang buruk tu terjadi lagi dalam hidup aku ni. Tolonglah, apa aku kena buat?

Patutkah aku bertahan demi anak2 dan hanya mengiyakan sahaja apa yang dia lakukan dalam RT kami ini? Aku senaraikan sikit saja ya.

1) Dia ni kadang2 nampak dia care tentang anak2 dan tentang aku, tp kadang2 nampak dia melebihkan hal dia sendiri sahaja.

2) Bergaduh benda sama sehingga konon dia jadi muak sedangkan hal itu berpunca daripada dia.

3) Telefon is his priority. Driving, eating, watching even BERAK PUN HP. Pernah bersumpah tiada chat apa2 tapi bila aku dekat jea dengan hp dia, gelabah macam hilang teruna.

4) Paling penat. Aku rasa antara punca utama juga ni tau, aku tak suka dia kawan dengan sorang perempuan ni.

Alasan aku kukuh ya sebab dia pernah kantoi menipu aku nak cover perempuan ni baik punya dan bertahun ya kami bergaduh pasal dia dan nak tahu tak skrg ni apa?

Aku MENGALAH. Aku mengalah membiarkan dia berkawan semula dengan perempuan tu dengan alasan dia selesa kawan dengan perempuan tu sebab perangai dia macam JANTAN DAN BUKAN TYPE YANG DIA NAK FIKIR JADI ISTERI PUN.

What the fish? Kau cakap dengan WIFE KAU PASAL PEREMPUAN YANG KONONNYA TAKDA HATI PUN NAK JADIKAN ISTERI TU, dah depan kau ni apa mangkuk ayun?

Belum lagi tahap aku pegang hp dia, tiba2 ws perempuan tu masuk kata “tido lah awak, good night” alaaaa shibai betul.

Aku terus pandang dia, apa ni? Muka dah merah tapi masih ya bertahan macho kata “entah dia, tetiba plak ws mcmni” hahahahaa. Dia ingat aku perempuan gila ke tak tahu beza. Okay habis pasal that BETINA tu.

5) Simple satu ayat. Pemalas.

6) Baran. Badan i dah lebam2 tau tapi i ni buta kot. Tapi aku tak salahkan dia sebab aku lebam ni sebab kadang aku cabar dia.

Contoh cabar apa tau? Aku cabar ungkit pasal betina tu, dia marah ok! Dia kata tak habis2 pasal betina tu, kau faham tak aku dah takda pape dengan dia!

Nohhhh rokiah oiiii, kalau takda pape kemain semua medsos dia kau prennnnnzzz siap pakej post menari alasan content game office? Kah!

Okay cukuplah ni sahaja. Dan sebab utama aku mampu bertahan sebab apa tau selain anak2, aku ada keluarga mertua yang sangat baik dari makpak, atoknenek, adikberadik, makcik pakcik, aihhh semualah tapi aku tak tahu dia ni sesat tang mana perangai tiba2 macam hantu.

Sekarang ini sebenarnya aku nak simpan duit sebab nak jimat dari kos turun naik mahkamah segala, aku cakap dengan lawyer aku nak fast track tapi dah jadi gini apakah korang rasa aku ada peluang untuk fast track tu weyh?

Dan paling aku tak boleh tahan, bila adik2 menanyakan betul ke ni nak cerai? Sudah habis fikir belum?

Im touching because i know they all care about me except that mangkuk. Tengah gaduh ni member siap ber ML weyh relax macam tiada apa2 berlaku.

Haa lelaki memang macam tu, dorang relax tak macam perempuan complicated kan tapi kau tengoklah bila kita dah tekad, tak setuju pulak.

Dipendekkan cerita, penat ya penat. Dan sila beri nasihat semua pembaca. Terima kasih. Sayonara guyssss!

– REJA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. failkan terus cerai tu dekat mahkamah. and sila keluar rumah bawak anak2 selepas failkan tu. anything date apa semua mahkamah yg akan inform. tak dpt fast track, buat je fasakh mcm biasa. saya pun 5 kali naik turun mahkamah baru dia lafazkan cerai. yg penting kalau dia dtg nangis meraungg mintak maaf segala bagai, sila lari jauh yeee. nanti dah cerai update tau. jadi wanita yg bijak pandai and tahu nilai harga diri. chaiyokkk

  2. 1. Pemalas
    2. Baran sampai badan bini lebam2.
    3. Suka melayan perempuan lain.

    So you tunggu apa lagi ?

  3. 1. Kalau bole ‘diperbaiki’ hubungan suami-isteri (& demi anak2), cuba la perbaiki.. kdg2 sebab yg kecil je, so carilah ‘solutions’.., cthnya : puan kta dia slalu buat perkara yg sama berulang2, so cari cara mcamane dia x buat perkara yg sama dah.. sya pon x tau apa perkara nya, tp sya pernah dengar ada pasangan yg bercerai sbb cara dia ‘picit’ obat gigi, atau berdengkur, atau suka letak brg dia bersepah2, hatta sbb x ‘perform’ mase hubungan intim.. actually insha Allah, semua masalah bole dicari jln pnyelesaian nya; cth, mngkin bole beli obat gigi yg tk ‘penyet’ tiubnya bla dipicit, atau salin dlm ‘dispenser’ mcm shampoo tu, or pakai obat gigi msing2, dan klaw bule d blk air yg berlainan, spya x nmpak tiub ubat gigi tu, utk yg berdengkur pon ada ubat yg sesuai, atau berjumpa dgn pakar dlm hal ‘berdengkur’ ni, yg suka sepah2 tu, sediakan bakul utk dia, asingkan bakul utk setiap ahli kluarga dgn warna yg berlainan, n yg berkaitan hubungan intim tu pon, dah bnyak org yg ‘pakar’ dlm bidang ni, sama ada scara tradisional or professional (medical).., itu contoh2 je, org kta, klaw nk seribu daya.. bak kta seorang ustaz, yg kita benci (x suka) ialah sikap or perangai buruk dia, bkn orgnya, so kna cari lah jalan utk memperbaikinya..
    2) Mungkin juga puan or suami dah terkena ‘sihir pemisah’.. ada org yg x pecaya dgn ‘ilmu hitam’ ini, tp ianya mmg wujud, w/pon dlm zaman digital n modern skrg ni.., so sbg langkah seterusnya, pergilah berubat dgn org yg betul2 ‘pandai mngubat’ secara islam, dan bkn semata2 nakkn ‘upah’ yg lumayan, tp hnya berkesan seketika..
    3) Tapi kalau puan dah betul2 ‘nekad’ utk berpisah juga, laksanakn proses yg sepatutnya.. mmg la agak ‘renyah’, sbb bnyak ‘prosedur’ kan, tp lama kelamaan, insha Allah akn slesai juga..
    4) Mungkin puan akan rasa ‘lega’ n selesa, bila proses cerai puan selesai nt, tp perlu diingat yg awalnya puan ‘berkira2’ nk bercerai kerana ank2.., kerana ‘impak’ perceraian ini mngkin akn amat ‘terkesan’ kpd ank2.., luaran mngkin mrk nmpak ‘normal’ dan akn ikut ‘giliran’ penjagaan yg akn ditetapkan oleh mhkamah dsb., tp di dlm hati mrk sbenarnya mrk amat ‘tersiksa’, terutama apabila rakan2 sebaya mrk tau.., klaw mrk xtau n xkisah pon, mrk akn ‘terasa’ semasa hari2 perayaan, event skolah, konvo U, hatta sehingga mrk berkahwin nt, atau kematian slh seorang parents dsb.., seperkara lg, apabila ank2 dduk dgn ibu slepas parents bercerai, kajian telah mngatakan yg ank2 itu akn ‘kurang mnghormati’ atau akn mnyalahkan ibunya apabila dia dewasa nt.., ini adalah kerana semasa dia membesar dan dewasa, tiada ‘sosok’ bapa yg slalunya lbh ‘tegas’ dan garang utk mngawalnya.. slalunya ibu adalah lbh lembut, dan sering cba memenuhi apa shj yg ank itu perlu dan minta, itu yg membuatkan ank itu boleh jd ‘rosak’ atau ‘memberontak’ apabila xdpt apa yg dia inginkn.., tp mmg la ada kes2 yg ‘terkecuali’ atau pon yg ‘terpencil’; jarang2 berlaku..
    Macamna pon, puan lbh arif dgn kluarga puan, so buatlah kputusan yg sebaiknya, dan bln hanya mngikut emosi dan merugikan mne2 pihak, esp. ank2.. kmi doakn agar sgala urusan puan akn dipermudahkn.. aamiin 🤲🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *