Rasuah & Kerja

Hi semua. Assalamualaikum buat para pembaca.

Sebelum ni aku bekerja di sektor pembuatan. Dan aku memegang jawatan penting dalam syarikat.

Bos aku beri aku satu tanggungjawab untuk run pengurusan syarikat. Syarikat takda lah besar mana, ada lebih kurang 20 pekerja di MNC berlainan. Kami merupakan vendor kepada MNC.

Bos aku menjaga operasi syarikat, jadi aku diberi kuasa untuk urus syarikat.

Bermula dari cuma vendor kepada 1 MNC, sekarang dah jadi vendor kepada lebih kurang 20 MNC di negeri yang terkenal dengan industri pembuatan.

Aku yang tolong setup syarikat, dari segi polisi, pengurusan staf, kewangan, dan audit.

Setelah beberapa tahun kerja, bos aku makin percayakan aku. Setiap bulan dia akan masukkan sejumlah wang ke dalam akaun aku.

Untuk apa? Untuk di-cash out dan diberi kepada PIC di MNC berkaitan. Katanya ni komisen projek.

Aku sudah tentu kenal PIC terlibat sebab dah bertahun berurusan bersama. Bermacam bangsa ada. 98% ambil ‘komisen’ tu.

Oh ya, bos aku bukan sebangsa aku. Bertahun aku buat kerja ni. Pernah aku cakap dekat bos aku, kenapa bagi bla bla bla. Dia kata, sebab orang tu tolong dapatkan projek.

Bila audit datang, bos aku suruh kelentong auditor. Auditor pun bukan sebangsa aku, tak tahu apa yang bos aku deal, audit lepas camtu je.

Bila aku dah kahwin, masuk tahun kedua perkahwinan aku, aku mula rasa lain. Ada satu perasaan “i need to leave this job”.

Kenapa? Sebab perkahwinan aku mula goyah. Banyak faktor masa tu. Antaranya sebab gaji aku 3 kali ganda suami aku dan aku mula hilang hormat dekat suami aku.

Bila aku duduk reflect diri aku, aku tahu apa punca nya. Gaji aku tak berkat. Hidup aku jadi tak tenang. Balik kerja pun selalu muka masam.

Suami aku tak tahu yang selama ni aku ni orang tengah urusan pemberian komisyen ni. Apa-apa urusan kerja memang aku tak pernah cerita dekat suami aku.

Dan akhirnya, aku ambil keputusan untuk resign. Aku minta maaf dekat suami aku masa aku bagitau aku nak resign.

Aku cerita segalanya, dan Alhamdulillah suami aku cakap dia mampu sara kami anak beranak. Kami jual kereta mahal kami, dan beli kereta compact.

Tahun ni, suami aku dah naik gaji. Dan aku masih rasa bersyukur. Allah bagi aku kesempatan untuk selamatkan rumahtangga aku dan iman aku.

Bos aku? Lepas aku berhenti, aku dengar semua jadi kelam kabut. Sekarang? Entah lah taknak ambil tahu.

Terima kasih sebab membaca..

– Jenab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *