Berdosakah Aku? Aku Pun Punyai Perasaan

Hi semua, aku baru lepas berlawan mulut dengan ibu aku. Ya, nampak macam anak yang jahat kan? Aku terlepas.. Aku puas bersabar, dan disebabkan itu, aku di anggap anak yang tak baik.

Benda kecil, tapi mungkin Aku dah hilang sabar? Kalau ikutkan isu yang lagi besar daripda ni pun aku pendam je. Malas nak gaduh..

Kisah nya bila ibu dan suami aku bercerita keburukkan orang² dari negeri *#*{+#**.

Aku mula² tak de la terasa pun. tapi bila suami dan ibu aku cakap dulu memang paling tak suka dengan orang negeri tu, tapi dah ter kawin pulak, rancak jugak dorang kutuk.

Ibu aku siap pesan lagi kat suami aku, takpela terima jela pasangan kita seadanya.

Aku macam “lahhh tiber?”

Habis je conversation dorang kutuk mengutuk tu, Ibu aku macam tetiba cakap perangai aku sama macam makcik sebelah ayah aku. Aku dah macam ehhh?

Ni dah macam nak attack personal? tapi Takpela malas nak lebih². Seronok gak dorang kutuk² tu ek hahaha.

Dorang ada juga cakap orang dari negeri ni, kalau dia baik, baik sangat.. kalau dah gaduh.. semua benda habis diungkit.

Aku sedih juga dengar ayat tu. Sebab mungkin memang aku banyak berkorban, dan aku letakkan keluarga aku no.1. tapi masalahnya, bila masa aku mengungkit?

Btw ayah aku dan meninggal dan tidak tinggalkan apa² harta. Aku dan akak aku yang banyak tlg keluarga. Takpela aku diam jela dan teruskan kehidupan seperti biasa haha.

Tapi tadi tetiba ibu aku bukak cerita, aku pun luahkan la. Memula ok, tapi ibu aku dia cam cakap eh takdelah. Bukan cakap pasal keluarga belah ayah aku pun. Cuma bercerita je..

Aku cakap la tapi kenapa siap pesan dekat suami aku macam tu? Siap cakap perangai aku macam makcik aku? Dan aku cakap la tak suka la macam tu. Tapi still ibu aku tak ngaku.

Aku jadi macam geram juga la. Dia dah buat kita terasa, dia tak ngaku.. Tapi ibu aku tak mengaku sampai kesudahnya.. Sampailah dia cakap, Takpela buat cakap jelah apa² sampai aku puas hati.

Aku macam eh? sekarang aku pulak salah ke? Adehh..

Entahlah. Sebenarnya ni 0.01% daripada kisah keluarga. Memang aku banyak pun tak setuju angin dengan ibu aku, tapi aku lah orang yang paling kedepan bila apa² jadi dkt keluarga aku.

Cuma aku sedih, bila mana aku dah cuba pendam dan hadam semua benda jadi dlm keluarga aku. Dan akhirnya aku yang nampak paling jahat.

Dan aku dengan suami aku dah dekat sebulan bergaduh. Macam biasa setiap kali ibu aku duduk rumah aku, dia akan dingin dengan aku.

Korang doakan aku kuat ok? Kuat mental & fizikal untuk teruskan hidup. Dan semoga aku sentiasa menjadi insan yang sentiasa memberikan manfaat dekat keluarga aku. Itu janji aku dengan Allah. Aku buat semua ni kerana Allah.

Macam best jugak bercerita dekat sini. At least ada tempat untuk aku meluah.

– Kotak petak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *