Jodoh Yang Macam Mana

Hai, aku seorang gadis yang dah berusia hampir 25 tahun. Aku ambil jurusan agama, dan circle aku pun circle yang baik-baik sewaktu study dahulu. Macam biasalah, walaupun aku seorang yang agak Islamik, aku pun ada perasaan tertarik dekat lelaki.

Sewaktu aku di universiti, aku tertarik dekat seorang lelaki yang aku sangat kagumi dan respect. Aku bagi nama Khai.

Bagi aku, Khai ni lelaki yang sangat bertanggungjawab, amanah, jujur, dan bijak. Aku kenal Khai selepas sertai satu persatuan (persatuan Islamik). Aku jatuh hati dengan perwatakan Khai.

Sepanjang aku mengenali Khai, dia sangat menjaga batas dengan perempuan sehingga aku perasan Khai tiada media sosial kecuali FB kerana mungkin bagi Khai banyak mendatangkan perkara “lagha”. Aku kagum sangat dengan Khai sebab dia bijak tapi humble.

Kami banyak jalankan tugas dan program bersama. Aku perasan Khai hormat aku dan pandai jaga batas. Aku selalu join daurah dan majlis taklim, barangkali semangat Khai yang selalu ajak kami pergi. Aku jatuh cinta dalam menuntut ilmu agama asbab melihat kesungguhan Khai.

Sampai sekarang, aku tak nampak keburukan Khai (mungkin juga Allah menjaga aibnya). Disebabkan dirinya yang baik, aku rasa sangat insecure dengan diri sendiri sebab jauh sangat nak bandingkan diri aku dan Khai ni.

Cuma aku perasan satu hal, iaitu aku susah nak selesa bila bersembang dengan Khai, padahal kami cuma sembang hal-hal berkaitan program di dalam meeting.

Ada saja aku rasa susah nak kena dengan jiwa, tapi aku bersangka baik, mungkin sebab kita masih dalam jaga ikhtilat, jadi tak berlebih mesra bila sembang.

Ok, nak dipendekkan cerita, satu hari aku jumpa kawan rapat aku, nama dia Sha. Sha ni pun salah satu ahli dalam persatuan yang sama.

Sembang punya sembang, tiba-tiba dia buka cerita ada lelaki berkenan dekat Sha dan nak taaruf lebih serius. Aku pun berdebar. Ternyata betul, Khai yang berkenan dengan Sha.

Ya Allah, waktu tu aku rasa hancur sangat sebab aku hanya jatuh hati dengan Khai, tiada lelaki lain.

Aku sedar Sha pun seorang perempuan yang baik, dia hafizah dan sangat perform, jadi tak hairan Khai nak dekat Sha. Aku terus minta diri dan menangis tak sudah. Mungkin ini jawapan istikharah aku.

Lepas tu, dalam masa yang singkat, ada junior aku (nama dia Mal) nak kenalkan aku dengan seorang lelaki yang baik. Dia kata sesuai sangat dengan aku, alang-alang dia tahu aku single.

Aku pun cubalah bagi peluang untuk kenal, tapi kami tak pernah berjumpa, cuma tengok gambar sahaja. Betul, muka dia nampak alim dan soleh. Hari-hari aku tengok video ceramah dia. Orang panggil dia ustaz. Aku teruja sebab nampak sopan, baik, dan alim.

Dia suruh Mal pesan kat aku supaya tunggu dan bagi masa sebab tengah sambung pengajian. Selepas tiga bulan, Mal contact aku dan kirim pesanan, “Mak abah dah ada pilihan untuk saya. Sampaikan maaf saya ya.”

Kitorang tak pernah contact personal sebab melalui orang tengah (Mal) sahaja. Sejurus dapat mesej tu, aku terus nangis tak berhenti.

Aku kata, “Ya Allah, aku memang tak layak untuk orang baik ke? Aku pun nak lelaki yang soleh. Tak apa ya Allah, kalau dia bukan jodoh aku… cuma aku harap akan jumpa orang yang lebih baik.”

Sekarang, aku mengajar di SK. Aku seorang ustazah. Dekat sekolah ni, aku tak tertarik dekat mana-mana cikgu pun, walaupun ada cikgu lelaki bujang, sebab aku jenis yang tidak semudahnya berkenan dekat lelaki.

Sampai satu hari, ada seorang ustaz, aku gelarkan dia Rif. Rif mesej aku berkaitan masalah di sekolah, dan start dari situ, Rif selalu minta tolong aku.

Walaupun Rif ustaz, tapi perangai dia masuk air, jadi dia suka bergurau. Lama-kelamaan, kami jadi agak rapat dan selalu kongsi cerita serta masalah di sekolah. Tapi aku masih tahu jaga batas.

Aku pernah bergurau nak carikan calon isteri untuk dia… dia selalu tolak dan pernah kata nak kat aku je. Aku terkejut sikit, tapi tak ambil serius sebab dia memang suka bergurau.

Aku dapat rasa yang Rif memang betul-betul nak dekat aku sebab dia pernah kata kat aku supaya tunggu dia masuk minang nanti.

Okay, sejujurnya aku tak buka hati sepenuhnya lagi untuk Rif sebab aku nampak dia ada banyak red flag,

Contohnya berkawan dengan perempuan kadang tak jaga mata, dan kadang-kadang mulut terlepas cakap perkara yang tak senonoh. Aku tak suka. Jadi aku takut untuk terima lelaki yang macam ni.

Sebagai perempuan, kita mesti ada ciri-ciri lelaki yang kita mahukan, dan bagi aku, sangat penting lelaki tu jaga agama sebaiknya. Tetapi aku tak nampak itu ada dekat dia.

Dia pun pernah bagitahu, sebelum break dengan ex dulu, dia selalu keluar jumpa dan dating. Mungkin bagi segelintir orang, perkara ni normal, tapi bagi aku tidak.

Aku sangat mengharapkan lelaki yang baik yang ingin jadikan aku isteri. Aku tahu aku tak cukup baik, dan sebab itu aku perlukan lelaki yang kuat bimbingan agama. Aku pasrah sebab sebelum ni dah dua orang lelaki yang sangat baik, tapi Allah takdirkan itu bukan jodoh aku.

Sekarang, aku nampak Rif sungguh nak kat aku. Aku buntu. Perlukah aku terima? Aku tertanya, memang Allah nak takdirkan aku dengan lelaki macam Rif ke? Aku memang tak layak untuk dapat lelaki yang baik dah?

Islam ajar kita untuk pilih jodoh yang baik agamanya. Aku pilih, tetapi aku tidak dipilih mereka.

Sekarang aku nampak Rif sahaja yang sungguh nak dekat aku, tapi aku takut sebab aku kenal dia lelaki yang kurang jaga agama dan berkawan dengan perempuan. Cuma aku sangat selesa sembang dan berkawan dengan Rif. Rif juga pandai ambil hati aku.

Aku selalu juga rindu kat Rif, tapi aku cuba tepis perasaan itu. Aku risau ini istidraj dari Allah. Harap kalian boleh beri pandangan. Aku masih istikharah, tapi belum dapat petunjuk.

– Dedek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Pengalaman sy la sepanjang hidup mengenali lelaki..sy juga ada ciri2 lelaki sy nak mcm handsome,tinggi,solat (walau tak alim mana) dan respek wanita.
    Sebab sy sendiri jaga batas pergaulan dgn lelaki.Tak berdating sana sini dan jaga solat.Sy kategori wanita baik dan tak rosak akhlak walaupun sy masa tu bab aurat cuma freehair je tp x seksi cuma sy tahu bawa diri.

    Tp ujian hidup sy..kebanyakan lelaki yg sy suka adalah bekas perosak wanita,minum arak,sosial.Entah knp banyak jumpa spesis ni.Dan Allah uji pula jatuh cinta dgn org mcm ni.Akhirnya Allah uji sy hanyut dgn dorg(faham kan hanyut mcm mana)

    Sy pesan dgn awk..cari lelaki yg jaga batas dgn perempuan.Jgn dekati lelaki mata buaya atau mata jahat.Kalau mata takleh jaga apatah lagi kemaluan.

    Nak cr lelaki sempurna zmn skrg mmg susah sebab banyak godaan drp media sosial.Sekelip mata blh jd jahat kerana tak tahan dgn godaan wanita

    Cari lelaki yg faham asas ugama mcm ada tiang ugama..blh jaga nafkah isteri ..selidik betul2..kdg2 ugama je tau tp bab nafkah culas.Alasan isteri kena patuh suami.Narsistik ugama pun ada zmn skrg..gunakan ugama utk control wanita..hati2lah dik.

    Teruskan buat istikarah..pasti ada petunjuk.Jgn sedih jika jwpn istikarah itu mengecewakanmu sebab itulah jwpn terbaik demi menyelamatkanmu..

  2. Alhamdulillah adik tahu apa ciri2 yg patut ada pd diri seorang lelaki yg baik atau pon yg sebaliknya.. dlm dunia sekarang, kdg2 apa yg kita nmpak baik tu, x semestinya itu yg sebenar.. minta maaf, tp dah bnyak kes2 ‘ustaz’ yg melakukan perkara yg x sepatutnya.. ada juga seorang ken saya yg berkahwin dgn seorang ustaz (setelah istiqorah), pon akhirnya diceraikan, krn dia mngamalkan poligami & culas tanggungjawab terhadap kluarganya.. apatah lg klaw yg mmg ada ‘sejarah hitam’ dlm pergaulan nya, menggunakan perkataan lucah or mencarut, selalu membuat lawak2 yg ‘double meaning’ dll., adakah awk suka org yg mcm ni hidup dgn awak hingga akhir hayat, atau worse, dia sanggup mninggalkan awk, setelah dpt apa yg dia mahu..? Memang istikarah itu penting, tp perhati juga ‘red flag’ yg Allah dah tunjukkan sbg ‘warning’, supaya awk sempat mngelak, sbelom mnyesal di kmdn hari.. wallahu a’lam bissawab

  3. mulakan dengan menjaga hati awak dek. Jgn bagi ada sapa2 pun dekat hati. Syg hati adek tu, jgn biarkan sentiasa terisi dgn yg lain selain Allah. Setiap org ada jodohnya yg TELAH ditentukan. Jgn fokus kat jodoh semata2. Nak jodoh yg baik, kita perbaiki diri kita dulu, dan jgn sesekali merasa diri kita ni dah baik. Allah ja yg tau kita ni baik ka tidak. Banyakkan doa mntak kat Allah sebut ciri2 yg adek nak, jgn putus asa….soal bila bertemunya jodoh tu, serah pada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *