Silent Treatment Untuk Si Isteri

Salam semua.. Tak sangka jam 3.45am saya ambil masa untuk menulis disini, sedang selama ini saya hanya jadi pembaca.

Saya nak bertanya salah ke seorang suami bagi silent treatment kepada isteri kerana dia buat perkara yang saya tak suka?

Cerita bermula sehari sebelum kejadian, isteri ada bercakap yang esoknya mungkin ada rakan sekerja dia yang nak tumpang balik sekali ke pejabat dari tempat meeting (di luar pejabat)

Rakan sekerjanya itu daripada kaum Adam yang jenis lembut perwatakan,

Saya pernah terserempak bila ada jemputan aktiviti tempat kerja isteri dan orangnya nampak berpakaian lelaki biasa dan ada perangai lembut tu.

Balik kepada soalan isteri, saya tak reply pertanyaan tersebut dengan serius kerana beranggapan sebagai seorang isteri kena fahamlah batas pergaulan dengan rakan sekerja lagi-lagi yang berlainan jantina.

Tak kisah lah dia tu lembut ke, sebab dah berlainan jantina dalam satu kenderaan yang sama.

Hari kejadian, saya mendapat satu text daripada isteri meminta izin cakap yang rakan sekerja tersebut nak menumpang balik atas alasan kenderaan pejabat lewat sampai, jadinya menumpang kenderaan isteri ebih cepat ke pejabat.

Saya reply tak sesuai, kerana bila dah ada kali pertama takut nanti akan ada yang kedua dan seterusnya.

Dalam hati saya berharap yang isteri betul-betul hormat permintaan saya,

1 jam kemudian, isteri balas text saya dia dah sampai ke pejabat, dan yang menyedihkan saya dia menumpangkan juga rakan sekerja itu balik ke pejabat.

Luluhnya hati saya bila baca, dia reply yang maklum dan takkan pastikan kejadian takkan berulang lagi.

Dalam hati saya bercampur baur perasan, saya tak pasti valid ke perasan saya untuk rasa sedih dengan perbuatan isteri tu?

Saya tak bercakap dengan isteri bila masing- masing pulang ke rumah. Dia confront kenapa senyap, dan saya terus senyap.

Sebagai manusia, saya pun ada sifat amarah dan saya takut terlepas cakap perkara-perkara yang menyakitkan hati dan membawa kepada perkara lain. Saya kena jaga emosi depan anak- anak.

Si isteri tak terfikir ke, kalau saya ada rakan sekerja perempuan (yang tomboy) buat benda yang sama?

Adakah kerana alasan seseorang yang berlainan jantina tapi berperwatakan lembut/tomboy boleh jadi alasan untuk membenarkan perkara ni jadi?

Sekarang ni mula timbul perasaan curiga dan sangkaan tak baik bila perkara ni dah terjadi..

Adakah saya overreact dengan situasi ni? Adakah pemikiran saya ni kolot? Atau sebenarnya saya yang salah dalam hal ni??

Harap pembaca yang dah berumahtangga boleh beri nasihat apa cara kedepan untuk menangani hal ini..

– Encik Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Benda boleh cakap. Cakap je lah. Kau tengok.. dah meleret fikir bukan2. Time2 mcm ni lah setan seronok nak cucuk macam2. Mcm org dok ratib suami tak boleh telepathy baca mind isteri. Same goes to isteri jgk la. Communication is the key. Suka apa ckp. Tak suka apa ckp. Nak apa ckp. Apa masalah suka sgt main mind reader nih..

  2. Utk saya bagus ada perasaan marah sebab isteri adalah tanggungjawab suami and yes kalau dah pertama Kali pasti ada Kali kedua . Tapi ,bagi peluang pada isteri ,terangkan dekat isteri awak sebagai suami memang tak suka benda tuu , cakap dalam keadaan tegas .
    Kalau buat lagi ok lah nak silent treatment.

  3. bini derhaka cmni xlayak dibuat bini. dia tau ko xsuka lagi dia buat. ikut sgt keras kepala dia. ko hadiahkan madu je baru pdn muka dia.

  4. Kena beritahu yg kamu tak suka, deep talk ianya lebih menyentuh perasaan. Silent treatment lambat laun akan jadi silent killer

  5. Lama2 bini jauh hati dia pula minta dilepaskan…

    Jgn ego sgt lah..bukannya dia menjantan sampai ke bilik pun

    Settle baik2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *