Assalamualaikum pembaca semua.
Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku takut juga nak kongsi dekat sini, sebab aku banyak kali di salah erti. Aku dah minta izin suami dan dia izinkan.
Tapi aku boleh kata, aku seolah-olah mati secara perlahan-lahan. Hanya kerana aku dipertikai oleh seorang adik ipar dengan soalan, “Kalau Kak Long tahu, apa peranan Kak Long sebagai isteri?”
Aku triggered separuh mati dengan soalan ni. Bagi aku, macam satu penghinaan.
Aku dah berkahwin. Usia perkahwinan dah masuk tahun ke-12.
Aku ada adik ipar yang baru sahaja berkahwin. Ya, soalan ni diaju oleh seorang yang baru berkahwin beberapa minggu ketika itu.
Kenapa aku triggered? Soalan itu diaju kerana aku tidak bekerja. Sejak berkahwin, aku adalah seorang suri rumah.
Orang nampak aku seolah membebankan suami. Padahal, aku bukanlah isteri yang suka meminta di luar kemampuan suami.
Suami aku ada hobi dia dan aku tak pernah halang, walaupun hobi dia mahal. Dia suka memanah, jadi ada beberapa set memanah di rumah. Satu set atau bow sahaja dah beratus ringgit.
Dalam seminggu dua ni, persoalan dan pertikaian tersebut telah jadi racun dan barah dalam diri aku.
Aku buat kerja apa pun, pasti soalan tersebut bermain dalam kepala aku. Seolah ada recorder dalam kepala ni. Play and rewind. Berkali-kali.
Untuk pengetahuan pembaca, aku ni didiagnos Major Depression Disorder sejak tahun 2020. Jadi, aku ni menyerap segala baik buruk yang sampai di telinga. Dia in tapi tak out.
Bukan sekadar pertikaian tentang apa peranan aku sebagai isteri, tapi macam-macam yang dikata. Aku begitu begini.
Dan dia ada cakap aku kena bersyukur walaupun mereka tak suka aku, tapi mereka tetap layan aku dengan baik.
Seminggu ni aku rasa seperti aku sedang mati. Aku dah cakap dengan suami aku, aku dah tak boleh hadap adik ipar aku tu.
Aku tak boleh suruh suami aku putuskan hubungan, tapi untuk diri aku, cukup sekadar dia adik kepada suami aku.
WhatsApp dia pada aku seolah-olah hinaan kepada aku. Aku cakap kepada suami, sudah terbit perasaan benci kepada adik dia tu. Alhamdulillah suami faham.
Doakan aku tak “hilang”, ye…
– JED (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Please avoid all the toxic people around you including family members. Kalau your husband boleh terima you seadanya, why border all the toxic people sebab bukan semua orang faham masalah MDD. Block Whatsapp adik ipar & tak perlu communicate dgn dia. Kalau husband nak pergi rumah family dia, let him go alone or bring along your kids, you just stay at home tapi kalau you follow make sure your husband selalu around you or jangan berlama-lama di rumah in law. Adik ipar you tu tak tau hukum, seorang suami memang perlu jadi provider no matter what, dah laki you mampu nak sara you anak beranak, so lantak p la dgn adik ipar yg menyibuk tu.. Continue dapatkan rawatan dan makan ubat…semoga awak terus kuat!