Aku dengan dia bestfriend since primary school lagi. Masa sekolah rendah, kitorang takde lah nak cakap bestfriend. Kawan biasa-biasa je. Cuma bila masuk sekolah menengah, kitorang jadi rapat sebab dia ada problem dengan bestfriend lama dia.
Aku ni nak cakap cerdik sangat, memang macam langit dengan bumi dengan dia. Sesungguhnya aku terasa sangat rendah diri bila dengan dia. Dia pulak sudahlah pandai, gaya bercakap seolah-olah nak memerli aku.
Pernah jugak terkeluar perkataan ‘bodoh,bangang’ dan sebagainya dari mulut dia. Tapi aku tak kisah sangat sebab hati aku kental sikit. Tak ambik kisah benda-benda yang tak berapa nak penting. Aku sangat menghargai the value of friendship so does she.
Selama beberapa tahun berkawan, aku mula perasan satu perangai aneh bin pelik dia. Dia cukup tak suka dan benci bila aku berkawan dengan orang yang dia taknak aku kawan. Kekadang tu, orang tu bukannya ada problem apa pun dengan dia. Ikut instinct dia je terjemah sikap orang.
Aku pun ikutkan jelah. Bukan sebab aku ni lemah tapi sebab aku kesiankan dia. Luaran je pandai tapi rupa-rupanya narrow-minded jugak. Belakang dia aku berkawan je sesuka hati aku. Aku rasa free. Bebas. Dalam masa yang sama, aku bercintan cintun jugak dengan sorang mamat ni. And my ‘bestfriend’ knows about it.
Masalah besar giler bila jumpa aku je, mesti ada je benda dia nak kritik pasal boyfriend aku. Geram tu geram jugak. Rasa macam nak cilikan aje mulut celopar dia tu. Last-last aku pun break dengan mamat tu. Kau tahu dia cakap apa? Dia happy gila aku tak jadi dengan mamat tu.
Aku ni separuh gila macam nak pelangkung dia. Dia tu crush someone tapi aku tak pernah nak komen apa-apa. Sebab aku tahu masing-masing ada hak sendiri. Buat apa nak kacau. Buat sakit hati je.
But then aku couple balik tanpa pengetahuan dia. Sebab aku malas nak dengar dia mengkritik tu kalah kak ogy tahu. Cerewet yang amat.
Sampai suatu hari, dia pindah. Aku rasa happy sampai nak melompat ke bumbung. Sebenarnya, sebelum pindah tu, aku dengan dia pun tak berapa nak rapat sangat. Sebab dia pun dah jumpa kawan-kawan cerdik pandai dia. And aku happy berkawan dengan kawan-kawan yang sekepala dengan aku.
Cikgu aku cakap kalau kita nak kenal lebih dekat kawan kita, try menginap 3 hari 3 malam dengan dia. Only then, you know. Dan aku pernah stay satu dorm dengan dia. Ok aku memang tak sangka perangai dia teruk sangat. Dia tendang locker bila dengar bising sikit.
Bila malam je, ada je benda yang menyirap darah dia sebab dia jenis tidur awal so faham faham lah. Haih aku pelik. Dia pun tahu kalau aku dengan dia, tak banyak benda yang kami bualkan. Sebab most of story, aku bagi dia bersuara sebab banyak cerita aku memang takkan diterima masuk dek akal dia. Aku tahu.
Aku ingat bila dia pindah, aku nak lost connection dengan dia. Kalau call, aku taknak angkat. Kalau mesej, memang taklah aku nak reply. Lama kelamaan, aku yang rasa bersalah sebab dia anggap aku bestfriend. Kalau buat profile, ruang bestfriend tu mesti terisi nama aku.
Banyak jugak memori dia dengan aku. Tapi banyak lagi perasaan aku yang sekian lama terpendam. Bila aku fikir balik, boleh stres dibuatnya. Tapi, dia tak berubah. Bila dia call aku, dia tetap nak megahkan siapa yang dia suka and so on lah. Buatlah macam mana pun, dia tetap takkan dapat tarik perhatian aku.
Aku layan baik till now sebab aku masih ada rasa hormat. Dia call aku jawab. Pernah sekali aku delete terus whatsapp dari dia.
And now, aku dah bahagia dengan geng sekepala dengan aku. Aku bangga aku ada ramai kawan sekepala berbanding dia. Dia megah sangat berkawan dengan anak datuk. At least aku tak pernah nak halang orang daripada buat apa yang diorang suka.
Aku jugak tak pernah nak maki orang tak kira masa. Kalau aku ada tersilap jawab ke apa benda ke, dah takda orang nak perli aku jahil. Kalau aku cakap pasal crush, dah takda orang nak kritik berlebihan. Kalau aku nak keluar dengan orang lain, aku tak payah nak risaukan siapa yang terluka.
Dengan geng aku sekarang, aku boleh cakap lepas tanpa fikir. Aku boleh nak melawak over. Aku boleh ketawa tanpa perlu fikir benda tak lawak pun aku nak kena sedekahkan ketawa berharga aku ke. Yang penting aku tak perlu dengar bebelan cerewet tahap dia.
Ya, aku memang start tak suka dia sejak aku tingkatan dua. Sejak aku sedar perangai pelik dia. Sekarang aku dah besar pun still tak dapat lupa. Aku seorang yang mudah suka. Dan jugak mudah benci. Perasaan benci tu lebih dari perasaan suka sebenarnya.
Aku harap aku tak jumpa dah dia. Tapi aku tahu nanti nak kahwin of course dia tetamu wajib aku since mummy dengan ibu dia kenalan. Ibu dia baik tapi sayang kebaikan anak dia tak dapat nak mencairkan hati aku.
Recently, dia whatsapp aku ajak jumpa. Nak setuju ke tak? Jawapan senang, aku biarkan selamanya unread. Kalau dia bersungguh, dia akan send tanya lagi. Dia busy kerja sekarang. Tapi, sejak bermenjak ni aku rasa macam perangai dia dah ok sikit. Maybe dia tak jumpa kawan macam aku dekat sana.
Aku harap perangai dia terus berubah supaya bestfriend dia nanti tak rasa macam aku. Memang aku tak anggap dia bestfriend aku. Memang aku kejam. Aku decide taknak jaga perasaan orang lain. Aku pernah jugak lari dari jumpa dia. Sampai sekarang, dia tak tahu perasaan aku. Aku nak biarkan aje.
Suatu hari nanti, masa wedding aku, aku akan pastikan dia tak dapat lagi nak bercakap pasal kekurangan future husband aku sebab I’ll make sure that my future husband can just shut her mouth.
Kalau kau terbaca, aku mintak maaf awal-awal. Perasaan yang aku pendam lebih menyakitkan daripada putus cinta. And aku harap kita kawan sampai bila-bila. The moment bila kau cakap aku banyak berahsia dengan kau, aku harap kau boleh fikir sendiri. After kau dah baca. Takkan kau tak reti-reti lagi.
– Qasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit