Aku memang silent reader dalam confession ni.Tiba2 tergerak hati nk tulis tentang kerjaya Aku kat kilang.Aku berkerja disebuah syarikat automotive. Dalam department Store and Logistics. Dalam kumpulan Aku…Aku sorang2 perempuan dah 6tahun.Aku enjoy dengan kerjaya Aku.Tiada discrimination langsung antara Aku, pihak pengurusan mahupun rakan2 sealiran.
Cuma yang menjadi terkilan dihati Aku apabila anak bangsa sendiri yang merempat dinegara sendiri. Bila Aku toleh kiri/kanan/depan/blakang semua pendatang asing.Bangladesh paling ramai.Kedua Nepal,Myanmar dan yang paling latest is Pakistan. Mana anak bangsa Aku???kerja sehari cuti seminggu. Mengalahkan budak sekolah cuti semester.Itu belum dikira alasan cuti budak Tadika.
Nak kata kerja kilang now this,gaji Murah tidak jugak.Untuk store assistant gaji dalam rate rm12**.sampai rm15**. Ikut kelayakan belum dicampur dengan Ot Dan sebagainya, bagi Aku hokey la tu.kerja bukan la seberat nak angkat batu bata, simen, pasir bagai. Semua kemudahan macam forklift, hand jet,trolley semua ada.cuma setiap benda Ada chit sheet yang perlu diisi Dan dipantau oleh orang2 seperti Aku nih.Setiap Kali ada orang nak kerja masuk department Aku,HRD akan panggil Aku untuk interview orang tu.Pertama Aku akan bawak orang tu bersiar 2 kat kawasan Aku jaga.Aku tengok kalau budak tu jalan macam bapok ke,itik pulang petang ke,macam mak Aku balik surau ke memang kene sound dengan Aku.sebab apa??Bos Aku dah awal-awal sound Aku dulu…kalau budak macam ni you ambik haaa…kilang terbakar macam mana dia mahu lari..pemalas la..bla…bla..Dan blaa.
Tapi Bos Aku pandai,kalau nak ambik kerani ambik yang lawa2,bergaya dan berpelajaran bukan bebal tak boleh nak diajar.Tidak kira la anak dara,mak/bapak orang Semua boleh kerja.Tu yang bestnyer.Selepas tu Aku akan buat ujian mathematics.Ala senang je..macam soalan darjah1-3.Tolak/campur/bahagi/darab. Tapi ko orang jangan terkejut pulak bila Aku cakap yang lulus tu hanya beberapa orang sahaja.Memang sadis sesadis alam.kalau Aku bagi anak Aku jawab confirm 50/50.Itu belum Lagi masa jawab soalan tu terlentok lentok, menguap,tidor,kira pakai handset bagai memang tak la Aku ambik.Jika semua perbincangan dipersetujui ,mereka akan datang berkerja tapi berkerja dengan tiada nafsu. sedangkan kerja itu 1 ibadah.Masuk pagi balik petang.kalau rasa bulan tu tidak cukup duit baru nak terhegeh-hegeh kerja overtime sebab nak bayar rotax kereta bil Segala bagai.bila kita tidak beri ot maka kita pulak disumpah seranah.Pilih bulu la..pilih kasih la.
Berbalik pada pekerja asing terutama dari Bangladesh bagi Aku memang memyakitkan hati. Dia orang ni bila pandai cakap bahasa Malaysia dah macam kadok naik junjung. Bercakap macam kita pulak menumpang kat negara dia.Aku rasa macam nak terajang je dia orang.Ada lah satu hari tu,budak Bangladesh tu bercerita..sister why orang Malay suka kawen sama orang Bangladesh?? Aku dah start menyirap darah Aku.Tapi Aku tetap kawal emosi Aku walaupun waktu tu dalam hati cakap …ko bau bawang ada hati nak cakap macam tu.Tapi hakikat Itu memang berlaku dalam negara kita.Di tempat Aku kerja ni walaupun banyak warga asing attitude mereka tetap terjaga dengan Ada tindakkan dari pihak pengurusan atasan.Cuma yang menjadi ketidak selesaan kita.Toleh kiri/kanan Semua warga asing.bau bawang.. Bau minyak sapi.
Aku harap bangun la anak muda Malaysia. Renung-renungkan dan pandang la apa yang berlaku di sekeliling kita.Jangan kita suatu hari nnti kita merempat di negara sendiri
– -Pencacai yang mulia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit