Assalamualaikum hai hello.
Nama saya Minah. Saya baru je habis degree. Umur awal 20-an. Saya sekarang tengah melangut kat rumah. Dah apply jobsmalaysia, SPA, jobstreet dan lain-lain iklan kerja. Dah apply untuk sambung masters jugak.
Tapi setakat ni belum ada apa-apa maklum balas dari mana-mana tempat. Dan saya agak tertekan jugak sebab rasa dah lama sangat tak buat apa-apa.
Kadang-kadang rasa macam diri ni tak guna duduk saje-saje macam ni. Entah lah. Putus asa pun ada. Ye lah, keluarga orang berjaya. Mengharapkan saya pun berjaya macam mereka. Tapi bukan mudah. Saya suka main-main. Saya tak suka ditekan. Saya akan bersungguh atas keinginan sendiri. Kalau saya rasa seronok dengan apa yang saya buat, saya akan buat dengan sungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab. Pada saya, kelebihan saya ialah bila saya buat sesuatu yang saya suka, saya akan buat dengan bersungguh, cantik dan kemas. Biar penat tak tidur malam pun saya rela asalkan puas hati dengan hasil kerja.
Yang menjadi masalah ialah bila orang suka bertanya macam-macam seakan mendesak. Saya tak suka situasi macam ni. Merimaskan. Macam sekarang. Family sibuk tanya bila nak masuk belajar atau kerja. Saya faham maksud diorang baik. Tapi saya penat la. Saya pun ada banyak masalah lain yang saya pendam. Tapi asyik tekankan yang saya duduk rumah tak buat apa tak cari kerja tak cari tempat belajar. Saya dah apply semua kan. Terpulang pada pihak berkenaan la pula nak terima atau tolak. Saya bukan ada kuasa.
Sikap keluarga yang menekan buatkan saya bertambah tertekan. Saya bukan sejenis yang meminta atau mengada-ngada dalam keluarga. Bahkan saya akan usaha sendiri kalau ada keinginan peribadi. Jarang sekali saya meminta-minta pada keluarga. Mungkin tak pernah sejak saya di sekolah menengah. Perangai saya tak suka bergantung pada orang. Kecuali dalam hal-hal yang saya memang tak mampu uruskan sendiri.
Tapi semua tu macam tak cukup. Family tetap tak puas hati dengan saya. Bila lama-lama saya mula jauhkan diri dari keluarga. Berkurung dalam bilik. Makan sendirian. Sedih tau hidup macam ni. Tapi lagi nak menghadap kata-kata orang. Saya sangat tak suka ditekan.
Masalah lain ialah, saya sebenarnya kurang berminat nak sambung pengajian ke peringkat ijazah. Bagi saya bukan mudah masters tu. Lagi-lagi degree hari tu pun CGPA saya cukup-cukup makan sahaja. Tak de lah teruk sangat. Masih layak sambung master tapi saya memang tak oernah berjaya masuk dean list. Saya bukan tak pandai. Tapi saya kurang kesungguhan. Memang Allah hadiahkan saya otak dan akal yang sangat cerdas dari kecil. Alhamdulillah syukur sangat. Tapi saya tak menterjemahkan rasa syukur tu ke dalam perbuatan. Saya sambil lewa belajar. Sekarang dah habis degree tapi bila orang bertanya satu-satu soalan berkaitan kos saya, saya blur tak tahu nak jawab. Jadi saya sedar saya sangat lemah dan rendah pengetahuan. Saya rasa hampa sangat dengan diri sendiri. Saya sedih kenapa saya biarkan diri sendiri hancur macam ni. Saya fikir tak nak hidup, nak lari dari rumah dan sebagainya yang tak baik.
Tapi saya sedar semua tu berdosa. Saya sedar saya bertambah bodoh ada fikiran tak elok macam tu. Astaghfirullah al-azim.
Dan kerana saya sedar saya tak ada ilmu walaupun dah tamat degree, maka saya kuatkan diri untuk apply master. Walaupun saya dah tak ada minat, rasa master tu susah dan tak yakin saya boleh buat, saya tetap ‘nak’ sambung master. Sebab saya fikir, belajar perlu dipaksa. Tak boleh ikut nafsu. Dan saya akan berjaya suatu hari nanti kalau saya bersungguh.
Tapi saya berharap saya dapat sambung master dalam bidang yang sedikit berbeza daripada degree sebelum ni. Entah lah logik ke tidak. Tapi saya teringin sambung master dalam bidang yang boleh buatkan saya lebih aktif secara fizikal. Saya cepat bosan dengan bidang yang menghadap buku dan assignment semata-mata. Kalau boleh teringin nak masuk bidang yang walaupun penat fizikal, tapi saya akan tetap tersenyum sebab seronok. Ada ke ?
Saya sebenarnya nak cuba diploma lepasan ijazah. Tapi permohonan di universiti ni dah tutup untuk program DPLI. Hampa juga. Tak pe la.
Mungkin rezeki di tempat lain. Inshaa Allah.
Kalau dapat kerja pun seronok juga. Cari pengalaman dan bergaul dengan lebih ramai orang baru sambung master. Tapi saya mengharapkan kerja yang sambil belajar. Macam orang praktikal. (saya degree tanpa praktikal ). Kerja yang secara interim macam tu. Bukan demand ya.. Cuma saya sedar diri tiada pengalaman, jadi teringin nak ‘belajar cara bekerja’. Teringin nak diberi tunjuk ajar. Supaya saya dapat luaskan pandangan dan kenal dunia luar, dunia dewasa dengan lebih dekat. Ya saya suka diajar dan sudi untuk belajar kalau kena caranya. Inshaa Allah.
Maaf terpanjang pula. Banyak lagi saya nak confess. Tapi macam melampau pula. Jadi saya stop di sini.
Terima kasih, dan doakan saya ya.
– Budak Baru Belajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit