Aku ada masa dua hari sebelum kertas pertama ujian akhir semester dan aku belum berikan 100% untuk belajar, aku ada usaha nak belajar tapi terbantut selepas 5 minit membelek nota. Ini semester terakhir aku tapi entah kenapa terlampau malas. Tolong bagi aku tips, mohon sangat ada yang sudi bantu aku taktik belajar saat akhir. Aku ada dua kertas nak duduk pada hari pertama ujian akhir. Bantu aku T.T.
– "Last Minute" punya hal.