Assalamualaikum dan selamat hari khamis. Nama aku suhaila berumur 20-an dan menetap di Kuala Lumpur. Aku dibesarkan oleh kedua orang ibu dan ayah yang amat penyayang.
Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana tapi aku cuba ringkaskan. Selain daripada yang Maha Besar tempat untuk aku mengadu, aku cuma mahu berkongsi kisah pahit aku yang hanya secebis daripada kisah-kisah orang lain. Aku sedih sangat sebab baru-baru ini satu-satunya harta peninggalan yang arwah ayah beri dah hilang.
Ayah meninggal pada tahun tahun 2015. Ayah satu-satunya insan yang mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Ayah ada beli untuk kami anak-anak perempuannya rantai emas masa kami kecil dahulu. Aku tak ingat bila sebab masih kecil.
Aku baru sedar yang aku hilang rantai emas aku baru-baru ini. Ya Allah sedihnya, aku tak tahu nak cari dekat mana. Aku ada terfikir untuk gantikan dengan yang baru tapi takkan sama. Aku tak nak bagitahu ibu sebab takut dia sedih, marah atau kecewa dengan aku. Sebab ibu pernah cakap dekat aku “rantai ini satu-satunya peninggalan arwah ayah, jaga baik-baik rantai ini”. Rasa macam nak tekup muka dengan bantal dan menangis sepuas-puasnya.
Allah, risaunya aku bila dapat tahu yang rantai aku ini hilang. Aku rasa aku dah jaga dengan penuh teliti rantai aku ini. Aku cuba cari tapi tetap tak jumpa. Adakan Allah sedang mengujimu wahai hamba yang kerdil.
Mungkin sesetengan manusia akan berkata “Setakat rantai emas itu pun nak cerita kat sini” , “Kecohlah Suhaila ini” , “Rantai je pun” , “Itulah kau tak pandai jaga” dan sebagainya. Korang bolehlah kutuk aku bagai kata tak pandai jaga, rantai emas je pun.
Satu je yang aku nak cakap, aku sayang ayah dan ibu aku. Korang mungkin takkan faham betapa bernilainya pemberian orang yang kita sayang lagi-lagi bila dia dah tiada.
“Ayah, harap ayah dapat maafkan Ila. Ila sayang Ayah. Ayah tunggu dekat syurga tau. Nak pimpin tangan ayah masuk syurga. Ila harap ayah dekat sini. Dapat peluk ayah. Rindu ayah. Sayang ayah. Maafkan anakmu ayah. Saya sayang ayah sampai syurga” Kalau rantai emas hilang boleh beli tapi kalau ayah takde hanya dirindui , Ayah harta yang tiada ganti. T T
Rindu nak sebut nama ayah lagi…
Rantai emas boleh di cari tapi ayah hanya satu…
-Daripada anakmu yang menangis di waktu malam kerana merindukanmu-
– Suhaila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit