CGPA rendah
Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve luahan ni. Aku ade terbaca luahan adik2 yang cgpa rendah dan risau nak masuk alam bekerja. Jadi,saja la nak kongsi pengalaman aku sikit kat sini.
Mula2 masuk UIA, memang banyak kena bayar yuran dan masa tu aku tak dapat pembiayaan dari mane2 lagi. Untuk tampung segalanya, mak aku gadai gelang dia. Dapatla dalam RM600. Masa tu RM600 tinggi nilainya jadi dicampur dengan duit2 lain alhamdulillah dapat bayar semua yuran.
Semester pertama, aku dapat CGPA 1.677 . Aku dapat surat dari A&R arahkan aku pergi pejabat Timbalan Dekan.Status aku, hampir kena dismissed. Aku tak ambil pusing pasal surat tu, aku tak pergi pun. And aku buat pre reg for next sem macam biasa. tapi yg paling tak best mak aku dapat surat tu. Mak aku tak pandai baca rumi,hanya pandai jawi. Tapi disebabkan ade logo UIAM kat letterhead tu, dan dia tahu itu mesti surat penting,dia mtk jiran ajar dia membaca semata2 nak tahu Isi kandungan surat tu. Allah..
Mula dari tu,aku mula ubah sikit2. Alhamdulillah, sem ke 2 aku dapat 2.00 something. Tapi status conditional pass,means kena repeat subject. First and second year, aku masih nk sesuaikan diri dengan cara belajar. Assignment pun copy from intenet. Teruk betul. And aku slow learner,lambat nk faham. Kena study banyak kali.
3rd year and 4th year baru la aku celik dan matang sikit. Aku mula serius pasal assignment, aku buat sendiri, tak copy paste. Dapat banyak mane pun aku terima sbb itu mmg effort aku. Aku amik short sem juga. Aku hnya fikir nak naikkan CGPA masa tu. So at last aku grad dengan 2.73. Alhamdulillah grad jugak.
Selepas macam2 keje aku buat, akhirnya dapat jugak panggilan interview kerajaan. Masa tu diorg mtk academic transcript. Aku terpaksa la kepilkan result sem 1 sampai sem 8. Aku dah agak mesti officer tu akan tnya pasal result aku yg 1.677 tu. And they did.
" Your CGPA was quite bad, below 2 is bad, you know" se ketul dia bagi.haha. Aku jawab "..but if you look at the next semesters' result, they gradually increased. It shows that I can learn and improve, if given time and chance" Diorg senyap. Aku tak tahu ape diorg fikir masa tu.
Alhamdulillah aku dapat keje tu, dah almost 10 years aku keje kat sini. Gaji pertama aku, aku beli gelang emas utk mak aku, tebus balik gelang dia dulu. Setiap bulan,aku asingkan duit siap2 utk emak. Nak balas balik ape yg dia korbankan.
Aku rase, kalau sebab CGPA semata2 mmg aku x dapat keje tu, tapi sebab doa emak dan rezeki Allah. Jadi, kepada adik2, jgn putus asa dan kecewa kalau tak dapat DL atau CGPA above 3. Yakinla rezeki kita dah ditetapkan (dengan usaha) Allah. Kat tempat aku keje skrg bukan sahaja DL grads, oversea universities grad pun ramai. Terkial2 juga. Bila dah keje, faktor lain pula main peranan,bukan CGPA.
Semoga adik2 semua berjaya dalam hidup dan dimurahkan rezeki.
– Ex uia