Jom Move On!
Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi terima confession ni.
Kenalkan, aku Kejora. Rasa terpanggil nak confess kat sini selepas melihat ramai yang frust kerana cinta dan mencari cara untuk move on. Secara jujurnya, aku juga pernah merasai peritnya bercinta. Jadi, aku nak share cerita dan tips bagaimana nak kembali ‘kuat’. Nak mencari semangat untuk melangkah tu memang payah. Tapi hakikatnya kita ni lebih kuat dari apa yang kita sangka. Takkan Allah saja-saja letak kita dalam kondisi begini kalau kita tak mampu kan? Renungkan sejenak kalam indah dari Pencipta kita:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? “ (Surah al-‘Ankabut: 2)
Ujian yang Allah bagi pada manusia itu berbeza. Untuk kita, Allah uji dengan cinta. Mungkin tak sehebat orang lain yang diuji dengan pelbagai ujian yang lebih hebat. Namun ia terletak pada sejauhmana kita bijak menguruskannya.
Nak menangis,silakan. Nak meraung menjerit,silakan. Tapi,puaskah kita? Jadi,apakata kita maju segera. Lupakan sejarah lalu.
Panjang pulak intronya.
Ok untuk move on:
1) Positif. Aku memandang ini sebagai hadiah dari Allah. Kerana Allah cinta, Allah berikan aku airmata. Mungkin hanya dengan cara ini akan membuatkan aku lebih dekat denganNya. Mungkin waktu bercinta dulu, aku banyak abaikan Allah. Waktu solat, teringat mesej sweet-sweet dengan si dia. Berdosanya aku. Lantas, Allah tarik si dia. Allah nak ‘masa’ yang ada ini dihabiskan hanya untuk Dia.
2) Aku berusaha untuk majukan diri. Waktu si dia tinggalkan aku, aku tekad nak jadi yang lebih baik. Waktu tu aku fikir,dia dah bahagia. Takkan aku nak biarkan diri aku menangis macam orang bodoh? Aku juga berhak bahagia. Lantas,aku bina keyakinan diri aku semula. Tekad sambung belajar dan mulakan bisnes. Alhamdulillah, Allah bantu. Andai diizinkan Allah, aku nak lebarkan sayap perniagaan aku. Mohon doakan.
3) Delete segala mak nenek yang ada kaitan dengan si dia. Contohnya lagu-lagu kenangan dengan si dia. Rasa menyampah pulak dengar. Kalau korang ada simpan barang kenangan dengan si dia, campakkan je laa ke dalam parit. Biarkan ia hanyut bersama sampah-sarap. Selayaknya di situ tempatnya. Hihihi.
4) Pulang kepada Allah. Serahkan bulat-bulat segala urusan pada Dia. Waktu tengah frust nie jugak, aku bertatih mentadabbur al-Quran. Bertalu-talu juga Allah hantar ‘mesej’ untuk aku. Antaranya:
a) “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-anfal: 70)
• Sangat menginspirasi. Allah dah janji akan beri ganti yang lebih baik. Kadang, gantian itu bukan dari segi jodoh semata. Bahkan lebih dari itu. Mungkin Allah akan beri sahabat-sahabat yang soleh/solehah yang sudi membawa kita ke jalan Allah. Mungkin juga Allah akan beri rezeki yang tak putus-putus. Mungkin juga Allah beri kesihatan yang baik. Selamat dari segala bencana. Lebarkan skop pandangan kita pada tarbiah cinta Allah ini.
b) “Dan mintalah pertolongan ( kepada ) Allah dengan sabar dan solat.Dan sesungguhhya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , ( yaitu ) orang-orang yang menyakini bahwa mereka akan menemui RabbNya dan bahwa mereka akan kembali kepadaNya ” ( Surah Al Baqarah : 45 -46 )
• Allah benar-benar memujuk. Sabarlah dan solatlah. Minta pertolongan dari Allah dengan kesabaran yang paling jitu dan bersujudlah dengan penuh penghambaan. Rasakan diri benar-benar hamba. Merendah diri pada Allah. Rayulah ampunan Allah. Rayulah kasih sayang Allah. Minta Allah sudi pandangi kita. Minta Allah sudi kasihani kita.
c) “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran pada mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (Surah Yunus:62-63)
• Sekali lagi Allah mengetuk pintu hati. Nak jadi yang istimewa di mata Allah, mana boleh hanyut dalam kesedihan. Nak dapat tempat di sisi Allah, kena jadi hamba yang kuat. Tiada rasa gundah-gulana. Demi Allah, aku harus kuat. Demi Allah, aku harus bangkit. Tak perlu ada rasa kecewa dengan manusia. Allah kan ada? Penghibur hati yang teristimewa.
Dengan kalam-kalam dari Allah inilah yang jadi pengubat jiwa aku. Jujur, aku kuat kerana Allah begitu setia di sisi aku. Setia memujuk. Setia mendengar rintihan hati aku. Selesa mengadu dengan Dia.
5) Muhasabah diri. Bersyukurlah sebab Allah baru uji sikit. Allah baru datangkan ujian waktu bercinta. Masih belum hidup bersama. Allah masih beri peluang untuk kita perbaiki diri. Perbaiki akhlak. Putus cinta bukan bererti untuk mencari salah siapa. Tapi ia adalah ruang untuk kita ‘melihat’ diri. Jangan membenci kerana ia akan buat kita lebih sakit. Sebaliknya lepaskan ia perlahan-lahan.
6) Banyakkan doa. Aku selalu minta pada Allah begini.” Ya Allah, hadiahkanlah untukku jodoh yang terbaik dunia dan akhirat. Jodoh yang soleh ya Allah. Jodoh yang paling indah akhlaknya di mataMu. Jodoh yang ikhlas membimbing aku menuju syurgaMu. Jodoh yang baik dan penyayang. Ikhlas menerimaku keranaMu ya Allah. Jadikanlah juga perkahwinan kami ini sebagai jalan untuk mendekatiMu.”
Konklusinya, panjangkan karangan aku? Hihihi. Tapi aku harap sangat coretan ini memberi kesan pada hati kalian. Jom kita mulakan langkah baru. Jom kita sama-sama cari redha Allah. Dah lama kita biarkan ‘cinta’ Allah tak bersambut. Kita rela sambut cinta yang lain.
p/s: Untuk awak yang pernah melukai hati. Terima kasih kerana pernah hadir. Terima kasih juga kerana pergi. Alhamdulillah,ia membuat saya menjadi insan yang sedar diri. Ia menjadikan saya lebih kuat. Moga awak bahagia bersama insan kesayangan. =)
– Kejora
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit