Kerana result aku sado – 7:42 AM

Kerana result aku sado

Baru check result tadi,dan Alhamdulillah result yg aku dapat melebihi apa yang aku fikir.Aku ingat aku akan fail banyak paper sem ni.Rupanya ada 1 ja paper yang fail.Alhamdulillah yang fail tu pun in shaa allah boleh redeem supaya jadi lulus.Tapi gpa aku tak lepas 2.5 pun.Tapi its ok lah selagi aku lulus tu aku dah bersyukur.Aku budak tahun 4 sebenarnya dan patutnya next sem dah boleh graduate.Tapi ya lah memandangkan kaki repeat kan makanya aku akan extend sem.Aku kat sini cuma nak cakap,kepada adik-adik yang baru sem 1,2,3 tu jangan risau sangat bab result ni.Pergi ja kelas,buat assignment in shaa allah luluslah tu nanti.Aku dulu wantu tahun 1 tahun 2 aku punya risau fail sampai aku rasa nak muntah bila nak masuk exam hall tu.Last sekali memang banyak paper yang aku fail.Sebab aku jadi anxiety disorder.Aku punya cgpa jangan ceritalah pernah dapat bawak 2.Lepas masuk tahun 3 aku jadi relax,bawa bertenang,percaya Allah nampak usaha kita dan Allah dengar doa kita.Dan result aku tak seteruk tahun 1 tahun 2.Tapi gpa masih tak lepas 2.5 cuma satu sem ja dapat 2.51.Tapi jumlah paper nak kena repeat tu dah berkurang.Alhamdulillah.Aku sekarang fikir lulus ja.Asal lulus dah bersyukur gila.Lagi satu nak cerita,aku ni tiap-tiap sem kena redeem paper.Aku rasa akak kat office tu pun dah perasan muka aku.Kaki tebus subjek..Hahaha..
Tapi tujuan utama aku menulis luahan ni cuma nak kongsi bahawa setiap yang berlaku ada hikmah.Hikmah daripada result tak memberansangkan aku ni membuatkan hati aku jadi sado.Bila aku gagal aku dah tak stress guling guling macam orang lain.Kawan aku fail satu paper menangis nangis dia,sampai macam mempertikaikan takdir dengan lecturer.Selain itu, dia ajar aku untuk terus berusaha walaupun aku tahu usaha aku taklah banyak sangat tapi at least dia tak buat aku hanyut.Lagi satu dia ajar aku untuk percaya dengan qada dan qadar Allah sebab Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk hamba dia.Yang paling penting dia buat aku jadi bersyukur dan rasa cukup dengan nikmat yang sedikit.Walaupun cgpa aku naik 0.01 ja pun aku dah rasa ya Allah macam nak cium cium mak ayah aku,kucing aku,adik aku,argh semua oranglah aku rasa nak cium…So kepada kaki repeat,budak yang dapat result bawah 2.5,yang bawah 2.0,yang hampir nak kena dismiss,budak yang kena extend,yang tak dapat dean list,yang sikit lagi nak 3.0 above tu dan untuk semua semua yang masih belajar dan akan menghadapi situasi menerima result ni aku nak ucapkan good luck,jangan stress stress,nikmati hidup,percaya pada percaturan Allah dan yang paling penting bersyukurlah dengan sekecil kecil nikmat yang Allah kurniakan.Kerana tiada yang lebih penting dalam hidup ini selain redha Allah dan redha kedua ibu bapa.Fighting!!!

sekian luahan dari budak hati sado kaki redeem.

– Hati sado

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *