Lack of Communication.
Assalamualaikum and hi. Terima kasih kepada admin sebab sudi post confession ni. First time buat mcmni huhu.
First of all, aku ni baru je habis sem 1 di universiti awam di selangor. So kira mcm muda lagi kalau nak expert pasal kehidupan di u. Aku ada satu masalah yang susah aku nak solve kan. Dari dulu lagi, aku memang susah sikit kalau bab-bab nak communicate dengan lelaki. Yelah maybe sebab aku senang bergaul dengan orang perempuan, same gender dengan aku. So bila dengan lelaki je aku terus stoned gila. Nak bercakap pun kekadang lidah nak kelu, taktau nak kata apa. So end up, aku lebih suka berdiam diri. Kekadang envy gak bila tengok kawan perempuan aku rileks je bila cakap. Takde nak gelabah mcm aku ni.
Aku start risau dengan masalah ni bila aku realize course yang aku ambik ni memerlukan komunikasi yang banyak. Well, I am a business student. So semua benda memerlukan komunikasi. Kekadang tu kalau aku dengan laki, which is my coursemate since I don't have any kawan lelaki yang rapat, diorang pun end up akan diam diri gak sebab tengok aku mcm awkward sangat bila cakap. Kawan perempuan aku pun notice, suruh aku beranikan diri. Aku dah pernah try beranikan diri, tapi aku terus jadi gelabah, apa aku cakap semua jadi gagap. Sampai diorang tegur, "Weh asal muka kau merah sangat ni." Punya teruk masalah aku ni, sampai merah muka. Hahahah masalah gila en.
Sebenarnya, masalah ni start dari secondary school. Aku ni tak pernah dilayan baik oleh laki laki ni. Selalu dapat layanan kasar, just because aku ni tak lawa, tak cantik mcm semua kawan aku. Kalau sekali dua takpa tau, tapi masalah ni berlarutan sampai aku habis form 5. So basically, aku memang takda sweet memory dlm secondary school. Not that aku gedik sangat nak attention lebih. Aku cuma nak berkawan je kot. Sampai sekarang la aku pendam, yang laki ni semua sama je. Nak pandang perempuan perfect, lawa tu semua. Tapi bila dah besar ni, statement 'laki semua sama' tu umum sangat. I mean, maybe masih ada lagi kot yang tak pandang semua tu.
And now, I'm 20 years old. The circle of people pun makin lama makin besar yang aku kena handle. Tolong sisters, brothers beri solution on how to solve kan masalah nak cakap dengan lelaki. Thank you.
– Nurul