Assalamualaikum. Nama aku Sophia. Terima kasih admin kalau post aku punya confession ni. Pada mulanya aku tak nak share tapi bila fikir balik ini sahaja tempat aku meluahkan. Aku harap ada kebaikan dan pengajaran. Maaf kalau confession ni panjang. Maaf kalau ayat aku tunggang langgang, sebab aku tak reti mengarang. Hehehe.
Aku kenal dengan seorang lelaki ni tahun lepas. Let’s call him (S). Orang utara. Aku kenal dia waktu aku sedang praktikal di syarikat di KL. Kami dapat nombor masing2 sebab supervisor tempat aku praktikal add aku dalam group whatsapp ni. Sebarang aktiviti company seperti event kami akan berbincang di dalam group ni dengan ahli2 yang lain. Kami jadi rapat sebab S suka menyakat dan usik aku. Aku pendek, dia tinggi sedikit. Dia gelap, aku putih. Kami suka ejek physical masing-masing. Hahaha. S pernah bertunang, tetapi putus. Let’s call her M.
To make it short, aku dan S jadi rapat sebab S suka whatsapp aku personally lepas aku habis praktikal. Pada mulanya aku layan nak tak nak. Lama-lama aku rasa enjoy sebab kenal dengan dia. Kami bercerita tentang diri masing-masing. Aku kenal dia, dia kenal aku. S ini dahulu seorang yang jahat senang cerita ciri-ciri sampah masyarakat tu ada dalam diri dia. Tetapi dia sempat berubah, alhamdulillah. Hari-hari S akan whatsapp aku. Kami berkawan lebih 6 bulan sebelum kami bercinta. Aku selesa berkawan dengan dia dan waktu kami bercinta pun tak lama, 3 bulan lebih sebelum S ambik keputusan muktamad tak nak ada apa-apa hubungan dengan aku dah.
Kami putus sebab S berlaku curang belakang aku. Curang dengan bekas tunangnya sendiri…. M… Waktu tu kami bergaduh sebab salah faham dan time tu jugak la S pulang ke kampungnya. Bila S pulang ke KL dan kami berjumpa dia cuma hanya minta maaf tentang salah faham haritu. Dia tipu aku bila aku tanya ada jumpa dengan bekas tunang dia ke tak. Dia jawab tak. Sepanjang kami bercinta, aku sentiasa maafkan kesalahan yang dia buat dekat aku. Aku sentiasa tegur dia pasal solat, buat baik dengan orang. Apa yang aku dapat? Dia tipu aku.
Sampai lah satu hari kami bergaduh teruk sebab tetiba S cakap dah tak nak ada apa-apa dah dengan aku. Aku whatsapp dia, aku push dia suruh cerita benda yang sebenar… dan dia cerita segalanya… S buat benda terkutuk belakang aku. Aku rasa dunia macam nak terbalik.. Aku menangis teruk sangat malam tu. Aku rasa tertipu, aku tak percaya dia sanggup buat aku macam ni. S nak lepaskan aku sebab dia tak sanggup nak sakitkan aku lagi. Dia tak sanggup tengok aku tertipu dah. Sepanjang dia hidup, dia kata aku perempuan paling baik dia pernah bercinta. (ni ayat standard ni hehehe). Dan kami putus :)
Lepas kami putus tu ada la beberapa konflik lagi antara aku dengan dia. Aku tak nak cerita dekat sini. Aku lega sebab dia jujur dengan aku walaupun benda yang aku tahu tu sakit sangat. Tapi lebih baik dari terus ditipu. Dia cerita segalanya apa yang berlaku dan aku faham keadaan dia. Setia macam mana pun aku dekat S dan walaupun aku selalu ada waktu susah senang dia.. Tapi jika S tak berlaku jujur, memang hubungan ini takkan kemana. Dan aku nampak memang putus jalan terakhir antara aku dengan S. Dia cuma mampu minta maaf dengan aku sampai 2 bulan lepas kami putus. Mungkin sebab aku berdiam diri dari dia. Aku maafkan sebab aku tahu setiap manusia itu layak untuk dimaafkan.
Alhamdulillah, Allah nak tunjuk hikmah aku putus dengan dia walaupun sekarang aku masih lagi berusaha nak move on. Satu-satu Allah tunjuk depan aku. Allah tarik aku bangun supaya aku tak jatuh lagi teruk. Aku tahu Allah nak aku perbaiki hubungan aku dengan Dia. Terlalu banyak hikmah aku dapat dari perkenalan aku dengan S dan aku bersyukur sangat sebab aku dengan dia cuma sekejap sahaja.
Bercinta tak semestinya memiliki. Untuk mereka yang baca confession, yang tengah bercinta, yang bertunang dan sebagainya semoga kalian sentiasa menjaga ikhtilat. Jika confession ini disiarkan, aku harap para pembaca boleh bagi kata-kata semangat dekat aku. Satu je aku mohon, semoga Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat dan berubah. Semoga Allah beri kebahagian kepada S. Itu doa aku hari-hari untuk dia. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah :)
Jumaat
11:36 p.m.
– Sophia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit