No One Saves Us But Ourselves

Bismillah,

Assalammualaikum semua, terima kasih kepada admin IIUM confession sekiranya cerita ini disiarkan. Baru-baru ni banyak confession tentang depression, anxiety, gangguan perasaan dan sewaktu denganya. Terpanggil aku untuk berkongsi juga tentang diri aku yang sedang berjuang dengan ‘Anxiety Disorder’.

Untuk yang tak tahu bagaimana seorang pesakit anxiety ni alami, antara simptom :

– Berderbar yang gila-gila debar
– Menggigil macam orang duduk dalam peti ais
– Ketakutan macam kejab lagi kau akan mati
– Rasa nak menangis
– Ada sesetengah mengalami pitam, tiba-tiba rasa gelap je dunia
– Ada yang mengalami sesak nafas macam tercekik batu dekat tekak.
– Ada yang sampai dengar bisikan ( yang ni dah tahap kronik )
– Rasa macam orang tak berguna
– Rasa lebih baik mati daripada hidup
– Berpeluh
– Kebas di tangan dan kaki

Aku. Asal dari keluarga miskin yang jahil agama, membesar dengan sepak terajang maki hamun itu makanan aku masa kecil, memang kurang kasih sayang kerana aku tidak punya mak dan ayah, aku membesar dengan nenek dan atukku. Aku membesar dengan ejekan dan pandangan sinis masyarakat, ( aku anak luar nikah ) kau bayangkan waktu aku kecil lebih kurang usia 10 tahun bermain di rumah jiran, mak cik tu sendiri cakap, kau tahu tak sapa bapak kau? aku berlalu dengan air mata, tanpa mengerti tapi hati masih rasa sesuatu.

kawan-kawan disekolah menengah tulis nama kau besar-besar dekat tandas setiap sekolah tu Nani kelas A ‘Anak luar nikah’. Kau bayangkan hidup aku penuh dengan tekanan. Nangis. tapi aku tetap ceria dan bersemangat seperti nani yang biasa. itulah aku, bak kata kawan aku, kau ni macam naruto, tak pernah mengalah dan putus asa. kau akan bangkit melawan. ya itu aku.

Aku dalam kategori hot juga zaman sekolah dan uni, menjadi perhatian lelaki dan aku aktif bersukan. aku memang banyak menjadi ketua dalam segala persatuan badan unifom. agak cemerlang dalam pelajaran, Ini juga merupakan punca orang dengki dan gunakan kekurangan aku (backgound) untuk jatuhkan aku. Tak kiralah dengan ejekan, sindiran atau mengadu domba. Aku tetap terus melangkah teruskan pelajaran sampailah aku kawen.

tapi akhirnya aku tewas setelah aku disahkan menghidapi Anxiety ni. Semuanya kerana sebuah perkahwinan. Hidup rumahtangga aku yang penuh campur tangan oleh mertua dan ipar, akhirnya suami aku yang baik pon terikot sama. Siapa lagi tempat aku nak meluah kalau suami kau pon dah teracun?

Mertua ku yang memang sejenis mulut leser, anak orang semua tak betul, anak dia saja malaikat, negeri orang semuanya jahat, negeri dia sahaja yang baik bagus warak. Makanan dia sahaja yang sedap berkhasiat dan bersih, orang lain masak semuanya masakan malas, tak ada cita rasa, tak bersih. Anak dia saja yang pandai jaga cucu dia, menantu perempuan dia sumanya tak pandai jaga cucu dia. Keluarga dia saja yang kaya, yang beragama yang berilmu, keluarga orang tidak. Dan blabla kalau aku cita 18 muka surat tak habis.

aku duduk dengan mertua yang 100% kau kene ikot standard dia, tak kira cara kau basuh baju, jemur kain, lipat baju, masak bahkan cara kau melayan suami pon dia ambil kira semuaaaaaaaaa. Sampai kau memang jadi hipokrit sebab tersepit antara mertua dan suami. Kenapa tak pindah? bukan tidak mahu, tapi rezeki kewangan yang belum mengizinkan.

Suami, sejenis yang tidak ambil peduli, dan buat seolah tiada apa-apa yang berlaku, nak mengadu? lebih baik kau cakap dengan pokok, aku rasa pokok lebih faham apa yang kau alami. Kalau aku cakap lebih aku akan bergaduh dgn dia,dan akhirnya diri kau yang sakit dipukul. Sejak dari tu, aku rasa sangat hilang arah, kadang-kadang rasa tak berguna, kadang rasa baik mati dari hidup. Bila anxiety ni datang menyerang, aku tak ada keyakinan nak berdepan dengan orang ramai. aku jadi menggigil. Berdebar teruk. Sometime, aku hilangkan diri, untuk control diri supaya orang tak perasan kenapa dengan aku. Sebab once, manusia tahu kau pengidap depression, anxiety dan sejenis semua penyakit mental, ramai yang akan gunakan kelemahan ini untuk buat kau lebih jatuh, itulah yang terjadi pada aku,

Cara aku mengubati diri :
Aku tidak mengambil apa-apa ubat anti-depress sebab doktor sendiri tidak menggalakan, Once kita dah bergantung dengan ubat, kita akan asyik bergantung. Itu yang doktor cakap. jadi apa yang aku buat. Bila aku diserang anxiety tu, aku akan dengar bacaan al-Quran, kalau boleh baca, baca sekali. Baca dengan bersungguh. Itu sahaja kaedah yang dapat tenangkan diri aku pada waktu tu.

Solat malam.

Ya, sejak aku dapat anxiety ni, aku banyak bangun malam solat hajat, tahajjud menangis dan mengadu pada Allah. pernah suatu ketika aku rasa tak ada manusia yang faham kita, yang rasai kesedihan kita. Ingatlah Allah sentiasa ada. Aku sangka baik pada Allah, asbab daripada semua ini adalah cara DIA memanggil aku untuk selalu mengadu dan berharap hanya pada Dia. Allah cemburu kita terlalu cintakan manusia, sedangkan hati manusia tu Allah yang pegang. Ya, sejak dari itu. aku rasa lebih tenang.

Teringat ceramah seorang ustaz, 2 sebab Allah beri kita masalah atau ujian.
1. Allah nak ampunkan dosa-dosa kita yang lepas.
2. Allah ingin tinggikan darjat kita.

Lakukan Hobi dan cari masa untuk diri sendiri :

Hobi aku banyak dan aku suka buat sukan lasak, tapi sebab aku ada anak ada tanggungjawab aku cari sesuatu yang lebih mudah untuk aku buat sambil boleh jaga anak, jadi aku join anak aku mengaler, aku main game, dan kadang-kadang aku keluar ke taman dgn ank. Selain daripada tu, aku akan busykan diri dengan kerja rumah. Aku akan buat kepala aku tidak memikirkan benda-benda yang boleh membuat aku sedih. itu usaha aku sendiri, so apa peranan anda?

Peranan masyarakat :

Jangan cepat menghukum orang macam kami ni mengada, orang macam kami ni mengada-adakan. Jangan cakap kami ikot emosi, jangan, sebab perkara tersebut belum diuji pada diri anda sendiri. Even aku sendiri rasa nak cabut hati aku, jantung aku untuk tidak rasa takot dan berdebar tu. Rasa dia sangat tak selesa. Tak keruan.

Apa yang anda perlu buat, sekiranya perkara tu berlaku depan anda, cubalah bagi semangat, bukan pandangan sinis, bukan menghukum. Bagi mereka ruang untuk bertenang. Cuba hadirkan sedikit simpati dan empati dalam diri tu, cuba fikir “kalaulah perkara ni nanti terjadi dekat adik aku ke, ank aku ke?” macam mana?

Jangan cepat mudah lebel orang gila, terikut-ikut emosi, sebab bila aku dah kena baru aku tahu seksanya menanggung semua ni.

Peranan Suami / Lelaki:

Jika yang belum berkahwin, pastikan anda sediakan sebuah rumah tak kiralah sewa atau beli ikot kemampuan, sebulan sebelum kawen jangan hanya fikir untuk hantaran pelamin baju dan tempat honeymoon, fikirkan tempat untuk anda bawa isteri anda berteduh dahulu. biarlah satu bilik pon. Jangan biarkan hubungan kamu dengan ibu, hubungan isteri dengan mertua retak kerana duduk sebumbung. mak aku cakap dulu ” menantu tetap menantu” ” Tetap orang luar dan bukan dari rahim dia”. tolong ambil berat bab ni.

Satu lagi, jadilah suami yang boleh menjadi kawan kepada isterimu. Perempuan bila dah berkahwin, kawan dia dah tak ada dalam hati dia, yang ada hanya suami ank dan tanggungjawab. Perkara macam ni banyak lelaki lepas pandang dan menyebabkan ramai isteri mengalami kemurungan melampau, sampai mengamuk, dan jadi marah-marah. Isteri perlu bekerja, isteri perlu jaga rumahtangga, penat isteri zaman sekarang berganda, tapi kami bukan penat fizikal, kalau suami support insyaAllah kami kaum isteri ni tidak akan sampai depress.

Mertua :

Isu mertua ni kalau nak kupas memang tak sudah, satu je jangan duduk serumah. Suami tolong ambil berat. Itu je.

Itu sahaja perkongsian daripada aku salah seorang pejuang ‘Anxiety Disorder’. Doakan aku kuat dan boleh kembali ceria macam biasa.

Untuk mereka yang sedang mengalami depresi dan anxiety, ini kata-kata semangat untuk anda bangun lawan dan kembali semangat !

” No one will help you?”

Then do it yourself !
Educate yourself !
Set your goals,
write your own plan,
hold yourself accountable,
Then help someone else.
———————————————
” No one saves us but ourselves,
No one can and no one may,
We ourselves must walk the path.
Believe in you !”

Bye.

NANI-

– Pejuang Anxiety

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit