Adik-Beradik Yang Suka Meminta-minta

Aku ada satu confession yang dah lama nak diluahkan.Tentang perangai adik beradik yang suka meminta minta tak bertempat.Ini bukan kisah rumah tangga tapi lebih kepada kisah attitude dan perangai kita,mungkin juga berkaitan dengan cara didikan kita dari kecil.Untuk dijadikan iktibar kepada aku sendiri dan pembaca diluar sana.
Aku baru berkahwin dan tinggal berhampiran rumah mentua di Selangor.Kami suami isteri bekerja swasta.Suami punya keluarga yang besar dengan 9 orang adik beradik,7 perempuan dan 2 lelaki.Kesemua sudah berkahwin,kebanyakan mereka suami isteri bekerja kerajaan,cuma ada 2 saja kakak ipar yg tak bekerja,mereka tinggal dengan mentua dan yg lain tinggal berhampiran rumah mentua.
Sebelum rasminya aku memasuki keluarga suamiku,aku dah terbiasa terlibat dengan aktiviti gathering adik beradik suami,antara aktiviti yg popular ialah pergi makan beramai ramai,atau pergi berkelah ditaman tema,pergi karaoke,tengok wayang dan macam macam lagi.Kononnya aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan adik beradik.
Cuma ada satu yang aku tidak berapa gemar dengan aktiviti ini,kerana semua nak pergi makan sedap,nak pergi jalan jalan dan tengok wayang,tapi masing masing kedekut untuk keluarkan duit.
Contoh kejadian,pernah sekali ada gathering pergi makan seafood,cuba anda bayangkan dengan jumlah 9 org adik beradik dan setiap keluarga punya 4-5 anak,berapa banyak belanja yg harus dikeluarkan.Aku kira mereka sudah sepakat untuk sama sama keluarkan duit,kira share la sorang sikit,lagi pun ank bini sendiri yang makan,tentulah sebagai suami kita yg bayar,takkan anak bini sendiri makan,kita nk suruh adik ipar yang bayarkan.
Kenyang masing masing makan,ada yg pergi merokok,dokong anak la,main main hp buat tak tau.Biasanya bila ada gathering,kakngah akan uruskn bayaran dan adik beradik lain bagi duit pada kakngah.Tapi kali ni bila kakngah nak buat bayaran,hanya suamiku dan adik bongsu lelaki yg hulur duit.Bila kakngah kata eh hulurlah duit,kan masing masing dah janji dan maklum,hulur sorang sikit macam yang kita dah setuju tu.
Jawapan yg diterima dari mereka amat mengejutkan aku.Yang tak bekerja menjawab,oh aku tak kerja la,mana ada duit,tunggu gaji suami baru boleh bayar balik.Si suami tersengih sengih tanpa rasa malu sambil merokok,sambil bercakap..alaaa makan sikit pun nak berkira ke.
KakNgah diam.Yang sorang menjawab nah RM50 je,tadi tak sempat pergi keluarkan duit,yang lain menjawab ko bayarlah dulu,kang kira semula kita bahagi,tak pun tunggu gaji baru bayar.Ada satu jawapan paling best dari kakak yg sulung,alaaa ko bayarlah,ko belum ada anak,tentu tak banyak belanja dan banyak duit boleh simpan,aku anak ramai,anak sekolah,banyak nak guna duit.Suami nya diam aje bila isterinya ckp macam tu,macam takde rasa malu dan tanggungjawab pada anak isteri sendiri.
Aku melihat muka KakNgah berubah.Wajah suami ku juga berubah.Wajah si bongsu juga berubah.Aku hanya melihat drama itu tanpa memberikan sebarang komen sebab masa tu aku belum jadi isteri suami ku lagi,jadi malas la nak komen tentang perangai adik beradik suami.

Sudahnya dgn bil yg berjumlah RM 900++ tu,si bongsu,suami ku ,kakngah dan tambahan RM 50 tu je yang bayar.Banyak juga la mereka bertiga terpaksa bayarkan atas sikap tak bertanggungjawab adik beradik mereka sendiri.

Itu antara contoh kejadian tak bertanggungjawab ipar ipar dan birasku.Setiap kali ada je aktiviti keluarga,sampai bahagian untuk keluarkan belanja atau duit,semua akan bagi skrip alasan yg sama.Pendek kata,mereka semua nak benda free je,tak mau bermodal.Modalnya cuma air liur aje.

Setelah berkahwin,aturcara gathering adik berdik masih berjalan seperti biasa.Tapi kali ini,aku banyak beri alasan untuk tidak turut serta untuk mengelakkan suamiku dipow oleh kakak kakaknya.Aku berterus terang pada suami,kalau nak turut serta dalam aktiviti keluarga,bayar untuk kami berdua aje,kata TIDAK pada permintaan kakak kakak dia dan jangan bayarkan apa apa.Suami pun nampak lebih tegas untuk kata TIDAK berbanding masa dia bujang dulu.
Suami ku sendiri maklum dengan perangai kakak kakaknya yang suka meminta minta sedangkan masing masing sudah bersuami.Bukan suami ku tak cakap NO,kakak kakak pun bukan tak tahu adik mereka tu gaji tak la seberapa,baru berkahwin dan banyak belanja lepas kahwin yang lagi utama dari aktiviti tak berfaedah yang cuma menguntungkan mereka(berfaedah pd mereka sbb semua belanja mintak kat suami aku).Tapi kakak kakak nya seolah tak mau faham.
Mungkin sebab dah terbiasa apa apa hal suruh suamiku yang bayar,sampai dia dah kahwin pun masih juga meminta minta suamiku bayarkan,aku tertanya tanya apa fungsi suami mereka( biras biras ku) . Adakah mereka fikir adik lelaki bertanggungjawab untuk memberi duit belanja makan kepada anak isteri mereka?.Apa pula fungsi mereka sebagai suami?
Apa pula yang ada difikiran kakak kakak iparku sehingga asyik terus terusan meminta adik lelaki mereka belanja.Mintak belanja bukan pada hal yang perlu,nak tengok wayang,nak pergi karaoke,nak pergi taman tema air( bawak anak masing masing) nak pergi cuba makan kat tempat baru yg tular di media sosial,pergi percutian keluarga,perlu ke? Kalau pergi sendiri bayar takpe juga.

Sekarang aku dan suami memang tak ikut serta dalam aktiviti keluarga.Kebetulan pula suami dapat kerja baru yang masa bekerja tak mengizinkan cuti sabtu ahad,jadi kami ada alasan untuk tidak turut serta.Kami juga dah berpindah jauh dari rumah mentua.Jadi alasan untuk tak turut serta lagi kukuh.

Kepada kakak kakak ipar ku,semoga kalian sedar yang perlakuan kalian menyusahkan suamiku.Masing masing sudah punya kerja yg bagus,suami dan anak anak,uruskanlah keluarga sendiri tanpa perlu meminta minta dari adik lelaki mu.Bukan menjadi tanggungjawab adik lelaki untuk menyara kakak kakak mereka yang bersuami.
Kepada biras birasku,kalian kerja gah,tapi kenapa mesti melepaskan tanggungjawab memberi nafkah pd anak isteri sendiri dan membebankn adik ipar( untuk pengetahuan,dulu bukan belanja gathering aje,belanja anak mereka dirumah mentua pun suami aku yg uruskan,contoh susu dan pampers anak habis,kirim kat suamiku suruh belikan,nanti gaji bayar balik,malangnya bila gaji suami minta duit susu dan pampers yg dia dahulukan, langsung tak dibayar,alasan gaji abis.Sebab kasihankan anak saudara,suami tolong tapi itu sebelum kahwin,selepas kahwin,suami dah tak layan permintaan abang abang ipar).Anak isteri sendiri adalah tanggungjawab suami.
Kepada suamiku,terima kasih kerana telah menjadi seorang yaang tegas dan mengutamakan anak isteri disamping taklupa tanggungjawab sebagai anak.Kita boleh bantu adik beradik jika perlu dalam hal yang berfaedah,bukan untuk menanggung biawak hidup.
Untuk semua yang ada adik beradik,jangan bebankan mereka dengan meminta minta yang tak perlu,sesekali bila berkelebihan tidak salah kita membantu adik beradik yang kekurangan,tapi bukan dengan asyik meminta minta hingga menyusahkan.Setiap dari kita punya masalah masing masing tak kira la dari segi apa pun,kalau tak termampu selesaikan seorang,mungkin boleh minta pertolongan adik beradik,tapi jangan memaksa,kerana mereka juga ada tanggungjawab masing masing yang perlu diutamakan.
Akhir sekali untuk kak ngah,kalau kakngah rasa dengan memberi muka kepada adik adik dan merelakan diri dipijak pijak oleh perangai adik beradik sendiri yang tak de rasa tanggungjawab itu membahagiakan kakngah,silakan teruskan dengan sikap baik hati kakngah yang tak bertempat tu.Saya tak de hak untuk menegur,kakngah lagi banyak makan garam dari saya dan semestinya kakngah akan bela perangai buruk adik adik kakngah sebab itu adik beradik kakngah,tapi jangan pula lepas ni merungut rungut dibelakang ( macam yg selalu saya dengar selama ni).
Semoga kita jadi adik beradik yang bertimbangrasa,membantu bila perlu dan tak menyusahkan adik beradik kita dengan kerenah kita yang tak matang.Keakraban adik beradik bukan terletak pada kerapnya aktiviti yg dilakukan,tapi lebih kepada sikap tolak ansur dan bertanggungjawab,saling mendoakan,jauh bukan alasan..
. Moga mana yang baik jadi ingatan dan yg buruk itu semua kita jadikan pengajaran

– Siti Muslihat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit