Aku nak cerita pasal aku dan keluarga aku. Keluarga aku tak berada, alhamdulillah, tak juga hidup melarat. Kami hidup ala kadar saja. orang kata cukup makan lah. alhamdulillah hasil mak pak aku aku kerja keras zaman depa muda dulu la kot noh. Mak pak aku tak berpendidikan tinggi pun, cuma takat spm/stpm (ikut zaman depa la). Dan keluarga kami adalah traditional dan conventional family. Ramai adik beradik, keluarga close close bagai nak rak gitu, semua benda boleh kongsi (cerita, gosip, pakaian, makanan, masalah etc). Tapi bukan aku.
Aku pun tak pasti apa masalah aku. Dari kecik sampai ke besar, aku macam the odd card in the family. Paling tak physically appealing. Paling emotionally tak stabil. Anak yang tak reti bersosial, tak reti berkawan, tak reti bergaul dengan org, etc. Anak yang paling banyak buat mak pak mengeluh kecewa/fed up. Membesar sebagai anak yang paling bangang pun aku lah. Sebab aku anak yang paling odd, mak pak aku terpaksa keep me close with them all the time masa aku membesar. So kalau aku buat hal, at least depa ada dekat untuk control the situation. aku tak rapat dengan adik beradik aku yang lain, aku tak rapat dengan sepupu sepapat atau saudara mara. Orang pelik macam aku, mana la orang nak dekat. Another point penting dekat sini adalah, parents aku besarkan aku dengan anggapan aku adalah anak yang terlebih nakal, degil, tak dengar cakap, etc. They didn’t try to address my emotional growth problem by consulting any professional. each time aku buat hal, pak aku akan marah, rotan atau tampar aku – paling cibai dan menghiris emosi adalah bila kena tampar depan orang; atau mak akan tarik aku duduk atas tikar sejadah dengan dia dan dia baca la ayat ayat quran atau selawat nak kasi aku cool down.
Dari aku kecik aku dah acknowledge hakikat yang aku ni pelik dan aku banyak memalukan mak pak aku. So aku membesar dengan mindset yang aku ni adalah masalah atau suatu kesusahan bagi orang sekeliling aku. Early teanage-hood aku sangat obedient dan penuh dengan kepura-puraan, aku tak mengomel, aku buat je apa apa kerja mak pak aku suruh. Aku tak pernah berkongsi apa yang aku rasa dengan siblings aku sekalipun. Aku cuba jadi orang yang boleh senangkan hati semua orang. Yang buat lawak bodoh tahap memalukan diri sendiri pun, aku lah. Mak aku terlalu suka jaga air muka depan orang,family, jiran etc. “Jangan buat malu mama dan abah.” “Jangan buat macam tu, nanti apa orang kata.” “Jangan jadi saham yang menarik mama & abah ke neraka.” So, masa awal teenage-hood aku, aku rasa aku perlu oblige dan cuba jadi anak yang yang mak pak aku takkan rasa malu untuk bagitau orang. Well, to tell the truth, there’s nothing about me yang mak pak aku rasa worth to be proud or worth mentioning about. So aku memang anak yang fail pada mata diorang. Diorang hanya perlu aku bila perlu bantuan fizikal. Ye la, sebab monetarily mana aku mampu-sekarang duit, dulu result exam la. Apatah lagi nak bagi depa rasa sense of proudness dengan pencapaian aku. Aku suppress kesedihan aku, aku sorok dalam dalam pedih dalam hati.. “conceal, don’t feel it” kata Elsa, Frozen. Tapi tak tahan lama beb.
Masa mid hich-school, aku menuju klimaks untuk meletup. Mak pak aku masa tu (hingga sekarang) masih stay dengan impression diorang bahawasanya aku ni anak nakal dan mengada-ngada je nak sedih/merajul tak tentu hala. Diorang percaya, dengan selawat tiga kali, semua masalah selesai, gituuu.. Doktor mula prescribe anti-depressant kat aku. Semua ni 10 tahun dulu. ermm aku pun tak reti nak describe tang ni. Tapi yang pasti, masa ni la aku slow slow decide tak ada guna ambik port apa kata orang sekeliling aku. Aku acknowledge: Ya, aku lain dari yang lain, dan aku decide aku nak buat hal sendiri, cara aku, tanpa perlu jaga air muka sapa sapa. lantak la orang lain nak kata apa. Bila ada komuniti-komuniti bawang cakap apa-apa, aku senyum dan angkat kaki, blah. Asal aku tak guna DUIT mak pak aku, aku tak bagi masalah dekat sesiapa, semua boleh jalan! Aku janji dekat diri sendiri, aku tak nak, tak kan mintak duit dari mak pak aku untuk buat apa yang aku nak.
Sekarang aku stay jauh dari mak pak aku. diorang pun ingat tak ingat je aku ni anak diorang. mak aku cakap, dia nampak aku muncul dalam chat box family jarang-jarang tu maksudnya aku okay la tu. Takde masalah. See! Tak pernah diorang tanya khabar aku secara personal atau dalam chatbox tu. Ye la, aku anak yang takde apa-apa. Tak kawin, tak bagi cucu, tak kaya, tak pandai..
Aku stay jauh sebab memang aku nak cipta jarak dari diorang dan berdikari. Biarla aku bawa diri. Aku takde la marah berapi-api pun dekat diorang. Yang lepas, lepas la. Pada aku, parents aku cuma ignorant dalam bab membesarkan anak yang berlainan keupayaan macam aku ni. So aku maafkan je la. Dan aku hormat diorang seadanya dan selayaknya. Tapi tak bermakna aku akan biar emosi aku koyak sekali lagi.
Adik-beradik aku ada gak yang tanya, bila aku nak balik. Diorang nak aku balik pun sebab nak cukup ahli dalam gambar family je. Ye la, malu la kalau orang sedar ada ahli keluarga tak cukup. Kang orang dapat hidu yang keluarga kami pincang sebenarnya. Yang indah tu permukaan je. Aku bersyukur sebab ada jugak at least seorang antara adib beradik aku yang faham masalah aku. walaupun kakak aku tak tahu keseluruhan masalah aku, at least dia acknowldge hakikat yang aku perlu ruang aku sendiri. Sampai masa, aku kembali lah. Aku derhaka ke? ermm.. terserah lah pada interpretasi masing masing.
Pada aku, cukup la aku dapat hidup buat benda yang aku passionate, sementara tunggu mati.
p/s: jangan buat anak atau beranak pinak banyak banyak kalau kau tak mampu jadi ibu bapa yang baik. Ilmu keibu-bapaan tu penting. Adik-adik, abang abang, dan kakak kakak sekalian, jangan dok ingat parenting hanya lah sekadar untuk untuk penuhkan insta/wall fb dengan selfie with a cute creature. Pastu netizen komen, “comelnya anak you”. Buat anak banyak banyak sebab acah acah nak ramaikan umat nabi muhammad. Tolong ingat, that cute creature yang kau bawak ke dunia tu adalah manusia, dia ada soul, ada emosi, ada kesedaran dan diorang akan membesar.. Dia tak akan stay kecik, cute and stay still, tak banyak fi’il macam masa berumur setahun/dua selamanya. Kalau kau tak yakin boleh jadi parents yang baik dan bertanggungjawab terhadap diorang, jangan beranak. Tolong jangan buat kesalahan dengan bawa manusia ke dunia ni kalau kau tak mampu bagi keperluan fizikal dan emosi dekat dia. Kesian dekat budak tu nanti. Tolong jangan ramaikan manusia yang terpaksa lalui siksaan emosi macam apa yang aku kena lalui, hanya sebab parents ignorant. Sakit dan siksa tu tak terluah. Have mercy lah.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit