Rezeki Memberi Orang Makan

Assalamualaikun w.b.t
Harap admin dapat approve confession ni . Aku hamba Allah lelaki iaitu seorang pelajar kolej matrikulasi utara tanah air. Sebagaimana tajuk , itulah cerita yang ingin aku sampaikan

Ketika aku first masuk kolej ni , aku punya tekad iaitu ingin berubah dan banggakan mak ayah melalui pencapaian dunia dan akhirat . Tetapi , aku ada masalah iaitu kurang faham apa yang dipelajari dan seorang yang malas . As I expected , kuiz2 yang aku jawab semua rendah , xde la rendah sgt , around 30% average(rendah la tu) haha .
Aku tanya mak aku bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang . Mak aku cakap , ‘mak tak nak pun anak mak cemerlang di dunia semata mata , mak anak mak ni cemerlang di dunia dan di akhirat . Duppppp. Aku tersentap . Selama aku berada di kolej ni aku jarang bagi sedekah walaupun selalu jugak pergi masjid .
Satu hari terdetik dalam diri aku untuk bersedekah . Dalam waktu tu jugak , masjid di kolej aku selalu buat iftar pada hari isnin dan khamis . Pada mulanya , aku bagi rm 3 kepada masjid utk iftar walaupun aku tak puasa pada hari tersebut . 3 hari berlalu , aku kesempitan wang . Dalam dompet hanya ada seringgit . Aku buntu . Elaun pulak belum masuk . Aku terpaksa juga tempuhi hari itu hanya dengan seringgit pada mulanya .
Untuk sarapan , aku selalu ke bakery untuk beli sarapan . Dengan berbekalkan seringgit , aku pergi ke bakery untuk mencari makanan . Masa aku amik makanan , tiba2 lecturer datang kepada aku dan ambil makanan yang aku pilih ubtuk beliau bayar . Dalam hati aku , ya Allah Alhamdulillah atas kurniaanmu ini . Tengah hari pulak , member aku yg tak pernah belanja aku tiba2 belanja aku waktu tengah hari . Terkejut aku tiba2 dia nak belanja haha . Dia cakap rezeki kena kongsi . Malam tu pula , masjid pulak yang sediakan pisang . Diletakkan di atas meja pisang tu , aku sempat ambil 3 . Aku tak tahu bagaimana aku nak berterima kasih kat Allah .
Semenjak hari itu. , setiap kali ada iftar , aku akan sedekah rm 50 kepada mereka yang puasa . Setiap kali aku sedekah , ada je rezeki yang datang tanpa diundang .
Pernah sekali , aku balik ke rumah , tiba2 keinginan untuk shopping tapi duit takde . Tiba2 , dengan tak semena menanya , mak cik2 aku bagi duit kat aku . Sorang bagi bukannya sikit . 100 ringgit sorang . Bayangkan , mak cik aku yang bagi tu 5 orang . Rm 500 bhai aku dapat . Dan duit tu aku shopping tapi yang aku peliknya , duit tu tak habis walaupun aku beli baju branded (h&m , uniqlo) serta lifestyle shoes (byak lagi barang aku beli) . Tergelak aku dalam kereta duit tu tak habis . Dan duit lebih tu aku belanja family aku makan kfc .
Baru2 ni , duit aku habiss . Tiba2 ayah aku masukkan rm 200 . Sehari lepas tu kakak aku pulak yang masukkan 200 . Aku bersyukur kepada Allah sbb Allah bagi rezeki sebanyak ni untuk aku .
Kesimpulannya , jgan risau jika kita tiada duit lepas kita sedekah , sbb Allah ad yang terbaik untuk kita . Tak percaya , cuba rajinkan sedekah . Allah akan bagi semewah mewahnya kepada kita . Maafkan jika confession aku tak menarik .

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit