I guess semua orang yg tengah membaca ni mesti pernah menghadapi masalah kawan2,right?
Masalah aku ni, bagi aku buat masa sekarang sangat berat. yelah umur masih remaja baru nak meningkat dewasa..
straight to the point.. aku ada seorang kawan( aku panggil dia A).. dekat sekolah dia lah yg paling rapat dengan aku(sekarang entahlah)
cerita dia macam ni dulu aku ada ramai kawan tapi taklah ramai sangat macam geng2 macam tu( aku, A,B,C,ketua,D).. lepas tu aku gaduh ngan sorang ni (B) (taklah gaduh sgt aku cuma tak berckp tak layan).. terus tak bercakap.. B ni mula mengadu dengan “ketua” lepas tu dia serang aku dkt chat mcm2lah dia ckp, aku ni bukan nya suka gaduh2 so aku sekadar jwp “ok yer” shja. dlm chat tu B ckp aku & A bukan kawan dia lagi kitorang pun pindah tempat dduk..
hari2 berlalu dengan ok.. sampailah satu hari ttba A berckp dgn B aku pun terkilanlah sebab aku tak tahu.. sebelum ni A selalu ckp dekat aku dia memang tak suka B ni esok2nya pula tgk berckp sambil gelak2..korang rasa apa perasaan korang bila jadi mcm ni? tak ke rasa mcm bodoh?
lepas tu ada sesuatu terjadi dekat A ni.. “ketua” punya boyfriend ada lah mcm mengurat A ni.. so dia pun bagitau aku dgn sorang lagi kawan iaitu C .. tpi tak sangka pulak si C ni bagitau dekat “ketua”. marahlah si ketua dekat A, ckp dia perampaslah.. A pun dipulaukan sama mcm aku(aku memang sudah dibenci oleh “ketua & B, cuma dgn C&D jer masih berhubung)
lepas kejadian ni aku & A cuma masih berkawan dgn D.. bebalik kepada cerita si A ni pun meluahkan perasaan dekat aku. aku pun pahamlah ,kawan kan? (time dia ttba brckp&gelak2 dgn B dulu aku diam jer walau sakit hati.. so hubungan kitorang masih sangat baik)
si A ni punyalah marah dekat C & “ketua” sebab tuduh dia mcm tu.. paling aku igt yg dia ckp “AKU MENYESAL KAWAN DENGAN DIORANG, AKU RASA SUSAH NAK PERCAYA ORANG LAGI” aku memahami lah,, lepas tu kitorang tinggal berdua jelah macam biasa
A pun takda ckp dgn B sebab B tu dah mcm orang kanan ketua… kami tak berckp langsung(kecuali D) sampailah si A ni ttba ckp dengan C aku pun rasa diperbodohkan sekali lagi ..yelah sebab aku tak tahu.. aku pun mula rasa ragu2 dgn A(dahla aku luahkan semua rahsia aku dekat dia).. dekat dpn aku ckp MENYESAL kawan dgn C lah, apalah mcm,, tuptup dekat blkg bergelak ketawa sakan..aku biarkan aje
masuk form 5 (aku pendekkan)
sekali lagi aku rasa diperbodohkan yg ni aku betul2 sakit hati tapi aku pendam hari2 aku balik rumah nangis sorang diri dlm bilik..
mula2 tu takda apa2.. suatu hari aku dengar A ckp dgn B aku pun pelik KENAPA?? kata benci ni.. haih.. (kalau yer pun berbaik kenapa aku tak tau kenapa tak bagitau aku? aku ada hak sebagai kwn rapat dia (itupun kalau dia anggap aku ni kawan rapat dia T_T)
lepas tu esok lusa aku gila terkejut time rehat A bertegur sapa dengan ketua & B mcm takda apa2 aku rasa mcm selama ni diorang buat plan pura2 gaduh untuk memperbodohkan aku(aku rasa jelah).. sekarang time rehat aku bolh dikatakan jarang dengan A.. A tau aku tak suka “ketua” & B tapi kenapa dia buat mcm tu kat aku?? kenapa?? lepas tu dia boleh pula ckp dgn aku mcm dia takda slh.. aku pernah buat2 merajuk mendiamkan diri tapi dia tak connect pun ..aku sedih.. kitorang kawan lama kot.. bercerita rahsia sesama sendiri dia tau aku tak suka ketua& B dan aku tau dia pun tak suka diorang tapi kenapa dia ttba mcm ni..
mungkin kah aku salah? sekarang aku memang tak boleh percaya orang termasuk A. aku tak tau apa yg patut aku buat.. aku taknak bagitau pasal hal ni dekat A sebab aku takut I will lose her. aku sayang sangat dekat A aku anggap dia macm adik aku.. apa yg aku patut buat???? T_T
– Broken Seriously
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit