A Battle with My Demons

Hi, It’s me Eqa.

Sekeping gambar menunjukkan wajah yang tersenyum tak dapat huraikan seribu satu hikayat yang terpendam, ewah!

Apa yang akan aku cerita, bukan bertujuan untuk membuka aib, tapi aku nak orang lain sedar bahawa tekanan perasaan itu benar dan kecelaruan mental itu wujud. Di akhir cerita, akan aku kongsikan ikhtiar dan usaha untuk aku pulih.

Jika ada antara kalian atau orang tersayang alami seperti aku lalui, segeralah dapatkan nasihat ahli profesional kesihatan, lakukan ikhtiar untuk membantu & dibantu kerana gejala ini boleh membawa kesan buruk sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa rawatan.

Oh ya. Kalau ada yang alami lebih hebat daripada apa aku lalui, you are most welcome to share it with others!

——————————–
TRAUMA (2005 – 2018)
———————————

Sila mainkan lagu Trauma (Elite) dan Pahit akan manis akhirnya (Ukays) jadi background tau.

Bermula dari aku remaja, keluarga bahagia yang ada berubah tak seperti yang diimpikan. Mak cik-mak cik yang datang serang rumah pukul 2-3 pagi dan pihak lain yang terlibat, I know what you did last time tau.

Mak pukul aku siap ungkit pasal aku keluar dari boarding school. Mak marah adik-adik pasal perkara remeh. Mak paksa buat itu ini yang pada kami tak masuk akal. Mak menagis bila dengar takbir. Adik menagis sensorang dalam bilik. Banyak lagi.

Aku tau mak perlukan seseorang. Aku tau mak marah,pukul sebab dia tertekan jadi aku biarkan sebab aku tak mampu nak tolong. Jadi pendengar tempat mak luah masalah pun aku tak mampu. Nak pertahankan adik-adik pun aku tak mampu sedangkan aku anak sulung.

Nasihat buat para isteri atau ibu yang menghadapi pelbagai tekanan, ambillah masa untuk pulihkan diri. Sedangkan bayi dalam kandungan pun boleh terkesan kalau ibu stress, ini kan pula anak-anak yang sedang membesar.Ingat “Happy Wife Happy Life”.

Kemudian bila meningkat dewasa, komitment bertambah, peer presure, macam-macam impian nak dicapai, pelbagai keinginan nak dipenuhi, aku diuji lagi dengan masalah kewangan. Bukan sedikit jumlahnya. Boleh refer post aku pasal “Jangan terlalu percayakan kawan” #kitaOK.

Serta beberapa episod kehilangan yang tersayang yang selama ini aku jadikan tempat berpaut.Aku turut disajikan dengan drama penceraian yang buat aku takut akan sebuah ikatan suci. Orang lain yang nak bercerai, aku yang overthinking.

Semua masih diingatan tapi aku pilih untuk tak paksa otak aku untuk flashback. ENOUGH!

—————-
BEHAVIOR
—————-

Orang kata, kalau ada masalah luahkan. Itu yang aku buat ketika remaja. Bercerita kepada rakan dan tenaga pendidik yang etika sebenar adalah merahsiakan segala perbualan. Tau apa jadi? Cerita tersebar bukan sekelompok tapi satu kawasan.

Sejak tu aku pendam setiap apa yang aku rasa.

Kesannya, tiap kali ada perkara yang triggered, dan aku tak dapat selesaikan, aku akan rasa kesakitan dalam badan. Tak nampak dan tak dapat disentuh. Untuk hilangkan rasa sakit tu, aku akan ambil hanger, kemudian aku libas di anggota badan paling mudah, di betis.

Aku kadang sengaja biarkan kuku aku panjang,bila rasa sakit itu muncul, aku akan berpeluk tubuh dan cengkam badan sekuat hati dan cakar. Dan ada beberapa lagi cara lain aku buat untuk keluarkan kesakitan tu.

Aku panas baran, sentiasa curiga, dan harapkan orang lain untuk bahagiakan aku. Kadang aku rasa aku bengis, ego, tapi dalam sekelip mata boleh berubah merayu tanpa rasa malu. Mood aku dari happy boleh jadi sedih dalam sekelip mata .Semua perkara nak buat tengok mood.

Aku realise keadaan aku makin teruk. Aku kerja part time untuk penuhi masa lapang, untuk distract diri aku dari rasa sedih berpanjangan namun tak mampu. Aku boleh menagis secara tiba-tiba waktu kerja.Pabila malam aku sendirian, ada perkara triggered, aku akan jerit dan mula baling barang.

Setiap kali aku sukar bernafas aku fikir aku lelah.Sehingga lah ketika serangan tersebut berlaku lagi ketika aku on the phone dengan sorang kawan, dia tegur aku diserang panic attack. Waktu tu aku mula sedar keadaan aku berbeza. Sebab kalau aku lelah, samada keadaan sejuk atau aku makan makanan yang aku allergy, tapi haritu aku clean.

Aku jugak perasaan ketika bercakap, akan ada perkataan yang tunggang-langgang dan celaru (slurred speech). Sekali dua terjadi, aku anggap aku cakap terlalu laju, tapi lama-lama aku perasaan ada something yang tak betul.Aku jadi terlampau berfikir. Aku tau aku stress bila mula rasa leher aku tegang.

Aku turut alami kesukaran untuk tidur. Selama beberapa bulan, pukul 3 pagi baru aku boleh tidur dan terpaksa bagun semula pukul 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Berbulan lamanya aku hidup macam zombie. Nak bagun tido pun malas tau.

Dan, kemuncak apa yang aku alami, setiap pagi aku memandu ke tempat kerja, akan ada satu lintasan dalam otak untuk memandu laju-laju sehingga menyebabkan kematian dengan kata lain niat untuk bunuh diri sebab aku rasa mmg aku dah tak larat sgt nak hidup. Aku penat nak tanggung segala persoalan yang tiada jawapan dalam otak aku ni.
.
.
.
Mungkin ada tingkah laku aku yang buruk tak tersenarai. Aku tak nampak apa aku buat sampai tahap ada yang gelarkan aku “malaikat”, aku nampak keburukan orang tapi bukan keburukan diri sendiri dan sentiasa merasakan aku baik & sempurna dari segala aspek.

————————-
R&R (2018 – 2019)
————————–

First, thanks to Allah s.w.t sebab Dia bagi aku ujian ni & Dia bagi juga tempoh masa untuk rehat & rawat diri aku. Tekanan perasaan dan kecelaruan mental ni, boleh di ubati walaupun tak mudah.

Aku tak buat official diagnoses tentang apa yang aku lalui, tiada clinical approve sebab tu aku tak guna medical term. Jujurnya, aku tak tau apa yang aku alami ni satu penyakit sebab bagi aku , apa yang aku lalui that’s part of me, memang perangai aku teruk macam tu sejak azali.

“Pakar pisikiatri kat US bagi saya satu pengajaran: diagnosis yang rasmi bukanlah yang paling penting. Apa yang penting adalah kamu mendapat rawatan yang sesuai, tak kisahlah apa.” – Tiara, dipetik dari Gila, m/s 73

Apa ikhtiar & usaha aku? I’ll be sharing on my next post.

Stay tuned!! Share this to inspire others. #KitaFighters #mentaldisorder

– Cik Eqa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *