A Letter To Spiritless

Hai semua readers sekalian.. Aku Lily, lagi beberapa tahun aku akan masuk 3 series. Confession aku buat ni tiada kaitan pun dengan dunia ghaib ke ape. Hehe..

Sebenarnya just a reply to Spiritless a.k.a Anne (bukan nama sebenar) dalam confession pasal gigi palsu tu. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/nikmat-yang-ditarik/). Lama dah aku buat confession tapi baru sempat nak submit, sibuk kerja oii.

Untuk pengetahuan semua, aku pun sebenarnya pemakai gigi palsu jugak. Sebatang, gigi kapak (ni yang family aku panggil sebab besar kan dia punya struktur.. huhu). Biasa orang panggil gigi depan atau gigi Arnab (macam gigi kartun Bugs Bunny).

Asalnya ada satu insiden jadi yang menyebabkan aku kehilangan aset bernilai di badan aku ni. 2 gigi depan aku sebenarnya pernah ditampal semasa darjah 6. Then, masa form 3 tampalan gigi depan belah kanan tu tercabut. Naik form 4, insiden tu terjadi dan gigi aku patah separuh.

Doc cakap tak dapat diselamatkan dah dan last choice untuk cabut. 2 minggu lebih makan masa sebelum gigi palsu aku siap dan sepanjang tempoh tu la aku ke sekolah dengan hanya menutup mulut pakai handkerchief. Nak minum air ke makan ke waktu rehat memang cover habis la.

Masa mula-mula pakai memang janggal tapi bila dah lama-lama rasa biasa je. Adik beradik aku yang tahu pun memula tu adik aku, mak ayah dan abang sorang je sebab masa insiden tu jadi dia orang ada. Penyebab insiden tu pulak adik aku. Dah 2, 3 tahun aku pakai baru adik beradik aku yang lain perasan.

Dia orang takde la nak heboh-hebohkan ke ape tapi bila mana aku makan sesuatu yang keras sikit je macam buah epal, mesti dia orang akan ingatkan aku untuk hati-hati menggigit. Tapi dalam nada yang macam mengejek sikit la, ada masa bergurau pun dengan nada ejek jugak. Aku buat tak tahu sangat pun, malas ambik port.

Confident okay je memula tu. Cuma sekarang dia macam dah longgar sikit sebab gusi mengecut. Memang obvious sikit la kalau perati lama-lama and sengih sampai nampak gusi. Aku ingat nak buat implan je tapi mahal. Nak buat baru tak berkesempatan lagi sebab sibuk kerja.

Mungkin korang yang tak pakai boleh cakap benda ni pun takkan la nak stress dan depression semua kan. Tapi bagi kami yang pakai ni memang boleh buat stress sebab confident level kau memang dah low. Kena pulak kalau kau jenis rupa yang biasa-biasa atau tak lawa (muka berjerawat, kulit gelap etc).

Confident level aku kadang ada masa low gila. Kadang nak senyum atau gelak kuat-kuat pun aku jadi segan, keadaan ni akan buat muka aku nampak pelik bila sengih nampak gigi dan serius bila bergambar akan nampak lagi tak cantik.

Tapi aku sentiasa keep positive dan akan teringat pesan adik aku, “kalau kita tak terima diri kita sendiri, siapa lagi akan terima. Syukur atas apa yang kau ada”. Dengan berpegang kata-kata ni aku terima baik buruknya diri aku untuk aku sentiasa positif supaya hidup aku tak stress dan depress.

Untuk pengetahuan korang jugak, adik aku pun sama keadaan dah dengan aku sekarang. So, aku ada geng! Haha.. Gigi dia tercabut tampalan dah lama. Then, raya hari tu dia gigit benda keras pakai gigi depan dia. Unfortunately gigi dia retak separuh.

Refer dentist, Doc suruh dia cabut. Lepas je Raya dia kena masuk balik ke kolej dia dengan gigi depan yang rongak tu. But then bila aku tanya dia, “tak malu ke bila bercakap atau ketawa dengan kawan-kawan, ada tak dia orang ejek?”,

Then dia jawab, “tak, kawan-kawan semua sporting. Bila kali pertama dia orang nampak memang dia orang gelak tapi aku pun gelak la sekali. Takde pun dia orang nak ejek aku”. Confident gila kan jawapan dia. Huhu..

That’s all for now. Maaf atas penggunaan bahasa rojak dan confession yang panjang. Jumpa lagi di lain confession. Satu nak pesan, “You’re beautiful just the way you are”. Chau!

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *