A Life With Tabligh Father

Saya membesar dengan seorang ayah yang masuk jemaah Tabligh masa berumur 8 tahun.

Masa awal-awal saya tak kisah sangat, sebab saya masih muda, tak tahu apa yang berubah sangat. Tapi bila saya berumur 13 tahun, ayah saya dah mula menampakkan diri Tabligh nya.

Saya disuruh masuk program Hafiz Muda di sebuah sekolah agama walaupun saya tak lepas peperiksaan untuk masuk. Sampai datang sekolah untuk buat rayuan supaya saya diterima.

Saya tahu memang benda baik untuk hafal Qur’an. Tapi memang tak ada dalam jiwa saya untuk sertai jemaah Tabligh dan duduk beramai-ramai dengar taklim dan baca kitab. Saya tak membesar dalam persekitaran macam tu.

3 tahun saya menghafal, tapi saya mula rasa rimas dengan ayah saya yang selalu tanya tentang progress hafalan, sampai tahap saya dah jarang telefon ibu dan ayah saya.

Alhamdulillah, seorang cikgu sedar yang saya tak gembira dengan hidup saya. Dia berikan nasihat, yang saya tak boleh memenuhi permintaan orang kalau kita sendiri tak nak buat perkara tu. Kalau tak ikhlas buat kerja, sia-sia je buat.

Masa tingkatan 4, saya berpindah ke SBP. Saya sedar saya salah, dan berdosa sebab meninggalkan hafalan, tapi saya memang dah tak mampu.

Sepanjang saya duduk asrama, ayah saya semakin berfikiran konservatif. Layan ibu saya macam bibik, sedangkan ibu saya yang berkerja di pejabat setiap hari, dan dia cuma bekerja di rumah. Itu pun sekadar dua tiga jam sebelum tidur berdengkur. Makan minum kena jaga, sedangkan diri sendiri boleh buat.

Ya, saya tahu juga tanggungjawab seorang isteri untuk jaga makan minum suami. Tapi ayah saya sendiri pernah masak untuk ibu saya waktu saya kecik, waktu dia bukan Tabligh. Maka saya jadi bias dan mula menyalahkan Tabligh.

Selepas habis SPM, saya dipaksa sekali lagi sambung menghafal. Ayah bawa saya ke pusat pengajian Tahfiz tanpa memberitahu saya sebab dia tahu saya takkan nak, dan saya memang dah hilang sabar.

Alhamdulillah, pusat tu sendiri beritahu yang mereka tak boleh terima saya sebab saya dah 18 tahun dah susah untuk menyambung pengajian. (Bersyukur betul waktu tu)

Tak lama lepas tu, saya berperang dengan ayah saya. Saya naik berang, cakap dengan ayah saya yang dia sepatutnya layan ibu saya dengan lebih baik. Balik dari office je kena picit dia lah, urut dia lah. Penat lelah ibu saya pernah ke dia ingat?

Tapi saya dimaki hamun balik. Dia cakap yang dia tak sangka anak dia sendiri boleh nasihat bapa dia sendiri, dan saya memang mengamuk masa tu.

Bila saya bagitahu dia yang saya memang dah tak ada niat nak sambung menghafal dan saya takkan jadi anak perempuan yang dia impikan (Hafizah, pakai niqab dan jubah ke mana sahaja), saya lega. Saya lega sebab perasaan dah tak terkubur dalam diri saya je.

Saya tahu ada yang akan gelar saya anak derhaka. Tak sedar diri betapa besar dosa bergaduh dengan bapa kandung sendiri.

Tapi point saya di sini ialah sekiranya anda ingin berkahwin dengan jemaah Tabligh, pastikan dulu yang fikirannya tak konservatif. Melainkan awak memang seorang yang suka melayan karenah suami dan tak kisah dicerca dan dihina hanya kerana suami ketua keluarga.

– Not the Best Daughter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit