Abah Dilanjut Usia

Hi semua. Aku Kak long. Umur 37. Cuma ingin berkongsi cerita menjaga abah sambil mengambil iktibar dalam kehidupan. Maaf kalau tulisan ni sedikit panjang.

Abahku orang agama. Semasa muda Abah mengajar kelas agama & quran pada anak2 kampung. Ketika kecil semua orang takut dek kegarangan abah dalam mengajar subjek tersebut. Abah garang. Jarang sekali bersenda gurau dengan anak-anak.

Abah juga kedekut, namun begitu kami bersyukur dibesarkan cukup lengkap dengan ilmu walau tidak sempurna material. Mujur ibuku bekerja Gomen. Walau berpangkat rendah dapatlah memberikan aku adik beradik duit belanja hingga universiti.

Abah? dia juga bagi duit, tapi bila ambik aku balik asrama dia tanya ada duit tak? Tolong bayarkan tol? Tolong isi minyak. Aku ok sahaja. tapi bila masuk uni, ibuku la yang membayar segalanya.

Abah tak pandai jaga kesihatan. Abah sering suruh ibu masak macam2. Minuman gas botol tu sudah menjadi hidangan tetap di rumah setiap kali raya. Dalam peti sejuk memang sentiasa ada. Mujur aku tak minat minum air gas.

Oh ya, selain tak jaga kesihatan, dan tak bantu isteri di rumah, abah pun agak ortodoks. Anak2 perempuan tak boleh belajar memandu. Buat apa katanya?

Tapi aku dan adik berkeras nak belajar memandu. Anak2 lelaki tak basuh pinggan pun tak apa. Lepas makan sidailah pinggan atas meja (that was back then).

Abah memang patriarki. Masa nak masuk uni, aku dapat buat medical engineering, abah kata kenapa tak belajar usuluddin atau ilmu wahyu, kenapa tak nak ambik Sijil Tinggi Agama. Aku tetap ambik kos engineering.

Abah juga masa muda selalu cakap dekat ibu, “aku bagi kau kerja ko kena belanja rumah”. Abah selalu gaslighting ibu. Ibu orang OKU fizikal. Tangan ibu sebelah jari tak lengkap, kaki ibu tempang sebelah. Tapi ibu seorang yang smart. Tak pernah rasa diri OKU. Ibu sekolah Inggeris.

Masa abah jumpa ibu, abah nak nak sangat dengan ibu. Ibu free hair. Ibu cikgu. Lepas kawin dengan abah, ibu pakai tudung. Ibu pernah dapat offer ke UM masa muda, tapi abah cakap dah kawin tak payahlah. Ibu ikut sebab masa tu aku dah lahir.

Abah cakap dekat ibu, “kau cacat, kalau aku tak ambik kau jadi isteri takde sape nak kat kau”, “Family kau kurang agama, kalau tak sebab aku, kau hanyut”. Aku sedih bila dengar abah herdik2 ibu, aku selalu pujuk ibu bersabar.

Mujur ibu ada anak2. Anaklah kekuatan ibu. Kadang aku pelik dengan orang yang belajar agama, di luar nampak elok, tapi dlm rumah kami saja tahu abah salu mentally tortured ibu. Ibu nangis dan pendam rasa.

Abah juga ada hasrat nak kawin lain dengan guru kafa sepejabat. Aku saja tahu. Adik2 aku too little to understand back then. Nasib baik tak jadi kawin. Duit pun harap duit ibu. Semoga Allah ampuni kesalahan2 abah dan kita semua.

Masa aku dah grad, rezeki murah aku terus dpt kerja (2007). Pastu abah suruh bawak ke klinik. Masatu Dr. cakap dekat aku “your dad has a chronic disease, please bring him to the hospital and take proper meds”. I was taken aback. Masa tu baru aku tahu dia diabetes dah lama.

Aku rasa aku anak tak berguna dan terlalu disconnected dengan gamily. Balik tny ibu, ibu cakap betul dah lama pujuk pegi hospital but he refused. Ibu tak bole drive, semua harap abah. Jadi aku pahamla kenapa dah almost a decade abah diabetes tak pegi ambik proper meds.

Disebabkan banyak benda yang aku tak sehati dengan abah, aku tak bercakap sangat dengan abah. Malah aku pernah tak balik rumah lama masa kat uni.

Abah juga degil tak nak dengar cakap orang. Bagi Abah, abah saja yang betul. Masa foundation ibu bagi duit untuk aku ambik lesen memandu.

Abah cakap aku nak bermewah-mewah nak drive kereta. Bertahun2 aku dengar abah marah ibu bagi duit buat lesen memandu, membazir katanya.

Adik pompuan aku pulak sampai abah aku kejar dengan tali pinggang sebab dapat tahu belajar memandu. Masa tu adik lepas SPM. Bukan pakai duit dia pun.

Aku yang bagi duit dekat ibu suruh adik ambik lesen. Mudahlah kami bawak ibu pegi pasar beli barang makan, pakai dekat rumah.

Kalau harap abah, dia beli benda basic saja. Memang jarang sekali bawak ibu keluar. Sabun pun tak beli. Padahal kereta abah, ibu yang bagi duit muka 20K.

Anak lelaki ditatah bagai minyak yang penuh. Suruh belajar memandu lepas spm. Tapi fail. Lepas tu abah comfortkan cakap cikgu tu garang sangat. Adik2 laki aku malas pegi belajar. Abah pujuk anak2 lelaki siap bagi duit. Tapi kalau kami pompuan lain pulak.

Masa adik pompuan aku nak kawin (tapi tak jadi sebab adik aku dedicated jaga family aku. Semoga rezeki Icha dimurahkan selalu), sikit pun abah tak offer duit.

Masa adik laki aku kawin pulak, dia siap nak belanja bagai-bagai lah. Bangga betul dia dengan anak lelaki. Nasib baik adik laki aku dah faham sekarang.

Bila dia dah kawin dan dah besar jadi jugak orang (hasil bebelan aku yang macam neraka). Aku salu outstation luar negara lama. sedih jarang dapat bersama mereka. Aku tak berkira dengan adik2 dan ibu. Apa diorang nak aku cuba penuhi tapi aku pun bukan kaya, cuma senang.

Abah salu cakap aku keje lekeh. Tengok Abg Leman tu (anak sedara dia), keje hebat, beli kereta Honda civic. Aku rasa tak penting pun kereta besar. Aku beli kereta ikut kemampuan, pakai Saga saje first car.

Ibu aku happy sangat, aku bole bawak dia ronda2, makan nasik dagang dekat Kajang, breakfast dekat kg. Baru.

Tapi Abah, perlekeh aku. Aku beli rumah first kondo (3 bilik) masa umur 26, pakai kwsp dan gaji. Aku rasa kondo praktikal sebab aku sorang.

Abah cakap, tengok anak Pak Lang (sebaya aku) beli rumah atas tanah, rumah besar. Abah, dia beli dekat Perlis takpelah, aku beli dekat tengah KL ni. Memang tak mampu.

Masa abah sah kena kencing manis umur abah awal 40an. Abah kurang awareness atau buat-buat tak tahu. Abah continue dengan habit tak jaga makan. Lepas aku dah tahu aku dan Ibu pujuk abah jumpa dr.

Alhamdulillah bila jumpa Dr. secara berkala, ambik proper meds, bacaan gula pun getting better. Abah mula rasa dialah orang paling sihat. Abah continue unhealthy habit. Benda paling dia suka daging, kambing dan seumpamanya. After meal mesti ada kuih manis.

Bila abah sakit aku balik jenguk diorang, aku akan replace biskut2 manis jadi biskut hap seng. Abah cakap aku kedekut. Abah ada duit dia suruh adik laki aku beli makanan sedap. Aku bebel kat abah, abah balas “ko memang nak tengok aku mati tak bagi makan”.

Famili2 abah cakap kat aku dan ibu tak pandai jaga abah. Cakap abah sakit pun tak jaga makan dia. Oh well, people can only talk behind you. Bila abah aku pengsan kurang gula, takde pun adik beradik dia tolong hantar hospital.

Aku suruh ambulan datang rumah. Masa tu I was outside Malaysia, adik aku kecik tengah belajar. Aku basuh adik2 laki aku suruh tanggunjawab. Baru la nak belajar.

Balik hospital, ibu jaga makan abah. Ibu yang kaki pendek sebelah, dan tengah sakit lutut masa tu mengesot bawak makanan abah ke katil.

Abah marah ibu, dia cakap “aku sehat, ko pandai2 bawak aku masuk hospital 3 hari. Hospital makan tak sedap” Aku dengar naik hangin.

Kami bergilir jaga abah. Masa ni baru adik laki aku tahu true color abah.

2014, ibu dan abah pegi Haji. Abah punya gula dah ok hasil pemantauan. Pegi haji ibu bayar tiket abah sebab dia mintak abah teman. Ibu nak ikut kursus haji. Abah cakap tak payah kursus. Aku dah pandai. Tapi ibu tetap pegi kursus. Dia tumpang jiran bawak pegi kelas.

Balik haji, aku sambut diorang dekat airport. Ibu sehat alhamdulillah. Lututnya yang sakit dah baik bole jalan macam biasa.

Abah? dia yang gula dah stabil dan boleh berjalan sebelum pegi haji, tetiba balik naik wheelchair. Aku kesian tengok abah. Sedih. Aku doa semoga dia berubah lepas balik haji.

Tapi, bertahun2 balik haji abah tetap sama. Mulutnya masih cerca, mungkin kurang tetapi rungutan tetap ada tiap pagi dan petang. Ibu pula lebih tenang. Berat abah pun dah bertambah2 kilo.

Dalam sakit2 Abah masih request makan sedap. Masih degil. Fast forward. Abah sekarang dah tak boleh melihat.

Abah juga tak boleh berjalan akibat diabetes. Setiap hari abah merungut2. He is so full of himself, it’s all about him, ada saja tak kena.

Kami tetap jaga abah macam biasa, cuma sentiasa ingatkan diri bersabar dengar rungut Abah. Dia tetap abah. Abah cakap, “kenapa dah tua-tua aku sakit macam ni”.

Abah in denial. Dia cakap dia buta bukan sebab diabetes, truth to be told punca memang diabetes. Abah hanya terlantar di katil. Seminggu dua kali kena bawak hemodialisis. Makan pakai semua anak2 dan ibu uruskan.

Aku dan adik2 mengambil ibrah, dan lessons dari perangai abah, disamping berdoa semoga Allah ringankan bebanan keluarga kami.

Semoga Allah ampunkan kesalahan2 abah dan keluarga kami. Ampunkanlah kami ya Allah.

In conclusion, jagalah kesihatan kita ketika muda dah tua nanti akan nampak kesannya. Kesihatan penting untuk beribadah, dan kita pun tak mahu susahkan orang lain di kala tua.

Aku yang solo ni, dah plan register rumah kebajikan untuk diri sendiri agar tak bebankan orang masa tua.

Hargailah keluarga, isteri dan anak2. Usah lah dibanding2kan anak lelaki dan perempuan, bila dah macam ni, anak2 perempuan juga yang menguruskan abah, hantar abah ke mana saja.

Walau kita rasa kita kuat agama, tidak perlulah menghina orang lain. Sesungguhnya Hidayah dan rezeki Allah itu maha luas.

Selalulah bersyukur dengan rezeki walaupun sedikit. Anak2 perempuan dan isteri, walaupun tidak sempurna, tidak mempunyai kerja yang bagus, tetapi itulah rezeki yang Allah bagi.

Aku dan adik2 menjadi lebih tougher, and it taught me to be more resilient and mentally strong to face the future.

After all, I have Allah by my side. Apa yang aku kongsikan bukanlah untuk membuka aib abah, sebaliknya untuk kita semua belajar, kerana kita juga akan tua kelak.

Sekarang aku dah beli rumah atas tanah, kereta yang lagi selesa untuk hantar abah ke hospital. But my dad, he doesn’t get to enjoy it. Semoga yang terbaik untuk kita semua. Doakan abah dan family aku ya.

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *