Abang…

Hi semua. Dah lama rasanya aku simpan benda ni. Aku nak luahkan, tapi tak tahu kenapa rasa tak selesa. Jadi aku luahkan kat sini, sebab takda orang yang kenal aku. Mungkin.

Jadi aku nak luahkan pasal abang aku. Aku nama kan dia Faris. Jarak umur dia dengan aku 3 tahun. Dia yang sulung, aku nombor dua dan ada adik bongsu lelaki.

Aku sorang je perempuan. Abang & adik aku panggil aku kakak. Kadang kawan abang aku, keliru sama ada aku ni kakak atau adik dia. Hahahaha

2016, aku berkahwin & sekarang alhamdulillah dah ada 2 orang puteri comel. Hubungan aku dengan abang biasa biasa sahaja. Tak rapat sangat, tak renggang sangat.

Kebanyakan masa dia tiada dirumah. Sebab dia meniaga online & banyak buat COD. Jadi masa dia banyak di luar. Kami sekeluarga okay sahaja sebab dah faham dia memang macamtu dari dulu.

Oh ya lupa bagitahu, walaupun dah kahwin aku tak keluar dari rumah parents aku hehe. Kami semua tiada masalah.

Aku tak ingat tahun bila, aku dan abang bergaduh. Hanya sebab aku bagitahu pasal abah aku, yang abang nak jual ps2 kepunyaan adik.

Masatu aku mengandung anak pertama. Memang teruk kami bergaduh, sampai mak menangis nak hentikan kami.

Mungkin abang fikir masatu aku mengandung & fikirkan mak, dia terus keluar rumah. Sejak daripada tu, kami tak bertegur. Hampir setengah tahun. Masa ni suami aku bekerja & tiada dirumah.

Dan yang paling aku tak boleh maafkan diri aku, aku cakap ‘kau mamp*s kena langgar lori lagi elok lah’ astaghfirullah. Berdosanya aku. Jahatnya aku.

Tak lama lepastu, mak bagitahu aku yang abang nak ke luar negeri untuk bekerja. Aku seakan tak peduli, cuma dengar macamtu saja. Tak ambil kisah. Ego kan? Haha, ya aku mengaku.

Fast forward, aku rasa rindu sangat abang aku. Jadi aku whatsapp dia ‘rindu’ tu sahaja. Aku ingat abang masih marah, tapi dia balas whatsapp aku ‘rindu jugak’ aku menangis lepas baca abang balas.

Kemudian dia dah tak bekerja di luar negeri, dia balik kerumah. Masatu aku buat food delivery, jual kek batik. Dia cakap dia nak kek batik nanti bila dia dah sampai rumah.

Aku cakap nanti aku akan buatkan. Tapi sebab sibuk dengan anak, aku tak buatkan lagi.

Satu hari kami terima panggilan yang pakcik kami nazak di hospital. Jadi kami balik ke kampung di utara. Abang naik motor sebab kereta tak muat. Kami gerak dulu ke kampung. Dia kemudian.

Petang tu kami dapat tahu abang accident di kawasan rumah aku. Kepala & tangan berbalut. Doctor bagi injection untuk abang rehat. Motor teruk sikit. Tapi abang kata takda masalah.

Pukul 1 pagi, aku lihat status facebook nya dia sudah berada di R&R Rawang, untuk pulang juga ke kampung. Walaupun kami menghalang.

Arwah nenek ku juga kata ‘luka dia akan sangat sakit bila terkena angin’ tambah pula dia naik motor.

Kami menunggu dia sampai di kampung tapi tak sampai sampai. Mak ingatkan dia tidur dirumah kawannya, tapi mak rasa tak sedap hati. Mak tak boleh tidur.

Lepas solat subuh, abah dapat panggilan dari balai polis, mengatakan abang accident di highway, dilanggar lari. Masatu, memang terduduk semua orang. Tak sangka? Ya. Memang tak sangka.

Kami bergegas ke hospital. Hasil postmorterm, abang dilanggar lori kerana ada kesan tayar besar di atas badannya. Kepala nya separuh hancur.

Masatu aku yang paling terkesan, sebab aku imbas kembali kata kata aku masa aku bergaduh dengannya. Sampai sekarang, aku tak mampu nak maafkan diri aku. Aku rasa bersalah, menyesal. Tapi dah terlambat.

Abang, kalau lah aku fikir dengan baik, aku mesti tak cakap benda macamtu. Maafkan aku abang. Aku sayang kau, dunia akhirat. Al-fatihah.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *