Abangku 50-an

Assalamualaikum & semoga semua dalam rahmat Allah.

Abang aku ni, umur dah 50-an, duda anak 6. Sekarang ada kekasih hati yang lebih tua.

Confession ni, bukan nak buruk kan Abang aku, mahupun kekasih hati beliau. Cuma nak mintak pendapat dan nasihat.

Abang aku sedari sekolah rendah dah terlibat dengan dadah. Mak & abah cakap abang pandai belajar, tapi tersalah pilih kawan. Entahlah. Sampai lah umur dia sekarang ni, masih keluar masuk pusat pemulihan yang entah ke berapa puluh kali. Tak serik.

Sekarang, abang aku conquer rumah kat kampung. Sebelum ni, Mak aku duduk sekali, sebab itu rumah Mak & arwah Abah. Tapi mak tak tahan. Semedang nak mengamuk kalau permintaan tak dipenuhi.

Asyik mintak duit, dengan pelbagai alasan. Kesian sangat dengan Mak aku, tak tahan.

Kami adik beradik buat keputusan bawak Mak duduk dengan kami. Padahal, Mak suka sangat berada di kampung, sebab banyak aktiviti masjid dengan rakan-rakan & rombongan. Tapi tulah, bagai menumpang di rumah sendiri.

Rumah di kampung tu elok, Mak baru je renovate, bagi selesa supaya anak cucu selasa bila balik. Tapi bila rumah tu dah selesa, kami adik beradik semua perempuan, semua takut nak balik. Sebab Abang aku ni suka mengamuk. Suka baling & rosakkan barang rumah.

Ada sekali tu, habis semua gambar & frame dekat dinding dipecahkan, sebab tak dpt duit segera bila mintak. Tingkap rumah pun dia pecahkan. Ahhh habislah barang rumah semua dia nak amuk kan. Yelah, xguna duit dia.

Aku masih ingat, depan mata aku dia baling pisau kat mak aku. Sikit lagi nak kena. Keji! Anak durhaka!

Entahlah, dari aku kecik sampai sekarang, aku menyaksikan violence sebab Abang aku selalu sepak terajang. Masa arwah Abah ada pun sama, dia tak takut. Yelah, tengah pengaruh dadah.

Kesian sangat arwah Abah, sampai ke akhir hayat dia, tak rasa tenang pun sebab kena bela sekor anak ni. Bukan tak penah halau, tapi tak lut. Kena buang negeri pun pernah, tapi dia balik jugak ke kampung akhirnya.

Sekarang, Mak lah yang paling stress. Padahal umur mak dah 70’s, masih kena tanggung dia. Kalau tak bagi duit, nak pinjam kat Ahlong, tu yg mak bagi jugak. Serba salah. Last2 duit pencen arwah abah habis kat dia jer. Sekali mintak ratus2, dengan pelbagai alasan yang tak logik, setiap minggu.

Kami, dah 4 tahun tak raya kat kampung, sebab takut nak balik ke rumah sendiri. Sedih tengok orang lain berkumpul, hias rumah & masak kat kampung. Doa dah, solat dah, sedekah & istighfar pun dah. Yaa ini ujian kami. Belum ada kesudahan buat masa ni.

Tolong doakan Allah bagi jalan keluar.

Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.

– Doraemon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *