Ada Ke Hari Orang Tak Mati

Isteri aku seorang doktor. Kalau hari tu ada orang mati, seminggu dia tak ada mood. 

Seminggu tu la dia akan mengomel, membebel pasal keadaan tu. 

Dia akan salahkan orang tu, orang ni. Kira dia akan salahkan staff lain yang kononnya punca orang tu mati. 

Apabila ada orang mati, maka tuntutan batin aku tak akan terlunas. Sebab alasan dia, dia tak ada mood. 

Lepas tu dia akan salahkan aku pulak. 

Ayat dia eveytime, “U tau tak I tengah sedih. Tengah bad mood. Boleh pulak u nak ajak main. Mana empty u, simpati u, bla bla bla”

Masalahnya orang yang mati tu bukan ada kena mengena dengan aku, jauh kali ada kaitan dengan dia. So kenapa nak kena sedih lebih2 pulak. 

Awal2 aku selalu jugak pujuk. Tu takdir apa semua. Dia akan iyakan. 

Tapi lepas tu dia akan ulang lagi, “Tapi kalau doktor tu dengar cakap I buat procedure abcde, maybe orang tu boleh di selamatkan. Bla bla bla lagi. 

Ya Allah.. Letih la aku weh. Stiap hari nak hadap benda ni. 

Setiap hari aku berdoa, jangan la ada orang mati hari ni. Tapi mana mungkin kat hospital tak dak orang mati. 

Aku dah buat macam2 cara, semuanya tak berkesan. Alih2 akan jadi gaduh ja. 

Aku fedup la setiap masa macam ni. Dan aku jugak buntu nak buat macam mana lagi dah nak bagi emosi dia ok. 

Kalau dia bad mood dia diam tak pa. Ni asyik ja bebel pasal tu sampai dia tertidur sendiri. 

Hari ni aku hilang sabar, aku cakap berhenti la salahkan orang lain. Entah2 selama ni semua orang mati sebab hang. 

Hang tu tak sedar hang yang bunuh orang. Bagi ubat salah, bagi injection salah. Lepas tu nak salahkan orang. 

Mula dia terdiam dua saat. Lepas tu apa lagi, meletup la gunung berapi. 

“How could u said that”. U tahu sispa la, sop la, segala benda dia hambur kat aku. 

Dan sekarang ni, perang dunia ketiga sedang berlaku. 

So aku mintak pakar perubatan atau suami pakar perubatan ulas sat isu ni.. 

But tolong jangan bagi cadangan bercerai. Thank you. 

– C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Ada orang kata, org ppuan ni kena sentiasa sibukkan diri, kalau tak nnti dia akan tenggelam dan emosi dan overthinking….bila baca cerita ni nmpk x betul jgk nasihat ni…dh ada keje, busy dgn keje pun ppuan masih tenggelam dgn emosi dan overthiking haha

  2. Memang banyak kes kakitangan perubatan ada masalah mcm ni. Dalam kalangan keluarga dan kwn2 saya pun. Mereka rasa terkilan, diselubungi rasa bersalah gagal selamatkan orang etc… membuatkan mereka jadi stress dan boleh jadi burn out. Lagi-lagi bila mereka melihat situasi keluarga pesakit yang menangis meraung bila tahu ahli keluarga meninggal.

    For your wife, dia ingin didengari semua luahan dia (bad and good). Perempuan sebegini love language yang dia perlukan adalah Word of Affirmation (compliment, support, motivation). Sedangkan encik jenis physical touch (seperti kebanyakan lelaki no doubt).

    Seperti yang encik katakan, di hospital memang ada orang mati hari-hari. Dan encik dah pujuk n give moral support almost everyday. Tapi jadi lagi. Sebab apa? Sebab isteri encik kerja di hospital. Jadi ujian tu akan berulang dan berulang. Yang boleh encik buat (sbb encik tak nak solusi yg menjurus kepada penceraian) adalah redha, sabar. Bila isteri encik meluah, dengar dan cakap u all dah buat yg terbaik but tetap Allah nak ambik. Tak dak sapa boleh halang dah biarpun semua procedure betul dan tepat. Untuk hal nafkah batin encik, cuba bincang baik-baik dengan isteri, boleh buat jadual khusus or hari intimacy.

    Menikah dengan kakitangan perubatan ni kena banyak sabar, banyak berkorban sebab mereka bekerja untuk BERUSAHA menyelamatkan nyawa manusia. Cabaran jiwa raga mental mereka tak sama sbb melibatkan nyawa. Saya doakan urusan rumahtangga encik dipermudahkan Allah. Maaf, tak dapat beri nasihat yang berguna.

  3. You are an idiot. How dare you casually accuse a doctor of malpractice without even knowing what actually happened at the hospital. You accused her being careless to the point that someone died. You crossed the line with your unfounded accusations.

    You don’t deserve to marry a doctor

  4. Suggest your wife keje bhgn research atau admin.

    Saya doctor juga keje di bhgn pembedahan otak sebelum pergi bhgn penyelidikan. Apabila ada patient meninggal akan ada sesi postmortem. Itu lagi menakutkan sebab susur galur kematian itu akan diteliti terutamanya yg mati secara ‘luar biasa’. It was very stressful.

    Lepas dapat tukar bhgn penyelidikan, memang tekanan turun almost 100%.

    My husband yg dah jadi konsultan masih ada lagi minimal resentful terutamanya kalau berlaku komplikasi. Komplikasi kebanyakannya drpd pesakit sendiri.
    Saya x pernah kondem my husband. Saya bagi support sahaja w/pun saya akan drain my energy.
    Penat proses energy yg mcm ini, tapi apa yg boleh dibuat sebab ramai lagi pesakit yg gembira apabila mereka sembuh setelah lama derita. Suruhlah isteri awak share pesakit yg sembuh. Saya masih lagi ingat muka pesakit yg sembuh lepas kami masukkan drain dalam otak dia. Dia senyum lepas kami discharged daripada ward.

    Mcm my husband nak lari kaki dah terikat kerana kepakarannya tu tak ramai yg ada terutamanya di hospital kerajaan. Rakyat Msia tak ramai yg mampu utk pergi swasta w/pun kalau dia totally di swasta mmg gaji masyuuk sangat lah.

    • Masya-Allah. Terima kasih puan dan encik sebab berkhidmat dalam KKM. Ya, ramai pesakit kronik tak mampu ke swasta. Jika setakat bersalin, ok lagi. Tapi jika melibatkan penyakit kronik, memang akan cari hospital kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *