Ada Lagi Ke Orang Single Yang Berkualiti?

Hai, nama aku Chempaka. Dari tajuk ni pun aku rasa korang boleh tahu aku nak cakap pasal apa kan? Haha. So, jadinya aku straight to the point je lah.

Lately ni banyak kisah isteri tersakiti akibat dicurangi dan banyak komen para isteri menyalahkan para wanita single dan single mom sambil mengatakan “banyak lelaki single tapi kenapa lelaki orang yang dicari.. dasar andar**, b***, peny*****… bla bla bla”.

Aku banyak la baca komen-komen macam tu kat page-page rumahtangga dan IIUM Confession ni juga tapi aku tak pernah lah balas komen-komen tu walaupun rasa macam sakit hati pulak baca komen diorang tu sebab aku rasa statement tu macam tak betul. Hahaha.

Cuma, aku tergerak jari kali ni nak tulis artikel kat sini jika diizinkan.

Aku Chempaka, umur 35 tahun dan single. Alhamdulillah, syukur aku memiliki kerjaya cemerlang dan sudah memiliki aset idaman.

Aku anak bongsu dan yatim piatu, kawan pun tak ramai. Kakak-kakak aku semuanya berkeluarga dan duduk jauh, tinggallah aku duduk sorang-sorang kat sini.

Tak nafikan walaupun aku sibuk dengan kerjaya dan study master, namun jauh di sudut hati, fitrah wanita masih mahukan pasangan tapi gagal diketemukan lagi.

Aku tak suka bila time raya, weekend atau cuti umum, sebab masa tu lah aku rasa sangat sunyi dan aku akan bersendirian, tak ada pilihan.

Ada masanya aku menangis sebab terlalu sunyi. Kawan-kawan aku pun duduk di KL, sedangkan aku jauh di utara, luar bandar. Kami hanya sesekali je jumpa.

Bukannya tak cuba cari jodoh, cuba juga mencari lelaki single atau duda tapi entah lah, mungkin aku bukan kategori bertuah kot sebab mostly yang aku dapat bukan jenis berkualiti.

Jangan bagi nasihat kalau nak cepat cari jodoh, kena pindah tempat kerja ya, hahaha. Umur dah macam ni aku nak hidup tenang aje, aku selesa hidup di bandar kecil.

Selagi boleh aku tak nak pindah tempat kerja, lagipun bukan senang nak transfer sebab post aku pun jarang kosong di daerah lain.

Bila aku go through balik komen-komen sang isteri yang mengatakan banyak lelaki single di luar sana demi nak elakkan suami diorang dirembat penyondol, tahukah puan-puan sekalian bahawasanya bukan mudah nak cari lelaki single atau duda yang ‘berkualiti’ ye!

Sangat susah, dan puan-puan kena ingat juga, kebanyakan penyondol pun bukannya semua single atau single mom semata-mata tapi ramai isteri orang jugak! Lagi ramai aku rasa penyondol ni status isteri orang tapi masih makan luar jugak, yang ni aku pun pelik.

Tapi last-last golongan kami ni jugak lah yang dipersalahkan dan dikutuk dihina dikeji. Yang menyondol itu adalah sikap ya, bukan status perempuan tu.

Aku geram jugak bila isteri-isteri ni percaya sangat kata-kata suami yang mengadu dikacau anak dara atau single mom.

Siasat lah dulu. Benda ni betul-betul terjadi di sekeliling aku. Yang si suami yang gatal dulu tapi sebab si suami baik punya cover, tapi yang diserangnya perempuan tu padahal perempuan tu dah mengelak seribu daya dah, tak melayan pun.

Tapi sebab percaya kata-kata suami tu dan sebab title perempuan tu single dan single mom, terus dicop dan diserang sebagai penyondol dan desperate nak laki orang ya. Pastu keluarlah dakyah-dakyah mengatakan ramai lagi lelaki single di luar sana, kenapa nak cari laki orang.

Aku tak back up penyondol dan aku tak pilih laki orang. Selagi boleh elak, kami elak dan aku percaya ramai anak dara dan single mom sehabis boleh elak laki orang.

Kami pun faham, mana ada para isteri sanggup poligami dan tak semua suami itu mampu/layak so isu menyondol ni lebih kepada attitude, tak kira la status mereka apa sekalipun.

Cuma apa yang aku nak bagitau adalah, statement pasal lelaki single banyak tu betul tapi itu kalau termasuk sekali lelaki yang tak berkualiti macam jenis biawak hidup, buaya, hisap dadah, minum ketum, g*y, jobless.. dan sebagainya.

Kalau kau tapis golongan tak berkualiti ni, percayalah yang tinggal pun memang sikit je.

Aku pernah buka hati untuk terima lelaki single yang jauh lebih rendah taraf pendidikan dan beza gaji yang jauh tapi sebaliknya aku hanya dijadikan test market dia dan dia nak menumpang kesenangan aku.

Kat situ aku belajar yang isu sekufu ni penting sebenarnya walaupun takrifan sekufu ni berbeza bagi setiap orang. Pernah juga hampir terima lelaki baik tapi akhirnya dapat tahu dia adalah g*y, hurmm aku pun tarik diri.

Ada juga duda ‘biawak hidup’ pakej anak-anak kecik lagi masuk meminang walaupun baru seminggu berkenalan sebab nak ada orang jaga anak-anak dia dan dia tahu aku berkerjaya, terfikir juga aku, aku ni hanya dipandang sebagai pengasuh dan bibik ke?

Hurm… tarik diri lagi. Lepas tu, ada juga duda anak empat ‘playboy’ yang nak masuk meminang.

Aku terfikir nak terima je asalkan dapat kahwin tapi in the end aku tolak demi kesihatan mental aku. Daripada aku sakit hati kemudian hari, baiklah aku undur diri walaupun sedar diri yang usia dah meningkat.

Ada lelaki yang aku suka dan aku nak serius dengan dia. Dia kategori berkualiti namun dia reject aku secara baik sebab dia prefer wanita yang umur 20-an dengan alasan lebih subur.

Hurm, tak apalah, kena sedar diri dan move on sajelah, aku tak boleh paksa orang untuk suka aku. Tak suka, aku move on saje.

Aku juga masuk website cari jodoh tapi sudahnya terkena lelaki orang, so lari jauh-jauh dah, trauma terus aku nak masuk website macam ni.

Bukannya aku tak cari dan tambah baik kelemahan diri, tapi mungkin ini ujian hidup aku apabila selalu diketemukaan dengan lelaki yang macam ni.

Ada staf aku juga mengatakan aku terlalu memilih dan dengan kerjaya aku, orang lelaki takut nak dekat dengan aku. Malah mereka pun segan nak perkenalkan rakan/saudara mereka pada aku sebab yakin aku akan menolak.

Aduh, belum mula lagi aku dah dicop sebegitu ya, hahahaha. Terpulanglah pada mereka. Tapi memang lah kena memilih pun.

Aku pergi pasar beli ikan pun, aku pilih juga ikan yang segar. Mestilah kita nak yang berkualiti sebab pada masa yang sama kita juga berusaha upgrade diri kita berkualiti.

Aku percaya ramai yang jadi macam aku juga, terus dicop jual mahal disebabkan kerjaya dan kehidupan mereka. Betul lah apa yang orang sekarang kata, nak mencari jodoh terutama single dan duda yang berkualiti sangat payah rasanya.

Ya mungkin wujud tapi entah la, bila melihatkan golongan wanita single dan single mom makin meningkat, aku rasa lelaki berkualiti zaman sekarang ni memang susah nak dicari.

Sama ada susah dicari ataupun persekitaran aku memang tak ada. Aku berdoa supaya hati aku belajar untuk redha menerima ketentuan ni.

Jadi single ni orang nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Sangat mudah orang memfitnah dan mengumpat keji padahal dah sehabis mungkin kita ni jaga diri tapi itulah tak ada siapa pun nak jadi macam ni.

Aku nak sangat ada jodoh, bukan desperate tapi fitrah manusia kan, ingin disayangi dan dicintai oleh orang tepat juga ingin memiliki keluarga bahagia dengan anak-anak comel.

Aku percaya ramai wanita di luar sana nak luahkan macam ni tapi mereka takut dikecam sebagai desperate so ramai yang pendam perasaan.

Aku doakan semoga para wanita single dan single mom di luar sana hidup bahagia walaupun in the end takdir kita adalah bersendirian sahaja. Mari kita sama-sama cuba mencari kebahagiaan sendiri jika takdir kita adalah bersendiri.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *